YA ALLAH..!

Sambutan Maulid Nabi

Acara bergunting jambul sambil alunan solawat dan berzanji diikuti dengan ceramah Maulid.

Info Am Program.

Alhamdulillah saya sempat merakamkan antara acara SambutanMaulidul Rasul di Masjid Jamek Al-Munawwar Kota Marudu pada malam ini. Program ini dianjurkan di bawah kelolaan lajnah Dakwah dan pendidikan Masjid tersebut. Suasana agak meriah dan kehadiran dianggarkan antara 60-70 orang terdiri dari masyarakat sekitar tambun, pekan lama dan marudu Laut. Turut hadir Pengerusi Masjid Tn Hj Ya'cob dan OKK Hj Jalil. Antara acara yang dijalankan ialah berzanji, gunting jambul dan ceramah serta menikmati juadah yang disediakan.

Info Tahnik/Bergunting jambul

Semenjak 6 tahun lalu saya mula membiasakan diri dalam acara tahnik di sabah. Tapi ada sedikit perbezaan antara disabah dan ditempat saya tentang masalah ini. Kalau di sabah mereka akan bercukur/potong jambul ketika solawat atau berzanji. manakala di tempat saya biasanya dimulai dengan tahnik atau dipanggil 'belah mulut' barulah dipotong rambut bayi berkenaan seterusnya diikuti bersolawat dan diakhiri doa untuk bayi. Hukum belah mulut disepakati oleh ulama hukumnya sunat seperti yang diriwayatkan oleh anas bin Malik dalam sahih muslim jilid 7 halaman 269. Tahnik afdhal dimulai dengan kurma atau setidak-tidaknya madu..biasanya di negeri saya ada juga yang tambah dengan juadah lain untuk bayi berkenaan seperti kismis, air zam-zam dan ada juga yang sediakan asam kandis,garam,gula batu, cincin perak dan emas/dinar. Tapi yang pastinya disunatkan dengan buah tamar atau manis-manisan yang asli(tidak bermasak) adalah disunatkan untuk bayi bermula hari pertama baby dilahirkan.

Info Ceramah:

Ceramah pada malam tersebut disampaikan oleh Ustaz khairul Anuar Nawi sekitar tajuk kehadiran Rasulullah dalam penghayatan mukmin. Ceramah banyak mengaitkan keperluan umat kepada Rasululullah. Saya cuba nukilkan ulasan ceramah untuk dikongsi bersama pembaca:

1. Alhamdulillah, kesyukuran memenuhi nurani kita hanya kepada Allah yang menghidupkan kita di zaman kerasulan Nabi Muhammad,Penghulu sekelian Nabi. Kesyukuran juga dipanjatkan kerana memberi taufiq dan Hidayah untuk kita menganut fahaman Ahlu sunnah wal Jamaah. dan dalam banyak-banyak Penganut Ahlus sunnah kita antara yang diizin oleh Allah berhimpun untuk menyatakan cinta dan taat setia kita kepada Allah dan Rasul.

2.Kenapa kehadiran maulid ini perlu disambut dengan memenuhi hati dengan perasaan cintakan dan taatkan Rasul?Kerana Tidak Sah Islam seseorang kalau hanya sekadar menyebut asyhadu alla ilaha illah lantaran kaum kuffar juga turut mempercayai Allah sebagai tuhan dalam konteks rububiyyah. Oleh itu seseorang itu hendaklah menyambung dengan wa asy hadu anna muhammadarrasullah. Sahlah Islam seseorang dengan 2 kalimah ini dengan syarat ia mengithbatkan Qaulun wa amalun wa'tiqadun hanya Allah Ilah dan menafikan ilah-ilah yang lain samada dari sudut rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wassifat Allah. dalam kata lain "La Ma'budun Bihaqqin Illallah".

Demikian juga tidak sah Islam seseorang yang hanya sekadar menyebut Waasyhadu anna muhammadarasulullah selagi dia tiada beriktikad tentang kemaksuman Rasulullah dan sifat-sifatnya. Sanya keimanan Rasul bermaksud mengimani bahawa benarlah Rasulullah yang menyampaikan sekelian berita tentang Rasul-rasul yang lain, tentang malaikat, tentang kitab-kitab samawi, tentang kiamat dan Qadha' dan Qadar. Semuanya terkandung dalam Muhammadur Rasulullah.

3. Tidak sah solat kalau tidak sebut nama Insan yang kita sambut ini yakni jungjungan Muhammad. Selain syahadah yang mesti diucapkan dalam 9 kali tasyahud termasuk tasyahud awal setiap hari, kita juga diwajibkan bersolawat setidak-tidaknya kepada nabi dan sunat ke atas keluarganya.Sabda Rasulullah:"Man solla alayya marrah..sollallahu alaihi asyarah.."

4. Dalam al-Quran biasanya akan menyebut nama-nama yang agung dan nama-nama yang terlaknat. Nama Teragung dalam al-Quran yang kerap disebut ialah nama Rasulullah...antaranya ialah Ahmad dalam surah as-Sof, Surah Muhammad, Toha, Yasin dan banyak lagi. Sesiapa yang membaca al-Quran maka ia akan sentiasa menyebut-nyebut nama junjungan Besar Muhammad SAW.

5. Maulidul Rasul bukan sekadar disambut oleh umat Muhammad, tetapi oleh pendita-pendita dan ahlul kitab sebelum kelahiran Rasulullah. malah disambut oleh penduduk langit dan bumi. Antara beberapa kisah yang disampaikan ialah kisah pertanyaan umar al-khattab R.a kepada Abdullah bin Salam pemimpin yahudi Madinah ketika beliau baru memeluk Islam. Umar bertanya mengenai ayat yang diturunkan: Innallazina utul kitab ya'rifunahu kama ya'rifuna abna ahum...hingga akhir hayat. Abdullah menjawab bahkan kami lebih kenal Muhammad dari anak kami sendiri. Kitab-kitab samawi menceritakan sifat dan watak nabi muhammad secara terperinci sebelum kelahiran baginda lagi. Begitu juga disentuh sedikit kisah Nabi dan Abu Talib bertemu Pendita terkenal Buhara.

6. Kisah janji Yahudi Madinah kepada kaum aus dan khazraj bahawa mereka akan beriman kepada nabi akhir zaman yang diberitakan dalam kitab Taurat dan Injil(yang asal) serta akan memerangi kaum yang engkar sekiranya baginda dibangkitkan. Namun natijahnya merekalah yang mengkhianati kerasulan Baginda sebaliknya Aus dan Khazrajlah yang terlebih dulu beriman selepas muhajirin sehingga digelar kaum ansor..

7. Sekiranya kita Cinta kepada Jasad Rasulullah, maka sesungguhnya jasad Mulia itu telah disemadikan..Tetapi sekiranya kita Cintakan Ruh perjuangan baginda sesungguhnya Ruhnya masih hidup ..bagi umat yang menerima baginda maka hendaklah mereka menerima dua Pusaka yang ditinggalkan:al-Quran dan Hadis

8. Penutup Ceramah:"Carilah hatimu pada 3 tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika tidak kau temua(Makrifat&taqarrub) maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika engkau tidak temui maka carilah hatimu ketika bertafakkur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga maka berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati(yang subur dengan iman)-Hujjatul Islam Imam Ghazali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan