YA ALLAH..!

Maulid di Pinggan-Pinggan.

Penyampaian anugerah guru mithali tahun 2010/11.

Audien mendengar ceramah terdiri dari guru dan pelajar-pelajar.

Alhamdulillah Rabbil 'alamin..kerana diberi kesempatan lagi teruskan coretan ringkas. Pada 15 Feb yang lalu bertepatan 12 Rabi' ul Awwal sehari selepas valentines day, satu ceramah khas sempena maulidul Rasul di adakan di SMK Pinggan-pinggan. Seawal 7 pagi pelajar-pelajar berpusu-pusu ke Surau SMK. Penceramah sejam awal sampai sempat lagu tidur dalam kereta sejam lamanya menunggu jam 8 pg..mengantuk betul pagi tersebut maklumlah tidur agak lewat sikit malam tadi.

Program dimulai dengan solawat jama'i dikendalikan oleh penyelaras program ustaz Wan Amran Wan Ahmad, kemudian majlis diambil alih oleh pengacara majlis adik Mohamad Fauzi. Program dimulakan dengan bacaan tilawah al-Quran dan ucapan penyelaras Program dan diteruskan dengan ceramah maulid yang disampaikan oleh ustaz Khairul Anuar Nawi.Selepas ceramah dan sesi soal jawab majlis disajikan dengan persembahan deklamasi sajak dan persembahan nasyid.

Atucara diakhiri dengan Anugerah tokoh guru dan staf Maulidul Rasul..Antara yang turut menerima anugerah ialah ustaz Wan Amran Wan Ahmad yang dinobatkan guru mithali tahun 2010/2011. Majlis juga ditutup dengan solawat secara jamai juga dikendalikan oleh ustaz Wan Amran dan berakhir kurang lebih jam 10 pagi.

TAHNIAH!diucapkan kepada Pihak pentadbir SMK Pinggan-pinggan dan JK pelaksana khasnya kepada Pn Malati Lajim, Ustaz Wan Amran, Ustaz Muslim Yaacob dan kru-kru terlibat kerana berjaya melaksanakan himpunan memeringati Maulid Nabi dengan kehadiran yang begitu ramai. Program ini seharusnya dicanang sebagai program tahunan bagi semua sekolah kerana sesekali tidak dapat dipisahkan antara ummat dan Nabi, antara jalan hidup dan sunnah, antara kehidupan manusia dan panduan junjungan yang mulia Muhammad al-Mustofa.

Sempat dibilik makan menjalankan sesi terapi menggunakan ayat-ayat syifa ke atas seorang pesakit atas permintaan beliau. Semoga pesakit sekeluarga tersebut cepat sembuh dan dalam pengawasan Ilahi.

Hasyiah untuk perkongsian: Puisi yang dialunkan oleh penceramah semasa memulakan ceramah di SMK pinggan-pinggan dengan menggunakan alunan solawat yang kebiasaan diamalkan oleh masyarakat melayu:

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Anak Abdullah # Nama Ibunya Siti Aminah
Dilahirkan di Kota Mekah # Rabi'ul Awwal di Tahun Gajah.

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Lahir di pagi hari # Keganjilan banyak terjadi
Mata bersolek harum kasturi # Semenjak lahir Nabi terpuji

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Rasul Pilihan # Islam jaya jadi tujuan
Abu Bakar Umar dan Uthman # Dengan Ali Sohbat Bantuan

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Ya Allah Tunjuki kami # Dalam Islam Sampai kemati
Syafaat Nabi diharap nanti # Yaumil Mahsyar sampai Jannati

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

al-Fatihah untuk ayahanda arwah Ustaz Bahrudin Mardhia..Puisi ini adalah inspirasi beliau ketika penceramah menziarahi beliau semasa di Tandek tahun 2005 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan