ZIARAH DAN SUMBANGAN KEBAKARAN!

Rumah Pakcik Maginsil yang hangus dijilat api


Teratak sementara sumbangan pelbagai pihak


Sumbangan keperluan makanan disampaikan oleh AJK YAM Caw K.Marudu


Sumbangan kewangan disampaikan disampaikan oleh Pengerusi YAM Caw K.Marudu


Sumbangan pakaian disampaikan oleh S.U YAM Caw K.Marudu


Rumah yang hangus dijilat api


Mabruk kepada sahabat yayasan Amal dan sahabat usrah K.Marudu yang memberi perhatian serius terhadap tulisan saya mengenai Musibah kebakaran rumah Pakcik Maginsil di Rasak Darat tempohari. Saya dan beberapa rakan wakil Unit Usrah dan yayasan Amal sempat menziarah dan turut menyampaikan bantuan pakaian, keperluan asas makanan dan kewangan hasil sumbangan sahabat-sahabat Daerah Kota Marudu.

Sumbangan tersebut disampaikan pada hari Jumaat 18 Feb 2011 selepas solat Jumaat. Pancik Maginsil yang tinggal bersama Isteri dan 4 orang cucu sekarang tinggal di teratak sementara yang dibina hasil sumbangan pelbagai pihak. Beliau memaklumkan setakat ini derma yang diberi belum mencukupi untuk membina rumah dan memenuhi keperluan persekolahan cucu dan peralatan rumah. Justeru sumbangan yang berterusan masih lagi diperlukan.

Kesempatan ini juga, bagi pihak YAM Caw Kecil K.Marudu saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Hj Khairan Pengerusi YAM Sabah, Ustaz Redwan S.U YAM Sabah dan AJK YAM kerana turut berbesar hati menyalurkan bantuan yang saya kira akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Insya Allah rombongan kedua akan menyusul ke Rasak Darat untuk menyampaikan sumbangan dari pihak YAM Sabah.Jazakallah!


Puisi Kelahiran Junjungan Alunan Solawat-Sesuai untuk Ajar Anak-anak

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Anak Abdullah # Nama Ibunya Siti Aminah
Dilahirkan di Kota Mekah # Rabi'ul Awwal di Tahun Gajah.

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Lahir di pagi hari # Keganjilan banyak terjadi
Mata bersolek harum kasturi # Semenjak lahir Nabi terpuji

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Rasul Pilihan # Islam jaya jadi tujuan
Abu Bakar Umar dan Uthman # Dengan Ali Sohbat Bantuan

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Ya Allah Tunjuki kami # Dalam Islam Sampai kemati
Syafaat Nabi diharap nanti # Yaumil Mahsyar sampai Jannati

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

al-Fatihah untuk ayahanda arwah Ustaz Bahrudin Mardhia..Puisi ini adalah inspirasi beliau ketika penulis menziarahi beliau semasa di Tandek tahun 2005 yang lalu.

Maulid di Pinggan-Pinggan.

Penyampaian anugerah guru mithali tahun 2010/11.

Audien mendengar ceramah terdiri dari guru dan pelajar-pelajar.

Alhamdulillah Rabbil 'alamin..kerana diberi kesempatan lagi teruskan coretan ringkas. Pada 15 Feb yang lalu bertepatan 12 Rabi' ul Awwal sehari selepas valentines day, satu ceramah khas sempena maulidul Rasul di adakan di SMK Pinggan-pinggan. Seawal 7 pagi pelajar-pelajar berpusu-pusu ke Surau SMK. Penceramah sejam awal sampai sempat lagu tidur dalam kereta sejam lamanya menunggu jam 8 pg..mengantuk betul pagi tersebut maklumlah tidur agak lewat sikit malam tadi.

Program dimulai dengan solawat jama'i dikendalikan oleh penyelaras program ustaz Wan Amran Wan Ahmad, kemudian majlis diambil alih oleh pengacara majlis adik Mohamad Fauzi. Program dimulakan dengan bacaan tilawah al-Quran dan ucapan penyelaras Program dan diteruskan dengan ceramah maulid yang disampaikan oleh ustaz Khairul Anuar Nawi.Selepas ceramah dan sesi soal jawab majlis disajikan dengan persembahan deklamasi sajak dan persembahan nasyid.

Atucara diakhiri dengan Anugerah tokoh guru dan staf Maulidul Rasul..Antara yang turut menerima anugerah ialah ustaz Wan Amran Wan Ahmad yang dinobatkan guru mithali tahun 2010/2011. Majlis juga ditutup dengan solawat secara jamai juga dikendalikan oleh ustaz Wan Amran dan berakhir kurang lebih jam 10 pagi.

TAHNIAH!diucapkan kepada Pihak pentadbir SMK Pinggan-pinggan dan JK pelaksana khasnya kepada Pn Malati Lajim, Ustaz Wan Amran, Ustaz Muslim Yaacob dan kru-kru terlibat kerana berjaya melaksanakan himpunan memeringati Maulid Nabi dengan kehadiran yang begitu ramai. Program ini seharusnya dicanang sebagai program tahunan bagi semua sekolah kerana sesekali tidak dapat dipisahkan antara ummat dan Nabi, antara jalan hidup dan sunnah, antara kehidupan manusia dan panduan junjungan yang mulia Muhammad al-Mustofa.

Sempat dibilik makan menjalankan sesi terapi menggunakan ayat-ayat syifa ke atas seorang pesakit atas permintaan beliau. Semoga pesakit sekeluarga tersebut cepat sembuh dan dalam pengawasan Ilahi.

Hasyiah untuk perkongsian: Puisi yang dialunkan oleh penceramah semasa memulakan ceramah di SMK pinggan-pinggan dengan menggunakan alunan solawat yang kebiasaan diamalkan oleh masyarakat melayu:

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Anak Abdullah # Nama Ibunya Siti Aminah
Dilahirkan di Kota Mekah # Rabi'ul Awwal di Tahun Gajah.

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Lahir di pagi hari # Keganjilan banyak terjadi
Mata bersolek harum kasturi # Semenjak lahir Nabi terpuji

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Rasul Pilihan # Islam jaya jadi tujuan
Abu Bakar Umar dan Uthman # Dengan Ali Sohbat Bantuan

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Ya Allah Tunjuki kami # Dalam Islam Sampai kemati
Syafaat Nabi diharap nanti # Yaumil Mahsyar sampai Jannati

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

al-Fatihah untuk ayahanda arwah Ustaz Bahrudin Mardhia..Puisi ini adalah inspirasi beliau ketika penceramah menziarahi beliau semasa di Tandek tahun 2005 yang lalu.

PERHATIAN PENDUDUK JJ!


Balik dari dari masjid tadi nak singgah kedai JJ sekejap..dari jalan besar putar steeringke kiri nak masuk simpang JJ tiba-tiba tekejut tong sampah di depan hampir terlanggar objek tu..fikir-fikir nak alih tapi perlu ramai kawan. Namun diharap pihak berwajib dapat alih ketepi kerana selain bau yang kurang menyenangkan..ianya juga membahayakan lalu lintas..Jangan sampai kawan-kawan ku merempuh tong ni yap!terutamanya dari Bandau nak masuk kekiri. kalu sok lusa tak berganjak..pakat-pakat kita gotong royong tolak ketepi ..

Sambutan Maulid Nabi

Acara bergunting jambul sambil alunan solawat dan berzanji diikuti dengan ceramah Maulid.

Info Am Program.

Alhamdulillah saya sempat merakamkan antara acara SambutanMaulidul Rasul di Masjid Jamek Al-Munawwar Kota Marudu pada malam ini. Program ini dianjurkan di bawah kelolaan lajnah Dakwah dan pendidikan Masjid tersebut. Suasana agak meriah dan kehadiran dianggarkan antara 60-70 orang terdiri dari masyarakat sekitar tambun, pekan lama dan marudu Laut. Turut hadir Pengerusi Masjid Tn Hj Ya'cob dan OKK Hj Jalil. Antara acara yang dijalankan ialah berzanji, gunting jambul dan ceramah serta menikmati juadah yang disediakan.

Info Tahnik/Bergunting jambul

Semenjak 6 tahun lalu saya mula membiasakan diri dalam acara tahnik di sabah. Tapi ada sedikit perbezaan antara disabah dan ditempat saya tentang masalah ini. Kalau di sabah mereka akan bercukur/potong jambul ketika solawat atau berzanji. manakala di tempat saya biasanya dimulai dengan tahnik atau dipanggil 'belah mulut' barulah dipotong rambut bayi berkenaan seterusnya diikuti bersolawat dan diakhiri doa untuk bayi. Hukum belah mulut disepakati oleh ulama hukumnya sunat seperti yang diriwayatkan oleh anas bin Malik dalam sahih muslim jilid 7 halaman 269. Tahnik afdhal dimulai dengan kurma atau setidak-tidaknya madu..biasanya di negeri saya ada juga yang tambah dengan juadah lain untuk bayi berkenaan seperti kismis, air zam-zam dan ada juga yang sediakan asam kandis,garam,gula batu, cincin perak dan emas/dinar. Tapi yang pastinya disunatkan dengan buah tamar atau manis-manisan yang asli(tidak bermasak) adalah disunatkan untuk bayi bermula hari pertama baby dilahirkan.

Info Ceramah:

Ceramah pada malam tersebut disampaikan oleh Ustaz khairul Anuar Nawi sekitar tajuk kehadiran Rasulullah dalam penghayatan mukmin. Ceramah banyak mengaitkan keperluan umat kepada Rasululullah. Saya cuba nukilkan ulasan ceramah untuk dikongsi bersama pembaca:

1. Alhamdulillah, kesyukuran memenuhi nurani kita hanya kepada Allah yang menghidupkan kita di zaman kerasulan Nabi Muhammad,Penghulu sekelian Nabi. Kesyukuran juga dipanjatkan kerana memberi taufiq dan Hidayah untuk kita menganut fahaman Ahlu sunnah wal Jamaah. dan dalam banyak-banyak Penganut Ahlus sunnah kita antara yang diizin oleh Allah berhimpun untuk menyatakan cinta dan taat setia kita kepada Allah dan Rasul.

2.Kenapa kehadiran maulid ini perlu disambut dengan memenuhi hati dengan perasaan cintakan dan taatkan Rasul?Kerana Tidak Sah Islam seseorang kalau hanya sekadar menyebut asyhadu alla ilaha illah lantaran kaum kuffar juga turut mempercayai Allah sebagai tuhan dalam konteks rububiyyah. Oleh itu seseorang itu hendaklah menyambung dengan wa asy hadu anna muhammadarrasullah. Sahlah Islam seseorang dengan 2 kalimah ini dengan syarat ia mengithbatkan Qaulun wa amalun wa'tiqadun hanya Allah Ilah dan menafikan ilah-ilah yang lain samada dari sudut rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wassifat Allah. dalam kata lain "La Ma'budun Bihaqqin Illallah".

Demikian juga tidak sah Islam seseorang yang hanya sekadar menyebut Waasyhadu anna muhammadarasulullah selagi dia tiada beriktikad tentang kemaksuman Rasulullah dan sifat-sifatnya. Sanya keimanan Rasul bermaksud mengimani bahawa benarlah Rasulullah yang menyampaikan sekelian berita tentang Rasul-rasul yang lain, tentang malaikat, tentang kitab-kitab samawi, tentang kiamat dan Qadha' dan Qadar. Semuanya terkandung dalam Muhammadur Rasulullah.

3. Tidak sah solat kalau tidak sebut nama Insan yang kita sambut ini yakni jungjungan Muhammad. Selain syahadah yang mesti diucapkan dalam 9 kali tasyahud termasuk tasyahud awal setiap hari, kita juga diwajibkan bersolawat setidak-tidaknya kepada nabi dan sunat ke atas keluarganya.Sabda Rasulullah:"Man solla alayya marrah..sollallahu alaihi asyarah.."

4. Dalam al-Quran biasanya akan menyebut nama-nama yang agung dan nama-nama yang terlaknat. Nama Teragung dalam al-Quran yang kerap disebut ialah nama Rasulullah...antaranya ialah Ahmad dalam surah as-Sof, Surah Muhammad, Toha, Yasin dan banyak lagi. Sesiapa yang membaca al-Quran maka ia akan sentiasa menyebut-nyebut nama junjungan Besar Muhammad SAW.

5. Maulidul Rasul bukan sekadar disambut oleh umat Muhammad, tetapi oleh pendita-pendita dan ahlul kitab sebelum kelahiran Rasulullah. malah disambut oleh penduduk langit dan bumi. Antara beberapa kisah yang disampaikan ialah kisah pertanyaan umar al-khattab R.a kepada Abdullah bin Salam pemimpin yahudi Madinah ketika beliau baru memeluk Islam. Umar bertanya mengenai ayat yang diturunkan: Innallazina utul kitab ya'rifunahu kama ya'rifuna abna ahum...hingga akhir hayat. Abdullah menjawab bahkan kami lebih kenal Muhammad dari anak kami sendiri. Kitab-kitab samawi menceritakan sifat dan watak nabi muhammad secara terperinci sebelum kelahiran baginda lagi. Begitu juga disentuh sedikit kisah Nabi dan Abu Talib bertemu Pendita terkenal Buhara.

6. Kisah janji Yahudi Madinah kepada kaum aus dan khazraj bahawa mereka akan beriman kepada nabi akhir zaman yang diberitakan dalam kitab Taurat dan Injil(yang asal) serta akan memerangi kaum yang engkar sekiranya baginda dibangkitkan. Namun natijahnya merekalah yang mengkhianati kerasulan Baginda sebaliknya Aus dan Khazrajlah yang terlebih dulu beriman selepas muhajirin sehingga digelar kaum ansor..

7. Sekiranya kita Cinta kepada Jasad Rasulullah, maka sesungguhnya jasad Mulia itu telah disemadikan..Tetapi sekiranya kita Cintakan Ruh perjuangan baginda sesungguhnya Ruhnya masih hidup ..bagi umat yang menerima baginda maka hendaklah mereka menerima dua Pusaka yang ditinggalkan:al-Quran dan Hadis

8. Penutup Ceramah:"Carilah hatimu pada 3 tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika tidak kau temua(Makrifat&taqarrub) maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika engkau tidak temui maka carilah hatimu ketika bertafakkur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga maka berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati(yang subur dengan iman)-Hujjatul Islam Imam Ghazali.


Persiapan Kontijen Ke MSS Zon 2



Latihan Tarian Bunga Tanjung :antara yang akan dipersembahan pada hari perasmian


Antara acara Sukan Permaianan yang terakhir: perlawanan bola baling antara Sk Tandek dan Taritipan sebelum acara beralih kepada sukan olahraga. Antara Penjaring terbanyak Adik kamilah(P) dan adik Hakri Joundli(L)

Latihan Perbarisan @kawad kaki bermula agak lewat berbanding latihan permainan. Semangat yang ditunjukkan oleh adik2 anggota kontijen amat baik.


Padang digunakan untuk perlawanan antara sekolah, latihan perbarisan terpaksa keruangan tertutup depan quaters guru.


Proses saringan..hanya tahun 5 dan 4 sahaja dilibatkan. banyak lagi perlu latihan untuk lebih mantap. Terima kasih pada us shahril dan cikgu faidah yang membantu latihan


peserta dan leader agak kepenatan terpaksa berjemur panas.

Pada 23 dan 24 Feb nanti acara olahraga, raptai dan acara kemuncak perbarisan, larian obor dan perasmian akan di adakan di Padang Desa Wawasan Tingkalanong. Diharapkan peserta sekolah ku dapat mengumpulkan emas sebanyak mungkin.. Siapakah bakal dinobatkan olahragawan&olahragawati masih tertanya-tanya difikiranku..namun walaupun persolan itu sering bermain difikiran kawan-kawan sekerja...bagiku apa yang penting semangat kesukanan berbalik kepada matlamat asal untuk mengeratkan sillaturrahim antara sesama guru dan murid serta memelihara kesihatan tubuh.

Namun dalam kemeriahan bersukan ustaz pesan pada anak-murid ustaz(yang baca blogni) terutamanya yang perempuan muslim kalau dapat jagalah kita punya akhlak semasa memberikan sorakan serta jagalah pergaulan(terutama tahun 6) dan pakaian kita. Ada lagi nak pesan sebelum datang ke arena terlebih dulu sarapan pagi. Takut nanti lewat makan sebab kita jangkan jam 7 pagi kita akan bertolak ke lokasi.


Banyaknya gambar perbarisan di atas..!ini ja yang banyak aku zoom sebab terlibat secara lansung melatih pelajar.

Untuk makluman sahabat 1 zon..23 Feb ni jangan lupa bawa wakil perbarisan diiringi jurulatih sebab kita nak undi giliran kontijen yang akan memacu perbarisan terlebih dulu. bawa barisan depan pemegang sepanduk, bendera dan leader cukup sudah. Nanti jumpa saya pada 23 ni untuk cabutan undi insya Allah. Td saya minta S.u sukan edar tentatif ke sekolah zon 2. 1 lagi jangan lupa pula dapat kebenaran ibubapa/penjaga. Ini penting sebab pada tahun-tahun sudah ramai yang pengsan masa menunggu majlis perasmian tamat. Jadi takut timbul quiri ibubapa pula selepas tu. Akhir sekali majulah sukan untuk ummah dan negara.

Hari Keluarga...Kenangan Terindah


Alhamdulillah baru dapat foto hari keluargani..Gembira sesekali dapat bercuti di kampung haritu dan bersua dengan Ayahbonda,adik beradik dan saudara mara..Semoga aktiviti kekeluargaan ini akan berterusan sehingga akhir hayat. Untuk adik-adik beradik ku yang jarang bersua terutama aku yang di over sea ni hanya balik setahun sekali..memori begini amat berharga bagi aku, isteri dan anak-anak. Selain Sambutan hari raya korban bersama keluarga, Solat Hajat, Tahlil, meneroka tanah Gua Musang, Bakar Satay di Machang,Kenduri kendara paksu ki dan anak makteh limah, rombongan menjemput Mertua dr Mekah di Lapangan Terbang K.Ganu, sambutan hari lahir keluarga, gotong royong bersih kawasan rumah Ayahbonda serta banyak lg program.Maka antara aktiviti yang penting mesti dicoret ialah hari hari keluarga yang sempat dirakam oleh adinda kak wan, moga jadi kenangan terindah buat keluarga Mat Nawi ni. T.kasih tidak terhingga buat Ayah Bonda,m.long. m.cik mah dll di Kampung kerana memberi sokongan sepenuhnya pada kami anak-anak mengerat sillatul mawaddah, jua pada K.long sekeluarga kerana walaupun tidak sempat hadir namun menghubungi kami di program tanda ikatan kekeluargaan.

Terima kasih be dib..kerana menghadiahkan biri-biri jagaannya disembelih pada hari keluarga.



Daging Biri-biri jadi menu utama ditambah dengan ayam, ikan dan daging yang dibeli dipasar


Emm 3 Bersepupu memerhati dari jauh aktiviti orang tua mereka.


Ayahanda dan Be Dib Sempat Ke Masjid sambil menunggu gulai masak






Nak pegi meniaga di mana bawa ramai anak ni?Emm jangan pandang lekeh pada driver tu..bakal YB S.Alam itu..


Selamat Hr Lahir Puteraku..juga anak-anak sedara ayahanda@de. Kek Made in Bachok Antz Interprise..Boleh tahan juga rasanya kek k.longni..


Bagus punya juru kamera..ambil dari belakang begini baru tidak mengganggu orang solat hajat..tapi muka Bonda pula tidak nampak.

Sesungguhnya hari begini selalu dinanti-nanti di kepulangan menanti sekiranya di Izin Allah. Sudah tentu orang yang paling gembira menunggu-nunggu kepulangan kita dan melihat kita berprogram ialah dua Insan yang disanjung-sanjung: ayah dan bonda. Susudah kita berjaya asbab keringat mereka..sudah tentu tiada yang dipinta melainkan sekelumit perhatian dan rasa kemesraan anak-anak serta cucu-cucu.

Slm Ikatan mawaddah yang bersemi dunia akhirat buat k.long &keluarga, k.ngah&keluarga,K.cik &keluarga, Be Pi &Keluarga, Kak nik, kak Wan, Cek teh,Be Dib dan maksu Yah..Jua tidak lupa buat Mertua dan adik2 Ipar: A.Ngah&Keluarga,A.Cik,P.Nik,A.teh,C.do &C.su ..seterusnya keluarga yang lain.



Amin Ya Rabb

Valentine menurut pandangan Islam.



Assalamualaikum wrt..Buat adik-adik remaja khususnya remaja Islam atau mana-mana pasangan Islam yang ingin menyambut hari kekasih, disarankan meneliti entri ruangan ini: Sila Klik!

KEBAKARAN! SUMBANGAN DIALU-ALUKAN.

07 Feb 2011(Isnin) yang lalu..tika balik dari kerja kelihatan asap hitam berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa Kampung Rasak Darat Kota Marudu..saya berhenti seketika di tepian jalan untuk meninjau kejadian tersebut..kelihatan api memamah hampir keseluruhan rumah seorang pakcik yang dikenali sebagai Pakcik Maginsil. Saya terus bertanya adakah sudah telefon bomba atau belum. "Belum rasanya.." bagitau kawan yang sama-sama melihat kejadian. Terus saya dail 994, Pegawai Ibu Pejabat Bomba KK angkat tel dan cuba mendapat maklumat terperinci disamping meminta maklumat ringkas saya. "Terima kasih tuan, td pun baru ada yang membuat panggilan tentang tempat kejadian yang sama."rungut pegawai tersebut mengakhiri perbualan. ok tak apalah bagi saya suatu kemujuran kerana sudah ada masyarakat yang prihatin yang terlebih awal menelefon.


Saya toleh ke belakang , Kerangka rumah yang dijilat api td hampir ranap sepenuhnya.. Saya teruskan perjalanan kerana bergegas mengambil anak di PASTI dengan niat akan datang kembali berjumpa dengan mangsa kejadian ..dalam perjalanan kedengaran siren kereta bomba..emm biarpun terlewat sekurang-kurangnya sokongan moral pihak bomba menguatkan hati mangsa kejadian.. rengus hati.


Insya Allah saya cuba maklumkan pada ahli usrah pada perjumpaan akan datang untuk turut membantu pakcik tersebut setidak-tidaknya menyumbang keperluan pakaian dan makanan. Kepada sahabat sahabat sekawasan dan sahabat AJK Yayasan Amal Malaysia Sabah atau individu yang bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan, makanan atau pakaian boleh menghubungi saya 013-9807431 atau tinggalkan pesanan sms kalau tidak sempat diangkat. Bantuan kewangan juga boleh dimasukan melalui akaun PASTI al-Hikmah seperti yang tertera di halaman sebelah kiri blog. Insya Allah atas Platform AJK Penaja Yayasan Amala Kota Marudu saya akan Terima kasih.


Rumah ranap sepenuhnya dijilat api.(Maaf hanya ada rakaman dari jauh di celah-celah semak)

JAULAH KE KUNDASANG

Alhamdulillah sempat mencari masa mencoret catatan pengembaraan ini. Setiap detik penting seharusnya dirakam dalam kehidupan ini setidak-tidak ditanda dalam diari bulanan.Terkadang deretan ayat-ayat celoteh bukan hanya untuk tatapan kosong, bukan juga untuk hanya semata-mata kenangan tetapi terkandung dalamnya ibrah bagi orang-orang yang berfikir..Kebetulan 4 Februari lalu hari Jumaat..selepas subuh saya mula menjemput sahabat-sahabat dari rumah masing-masing. 5 orang siap siaga untuk bertolak..sorang sahabat Imam R.mas terpaksa membawa wira ustaz lah ke KB ekoran Us wan dan rakan-rakan satu kawasan kerosakan kereta di sana. Sesampai kami di sana kami bertemu kelihatan kelibat rombongan sahabat pinggan-pinggan menanti di Masjid. Setelah menyerahkan kunci kereta,singgah seketika disana khidmat diri dan kami meneruskan Jaulah ke Kundasang.

Emm Lama tidak menghirup udara segar..setakat hampir 7 tahun di Sabah ini baru kali ke-3 sampai kesini. 2 kali sebelum inipun datang kerana ada program. Kalau tidak jarang saja-saja nak jaulah. Dalam perjalanan sempat menikmati keindahan gunung ganang dan kehijauan alam ciptaan Allah..sambil berbual-bual dengan sahabat-sahabat dalam kereta. Seketika terimbas ayat yang sentiasa dibaca imam dipagi jumaat begini diakhir-akhir sajdah ayat 27:"tidakakh mereka melihat bahwa kami mengalirkan air ke bumi yang kering, lalu Kami tumbuhkan denganya tanam-tanaman ,setengah dimakan oleh ternakan mereka dan setengah oleh diri mereka sendiri?tiadakah mereka melihat?...

Imam arif nampak gayanya tidak henti-henti mengasak hujah demi hujah, cerita demi cerita mengenai agama,hukum hakam dan masyarakat sedaerah..aiwah banyak betul maklumat yang yang cuba dikongsi bersama, tn Imam R.Mas sesekali menyapa dan sesekali terlelap. Kelihatan Awin dan Satria sesekali terangguk dan sesekali tersenyum sambil bermain-main dengan anakanda saya di belakang sambil mendengar hujahan Imam yang agak rancak .

Tiba disana lebih kurang jam 9.15pagi..simpang jalan yang bersesak-sesak dengan kenderaan keluar masuk sebelum jalan mesilau menyebabkan kami terkandas hampir sejam di pasar kundasang..Em satu perjalanan menguji kesabaran..mujurlah ada seorang pemuda yang sukarela mengawal trafik meredakan kesesakan lalulintas simpang pasar itu.

Setiba di pintu pagar kedengar sayup-sayup ceramah yang sarat dengan ilmu dan hujjah..alhamdulillah kami sempat mengikuti program tersebut meskipin hanya sekerat dari tentatif yang berlansung selama 3 hari.

Kumpulan sekawasan us wan,us Mahisan dan us Muslim masih stay di sana sampai keesokan hari. Kump saya terpaksa pulang lebih awal dari yang dijangka disebabkan oleh beberapa masyaqqah. Mohon Maaf pada Ustaz Assabaqi selaku pengarah..kerana terpaksa menguzurkan diri lebih awal dan tidak sempat menyampaikan mauizhoh seperti yang diminta oleh fadhilatul ustaz.

Program multaqo ini sangat bermakna bagi kami walaupun seketika, bermakna dalam meneruskan lonjakan tarbiah dalam diri keluarga dan usrah setempat..lagi bermakna kepada sahabat-yang mengikuti dari awal hingga akhir program ini. Selain penambahan ilmu dalam siri kuliah dan forum ianya juga mampu merintis kesedaran bila peserta balik kekawasan masing-masing. Insya Allah oleh kerana group kami tertinggal beberapa perkara. namun jasa baik Ustaz Mahisan dan rakan-rakan diperlukan untuk in-house training.



Sempat singgah di pasar membeli sayur-sayur segar.Banyak sayur di sini yang jarang dijumpai di tempat kami.

Keindahan alam ciptaan Tuhan



Khusyu' mendengar ceramah...tentunya penyampainya orang yang hebat sampai audien melimpah keluar

Masa rehat sambil anakanda berpeluang untuk bermain-main.

HIDUPKAN SEMULA SUASANA ISLAMI MELALUI USRAH


Alhamdulillah..nampaknya sebahagian sahabat-sahabat Kota Marudu makin memberikan komitmen kepada Usrah, teringat saya tentang kata-kata naqib saya dulu seketika sempat di marikulasi UIA:"tulang belakang kepada ummah itu adalah jamaah, tulang belakang kepada jamaah itulah tarbiah, tulang belakang kepada tarbiah adalah usrah dan tulang belakang kepada usrah orang yang berjuang dalam hidup kerana akidahnya.."

Teruja saya kepada kata-kata yang selalu saya tulis pada buku-buku kegemaran saya masa zaman siswa dulu yang saya petik dari kata-kata reformis Ikhwan abad ke 19:"Sekiranya kita hidup kerana untuk kita, maka hidup ini amatlah singkat, bermulanya dengan bermulanya kita dan berakhirnya kita dengan kematian. tetapi seandainya kita hidup kerana perjuangan akidah, maka kehidupan ini amatlah panjang lagi mendalam, bermulanya dengan bermulanya manusia dan berakhirnya dengan berakhirnya manusia"( dengan berlakunya kiamat).

Tahun lepas usrah kurang konsisten..alhamdulillah berkat dorongan Ustaz Nor fadli Assabaqi yang sering bertanya khabar..didorong oleh beberapa cetusan kesedaran yang lain yang mungkin datang dari lubuk hati...kami cuba gagahi untuk terus hidupkan suasana Islam yang dirindui ini yang kian hari kian ditinggalkan.

'Naqib' bagi diri yang tidak punya kekuatan maknawi mahupun ilmu ini..yang selalu dicuit rasa kerdil untuk menjalankan urusan dan amanah yang diberikan..adalah terasa amat berat(Meskipun ringan bagi Insan yang perkasa jiwanya).Namun disebalik amanah ini, telintas untaian kata-kata penuh selamba Syekh Al-Legehi di multaqo.."Kalau nak tunggu layak sememangnya tiada siapapun yang layak, kadang-kadang saling berharap akhir sekali gerak kerja terbengkalai"(begitulah lebih kurang). Nur kesedaran yang datang bertandang jangan biarkan ia pergi begitu sahaja..kerana di saat kematian menerpa kita tidak tahu samaada hidayah itu mengelilingi kita atau ia terlampau jauh di sebalik kelam bungkam untuk kita gapai disaat cemas itu. Kita tidak tahu mampukah lidah kering dari zikrullah ini mampu menjawab pertanyaan Rabbul a'la kemana sudah kita habiskan masa kita di dunia ini: pada agamanya?pada kepentingan diri semata-mata tanpa menghiraukan keluarga dan masyarakat?atau episod perjalanan yang kita lalui ini hanya ibarat kayu mati yang dihanyutkan kemuara sungai tanpa ada suatu ghoyah(Visi) kehidupan?

Saya percaya persoalan ini kadang-kadang selalu kedengaran pada telinga batin setiap amilin yang mempunyai kesedaran. Justeru untuk menjawab solan ini, terasa dalam diri ini masih jauh untuk mendapat klasta mujahid atau muharrik. Jauh sekali pangkat Syahid, terasa banyak lompang dalam diri yang serba kekurangan ini untuk membuktikan cinta pada Ilahi.

Atas kekurangan inilah biarlah kita bertekad untuk bangunkan ikatan atas nama cintakan Allah..Atas kekurangan ini terasa diri mahu ditegur dan dibimbing biarpun seorang naqib,dan di atas kekurangan ini ia perlu diajar untuk mengajar cara memimpin.Lantaran itu,diri ini menyeru diri ini dan jiwa-jiwa yang sentiasa sedia menerima nasihat dan teguran dari hati-hati yang jujur: "Ayuhlah kita bangunkan halaqah usrah dan suburkan iman dalam diri dan bangunkan ilmu di atas perjalanan yang sama-sama kita garap". Sememangnya azam kita usrah bukan lagi berkarung dalam ruang lingkup sempit dengan hanya mendengar leteran naqib..sebaliknya tempat kita membina kemanisan ukhuwwah dan membina asas Islami di atasnya..tempat kita menyumbang fikrah dan ilmu, dan tempat kita merancang atas nama ketuanan Islam. dan tempat kita mengadu dan sama-sama mencari peyelesaiannya.. sehingga kekuatan itu masuk kelubuk hati kita dan menyelinap masuk dalam rutin keluarga dan menjalar ke dalam denyut nadi masyarakat daerah kita.

Semoga ada yang terus menerus tampil untuk memperkukuhkan niat suci ini..biar muka kita silih berganti orang yang menyampaikan tazkirah,bersilih ganti menyampaikan khutbah dan ceramah,bersilih ganti menjadi imam dan mengepalai program Islami.Kerana Amanah ini tidak terhenti hanya liabiliti seseorang yang dikatakan layak lantas yang lain mengundurkan diri menyatakan tidak layak. Kerana kelayakan sebenar adalah bergantung pada lontaran buah iman yang kita berikan untuk dikecapi oleh mad'u yang berada disekeliling kita. Lontaran itu bermula pada hati yang mahu..meskipun pada awalnya tidak tahu..kerana tahu akan datang selepas mahu insya Allah. Semoga kita Istiqamah dalam meneruskan usaha yang sedikit ini..Kepada Allahu Jalla wa ala dipohon maghfirah dan keampunan dan kepadaNya ditumpukan sekelian munajat. Amin Ya Rabb.




KPD GPI/j-QAF Daerah K.M

Assalamualikum wrt Wabarakatuh..Saya menjemput sekali lagi untuk sahabat-sahabat GPI/j-QAF K.Marudu yang belum mendapat dokumen terbaru Untuk download dokumen terbaru KSSR bagi sekolah masing-masing. Sila maklumkan kepada sekolah-sekolah yang belum mendapat RPT BA/PAI dan Format PKSR BA terbaru..T.Kasih