PASTI AL-HIKMAH

SEJARAH PASTI AL-HIKMAH KOTA MARUDU

Pasti Al-Hikmah Kota Marudu telah ditubuhkan penghujung tahun 2005 atas hasil usaha kerja keras kumpulan usrah daerah Kota Marudu yang pada masa itu kebanyakannya terdiri dari kalangan Ustaz dan guru dari semenanjung.  Premis awal PASTI Al-Hikmah ialah di Lot 27 Taman TNG 1, Kota Marudu. Penubuhan PASTI ini adalah sebagai alternatif kepada penduduk daerah Kota Marudu yang mana sebelum ini kebanyakan anak-anak penduduk sekitar hanya dihantar ke sekolah KEMAS dan juga tadika di gereja-gereja.
Dengan kerjasama dari PASTI negeri Sabah akhirnya PASTI Al-Hikmah mula beroperasi pada awal Januari 2006 dengan jumlah pelajar seramai lebih kurang 10 orang. Guru yang pertama berkhidmat pada ketika itu dibekalkan oleh PASTI negeri Sabah. Hasil pengembelingan usaha pihak pengurusan yang membuat publisiti akhirnya jumlah pelajar telah bertambah dari tahun ke tahun sehinggalah premis PASTI berpindah di  Lot 45 Taman KDC, Kota Marudu jumlah pelajar melebihi 30 orang termasuklah pada tahun 2008 salah seorang pelajarnya terdiri dari kalangan bukan Islam..
PASTI Al-Hikmah di rasmikan oleh Tuan Guru Hj Baqi Osman pada 25 Syawal 1429H bersamaan 25 Oktober 2008 setelah 3 tahun beroperasi. Kini sambutan ke atas PASTI Al-Hikmah amat menggalakkan sehingga tidak mampu untuk menampung kapasiti pelajar akibat ruang pembelajaran yang terhad. Matlamat penubuhannya sebagai organisasi pendidikan dan dakwah juga sudah mula mencerminkan kejayaan. TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR


SUMBANGAN DERMA PEMBELIAN PASTI AMAT DI ALU-ALUKAN..
PASTI AL-HIKMAH KOTA MARUDU MULA DI ASASKAN PADA TAHUN 2005/2006. PREMIS ASAL IALAH DI TAMAN T&G KOTA MARUDU DENGAN SEBILANGAN MURID YANG TIDAK SAMPAI 10 ORANG. SEKARANG PURATA MURID MENCECAH +40 ORANG. SELAIN PROGRAM YANG BERORIENTASIKAN PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN PUSAT ASUHAN, PASTI AL-HIKMAH JUGA TURUT MENJALANKAN KEGIATAN AMAL DAN KEMASYARAKATAN SEKITAR KOTA MARUDU SEPERTI CERAMAH TAFAQQUH, KORBAN&AKIKAH PERKAMPUNGAN SAUDARA BARU, BANTUAN BENCANA ALAM, BANTUAN PERKAMPUNGAN SAUDARA BARU&LAMA, BANTUAN MELANJUTKAN PEMBELAJARAN, USRAH DAN SEBAGAINYA.PASTI AL-HIKMAH SERING MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM-PROGRAM YAYASAN AMAL MALAYSIA ANJURAN CAW KOTA MARUDU ATAU DARI NEGERI.

KINI PREMIS PASTI BERPINDAH KE TAMAN KDC SEJAK BEBERAPA TAHUN YANG LALU EKORAN PREMIS YANG LAMA DIAMBIL UNTUK KEDIAMAN PEMILIK. LOKASI YANG STRATEGIK DI KDC DAN SAMBUTAN YANG AMAT BAIK DARI MASYARAKAT SETEMPAT, TELAH MELAHIRKAN SATU KEPUTUSAN DARI AJK SUPAYA LOKASI ITU DIKEKALKAN DAN PREMISNYA PERLU DIBELI.

EKORAN DARI BEBERAPA PERBINCANGAN DENGAN SAHABAT-SAHABT AJK LEMBAGA PASTI SERTA DENGAN PERBINCANGAN DENGAN TUAN PUNYA PREMIS PASTI USTAZ ZAKARIA ALI HANAFIAH, PASTI AL-HIKMAH DALAM PEROSES DIBELI DENGAN HARGA YANG DITAWARKAN RM 120 RIBU.

JUSTERU KAMI MENGALU-ALIKAN TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI UNTUK MENGHULURKAN SUMBANGAN KEWANGAN BAGI URUSAN PEMBELIAN BANGUNAN PASTI INI DAN KELANCARAN GERAK KERJA AMAL DAN KEMASYARAKATAN.

SUMBANGAN BOLEHLAH DISALURKAN MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL ATAS NAMA PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM AL-HIKMAH KOTA MARUDU PADA NO AKAUN:1210029000430923.

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.JAZAKALLAH..

PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :
1)KHAIRUL ANUAR NAWI(TIMB PENGERUSI 1 )-013-9807431
2)SAMINUL RAHIM(BENDAHARI PASTI)-019-8316492
3)SAHRIR LOCKMAN(TIMB PENGERUSI 2)-0138509947