Program YAM&KRU ke Kampung Parong

Penyampaian sumbangan untuk surau dan penduduk kampung yang disampaikan oleh setiausaha YAM caw Kecil KM Ustaz Sahrir Lockman.


Aktiviti sukaneka bersama anak-anak kg Parong.


Beristirehat seketika selepas aktiviti gotong royong surau dan perkuburan.


Para hadirin sedang khusyu' mendengar ceramah bertajuk Indahnya Islam.


Persiapan sebelum bermulanya sesi perasmian dan ceramah.

20 Mac-Sabtu yang lalu yayasan amal cawangan kecil Kota Marudu bersama sahabat-sahabat Kelab Remaja Islam Kota Marudu berjaya melaksanakan program di Kampung Parong Kota Marudu jarak 8 KM dari Pekan Kota Marudu.

Program ini di Kelolai oleh pengarah Program En Salleh Jatil dan melibat lebih kurang 20 kekuatan AJK termasuk Muslimat.

Antara pengisian yang menarik ialah Ceramah yang bertajuk Indahnya Islam disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar Nawi, Gotong Royong yang diselaras oleh En Sahrir Lockman Setiausaha Yayasan Amal K.Marudu dan Pengarah Program, Sukaneka bersama anak-anak kampung parong, agihan sumbangan dan hadiah serta aktiviti ziarah dari rumah ke rumah.

Program ini mendapat reaksi yang sangat baik daripada penduduk kampung khususnya imam masjid kampung parong. Sekalung penghargaan kepada mereka dan semua AJK kerja yang terlibat.Dan terima kasih kepada pihak Yayasan Amal Negeri kerana memberi sokongan kepada aktiviti yang melibatkan kawasan Kota Marudu. Kepada Allah dipohon segala magfirah dan keredhaannya.

PROGRAM BERSAMA AL-FADHIL USTAZ YUSUF EMBONG


Salah satu aktiviti Program Ziarah Kampung: Kelihatan al-Fadhil sedang bersembang dengan saudara baru Islam En Sabunar Ambit.

Pada 22 Feb 2010 yang lalu,sedang dalam kesibukan persiapan sukan peringkat zon, Kota Marudu disinari semangat baru dengan kehadiran al-Fadhil Ustaz Yusuf selaku Senior dan mantan guru di Kota Marudu satu ketika dulu. Setibanya di KM, beliau disambut oleh Ustaz Sahrir Lockman dan sahabat yang lain dan seterusnya mengiringi beliau ke Program Ceramah Sempena Maulidul Rasul bertempat di SMK Kota Marudu. Alhamdulillah meskipun wujud sedikit masalah salah faham tentang program tersebut yang kononnya pihak penganjur menjemput Ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang, namun ia dapat diselesaikan berkat kerjasama guru-guru Islam dan komitmen Ustaz Sahrir. Setelah berehat dipenginapan yang telah disediakan selepas program motivasi, selepas solat asar pada hari yang sama kami membawa ustaz yusuf menziarahi masyarakat kampung, antaranya ialah Ustaz Wakil yang tinggal disekitar ongkilan, serta saudara baru Islam En Sabunar Ambit yang tinggal sekitar Kg Tandek.Yang berbahgia ustaz sempat bertanya khabar dan menyampaikan sedikit buah tangan kepada mereka. Selepas Magrib pula masyarakat Kg Pekan lama dan Tambun diserikan lagi dengan mutiara kata dan tazkirah yang disampaikan oleh al-fadhil ustaz. Selesai program dan menjamah sedikit juadah kami disajikan dengan program dalaman iaitu program ramah mesra bersama al-fadhil. Kehadiran dalam slot ini tidak begitu menggalakan mungkin disebabkan ramai sahabat yang keletihan terlibat dengan sukan dan sebagainya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Yusuf yang mengambil berat tentang gerak kerja kami di sini. Sedang saya menukil kata di blog ni, saya sempat menyambut panggilan al-Fadhil yang memaklumkan beliau akan menyumbangkan RM 1000-2000 bagi Program dakwah di KM. Hanya kepada Allah dipohon maghfirah dan ganjaran yang baik sejujur hati yang berkorban masa dan wang ringgit seperti al-Ustaz. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu menjayakan aktiviti program bersama al-Fadhil. Jazakumullah.

Misi Bantuan Bencana Alam-Kota Marudu

Tn Hj Khairan, Pengarah Yayasan Amal Sabah merangkap Pengarah SIRIM Sabah serta pengiring menyampaikan ucaptama kepada AJK yayasan Amal Kota Marudu pada 19 Jan 2010 seterusnya meninjau kawasan banjir sebelum menghantar bantuan .


Penyampaian sumbangan dan pergambaran bersama Pengerusi, Setiausaha dan AJK Yayasan Amal Kota Marudu


Sedikit Bantuan yang dihulur


Bantuan dan diskusi bersama mangsa banjir


Taklimat gerak kerja


Taklimat Ringkas


Semasa Sesi Taklimat Program


31 JAN 2010 yang lalu kota Marudu telah diserikan dengan program bantuan mangsa banjir gabungan Unit amal dan yayasan amal dari Kota Marudu, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kudat. Kira-kira 70 kekuatan berjaya dikerah bagi menjayakan 2 misi utama program bantuan banjir iaitu gotong royong membersihan masjid dan bantuan makanan asas serta pakaian kepada mangsa yang betul-betul memerlukan. Misi bantuan ini diketua oleh ustaz saifudin dibantu oleh ustaz khairul Anuar selaku penyelaras peringkat kota marudu, ustaz sahrir lokman, Imam R.Mas dan En Rahim.

Aktiviti bermula jam 10 pg dengan taklimat yang disampaikan oleh pihak penyelaras. Selepas solat zohor ketua projek meyampaikan taklimat dan pembahagian tugas. Anggota sukarelawan ini bergerak dengan 3 kumpulan,1 kumpulan terlibat dengan gotong royong dan 2 kumpulan lagi masing-masing bertemu dengan mangsa dan menghulurkan bantuan di kampung Pekan Lama dan Marudu Laut.

Gambar di atas adalah sebagai kenang-kenagan bagi ativiti yang dijalankan secara kolektif dan tersusun. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz Saifudin selaku ketua projek, anggota unit amal dan yayasan amal kerana sudi menjenguk mangsa banjir Kota Marudu dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa Yayasan Amal cawangan Kota Marudu yang baru dilantik serta sahabar dari Kudat &Kota Belud yang turut menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit. Kepada Allah dipohon maghfirah dan keredhaanNya.Amin.

1 Pandangan 2 dimensi yang penuh tanggungjawab-klik sini ut ke blog penulis asal

Catitan chemek setelah mendengar pandangan Dr Harun Din:

a) Penekanan beliau bukan berkisar istilah semata-mata tetapi isu agama yang serius memerlukan fakta yang jelas dan perlaksanaan kehakiman yang sesuai dengan isu Islam, iaitu mahkamah tinggi syariah.

b) Juga penekanan terhadap instrumen perundangan bagi memastikan kebenaran tersebut tidak disalahgunakan.

c) Kebimbangan Dr Harun Din berasaskan kaedah saddu al-Zari’ah (sesautu yg boleh mendatangkan keburukan) kepada agama dsb. baik jangka pendek ataupun jangka panjang haruslah dicegah)

d) Penekanan lain yang disampaikan ialah persoalan motif keinginan pihak terbabit menggunakan nama Allah. Apakah impak ataupun kesan positif/negatif kepada penggunaan nama Allah ini kepada umat Islam di negara kita. Apakah motif di sebalik keinginan menggunakan nama Allah ini?

e) Kebimbangan beliau paling jelas berkaitan penyalahgunaan nama Allah dengan cara menyekutukan Allah secara langsung baik dari sudut penggunaan bahasa, simbol dan lain-lain.

f) Allah ataupun ilah maknanya Tuhan yang satu-satunya disembah. Ia menjadi petanda yang jelas dalam penyaksian syahadah. Tiada Tuhan yang selayaknya disembah (dipatuh, diambil sumber hukumnya, dijadikan tumpuan dalam pengibadatan dan juga cara hidup) melainkan Allah. Syahadah inilah yang membezakan akidah di kalangan manusia.

Isu Penggunaan Nama Allah -Herald 1 Pandangan Menarik

Catatan Sohibul Blog: Catatan ini adalah pandangan yang diambil oleh orang yang arif mengenai dua dimensi agama sebagai satu penilaian yang tulus bagi saya dan sahabat-sahabat yang sudi menatap.

Ulasan saya
www.iLuvislam.com
Oleh:Yussamir Yusof*



#Ulasan ini hanyalah sebuah pandangan peribadi saya,bertujuan agar kita sama-sama memikirkannya secara matang.Pasti ada yang tidak berpuas hati,namun jadikan perbezaan ini sebagai satu titik tolak untuk kita sama-sama mencari jalan untuk mengembangkan Islam pada orang bukan Islam.


A spokesman for the Herald, the newspaper of the Catholic Church in Malaysia, said a legal suit was filed after they received repeated official warnings that the newspaper could have its licence revoked if it continued to use the word.

"We are of the view that we have the right to use the word 'Allah'," said editor Rev Lawrence Andrew.



Saya pasti sesiapa sahaja yang beragama Islam pasti tercabar apabila membaca petikan di atas.Namun saya juga percaya,betapa ramai umat Islam berlapang dada dan menerima permintaan mereka ini.Saya termasuk dalam kelompok orang yang menerimanya.Sabar dulu..Jangan berhenti membacanya,saya bukan mubaligh kristian dan saya juga bukan pengkhianat Allah dan Nabi Muhammad saw.

Apa?Mahu saya mengucap?Baiklah saya mengucap, “Laa ila ha ila Allah,Muhammad Rasulullah”.Puas hati?Ya saya masih beragama Islam,malahan saya sanggup berkorban demi Islam yang suci ini.Baiklah,sekarang ini peluang saya pula untuk menerangkan kenapa saya menerimanya.(penggunaan nama Allah dalam bibble)

Alhamdulilah,saya diizinkan oleh Allah untuk mempelajari intipati Agama Kristian secara tersusun,di bawah bimbingan Brother Shahkirit Kalkulal Govingi.

Ah jangan salah sangka lagi,Brother Shah ini Muslim dan beliau sudah dikenali ramai.Sabar dulu,jangan tergesa-gesa mahu salah sangka pada saya.Boleh begitu para pembaca paradigma?Ha macam itu lah,baik biar saya sambung lagi.

Pembelajaran saya bersamanya memberi banyak pengetahuan tentang agama ini.Pada mulanya, ibu saya berasa curiga apabila saya beritahu hasrat saya padanya untuk belajar agama kristian.Namun akhirnya beliau membenarkannya dan berdoa satu hari nanti saya dapat mengislamkan ramai orang.Amin!
Pembelajaran tersebut menggunakan bibble,dan untuk pengetahuan para pembaca terdapat dua bibble yang berbeza.


Apa itu Bible?

Sebelum saya terangkan lebih lanjut,biarlah saya terangkan apakah itu Bible?

Bible --- Biblios--- Al – Kitab = Himpunan buku-buku

Perkataan bible diambil dari perkataan biblios yang bermaksud Himpunan buku-buku.Agama Kristian terdapat dua Bible yang berbeza,perbezaan itu disebabkan perbezaan jumlah buku yang dihimpunkan.

Ingat betul-betul,Bible itu adalah himpunan buku-buku.


Didalam Bible terdapat dua Perjanjian,iaitu Perjanjian Lama dan juga Perjanjian Baru.Perbezaan antara dua Bible ini terdapat dalam Perjanjian Lama. Bagi Mazhab Protestant,Bible mereka terdapat 66 buah buku.Manakala bagi Mazhab Catolik terdapat 73 buah buku.


Berbalik kepada isu utama iaitu penggunaan nama Allah dalam Bible.Penggunaan perkataan Allah dalam bible sebenarnya sudah lama dilakukan.Ini bukan cerita olok-olok,kerana Bible sudah diterjemahkan kepada 2000 bahasa dan antaranya ialah bahasa Arab.Apa yang pasti,terjemahan dalam Bahasa Arab sendiri mempunyai 11 dialek yang berbeza!

Ah,jangan berasa pelik.Benar,penggunaan perkataan Allah sudah lama berada dalam bible,tambahan lagi bible sudah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan dinamakan dengan nama Al-Kitab.Saya ada memilikinya sebuah,dan memang nyata apabila saya membacanya,perkataan Allah digunakan bagi menggantikan perkataan God/Lord.Soalnya disini,kenapa kita takut untuk membenarkan mereka meletakkan perkataan Allah dalam Bible.Sedangkan perkataan itu sudah lama berada dalam bible berbahasa arab dan juga berbahasa Melayu.


Book of Genesis



Sebelum ini saya ada tanya kepada para pembaca tentang,sebuah surah yang didalamnya terdapat perkataan Allah.Ya,memang benar,surah itu bukanlah dari al-Quran tetapi ia adalah dari Bible berbahasa Arab.Ayat tersebut saya ambil dari "book of genesis".Sebenarnya perkataan Allah itu bukanlah hak milik mutlak Umat Islam sahaja,perkataan Allah itu sudah lama digunakan oleh agama Langit yang lain(Yahudi,Nasrani).Agama Yahudi dalam bahasa Aramaic memanggil Allah dengan nama Alaha,dalam bahasa Hebrew mereka memanggil Allah dengan nama Eloi,Elai.Oleh itu,tidak ada sebab kita mahu melarang mereka menggunakan perkataan Allah dalam Bible.

Untuk lebih memahami perkataaan Allah,saya bawakan definisi Allah itu sendiri.Perkataan Allah الله (dibaca ALlâh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord.Selain daripada itu, bahawa usul perkataan Allah itu timbul dari kata Arab ta'allaha (atau alaha) yang memberi maksud yang disembah. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud: satu-satunya yang layak disembah.



Pandang positif dan ambil peluang


Sepatutnya,isu penggunaan Allah dalam Bible ini dipandang positif oleh Umat Islam.Saya memetik kata-kata Brother Silvester dalam Khutbah Jumaat yang lepas, “Umat Islam seharusnya mengambil peluang ini untuk menerangkan siapa itu Allah yang sebenar.Allah bukannya himpunan dari Bapa tuhan,anak tuhan dan juga ruhul kudus,tetapi Allah adalah Tuhan yang Esa,kepadanya segala bergantung,tidak dilahirkan dan juga tidak melahirkan, dan tidak ada sesuatu yang setanding dengannya.”

Kenapa kita mahu menghalang mereka dalam menuju kepada persamaan?Sedangkan Allah sendiri menyuruh Nabi Muhammad saw menyeru ahli kitab kepada persamaan yang ada pada agama Islam.

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”( Surah Ali Imram 3:64)


Gunakanlah peluang ini untuk menyatakan kebenaran,dengan memanipulasikan penggunaan Allah dalam bible mereka.Didalam bible terdapat banyak persamaan berkenaan konsep ketuhanan Islam iaitu Allah itu ESA tidak ada dua atau tiga.Misalnya;


Allah berkuasa dari segala-galanya:

“Tidak ada sesuatu pun yang standing dengan-Nya”(Al-Ikhlas:4).

“My father is greater than all” [John 10:29]


Allah yang ESA:


“Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa”(Al-Ikhlas:1)

“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]



Lemah-lembut dan berhikmah

Di atas cumalah beberapa persamaan yang boleh diambil,gunakanlah ia sebagai hujah untuk membawa mereka kepada Islam agama yang benar.Dekati dan berbahaslah mereka dengan lemah lembut dan berhikmah,sesuai dengan Firman Allah:

“Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”( Surah An-Nahl 16:125)



BERHENTI dari memberikan alasan


Kebanyakkan daripada kita,apabila diajak untuk keluar berdakwah pelbagai alasan digunakan.Hanya orang yang tidak mahu berdakwah sahaja yang mencari pelbagai alasan untuk menutup kemalasan mereka,tetapi jika kita benar-benar mahu membawa mereka kepada agama Islam,kita boleh jadikan isu ini sebagai peluang terbesar untuk mendekati mereka.

“Tunggulah dulu” itulah alasan paling kerap didengari. Hendak tunggu apa lagi? Sedangkan Allah telah memberi amaran kepada kita:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-oramg yang fasik (derhaka)”( Surah At-Taubah 9:24)


Sebuah Analogi

Sebelum saya akhiri ulasan ini,saya bawakan sebuah Analogi yang dicipta oleh Brother Shahkirit:

“Bayangkanlah suatu hujung minggu, kita pergi berkelah bersama keluarga di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai di puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi ke depan,lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu, kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.

Sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.(Brother Shahkirit Kalkulal Govingi-Pegawai pendakwah di IIS(Islamic Information And Service Foundation)



Ulasan terakhir

Moga ulasan ringkas saya ini membuka mata para pembaca semua,dan memberikan kekuatan dan semagat untuk berdakwah kepada bukan Islam.Jadikanlah ini sebagai satu ganjaran Allah kepada kita,dan sebagai peluang kepada kita untuk mendekati mereka.Marilah kita bangun dan laksanakan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita, untuk menyampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam.Sekian..

Kredit pada:
Rahmat ( Deedat Junior in MMU) dan Edry Faisal yang sudi menyemaknya
*Yussamir Yusof atau al-johori(nama pena yang digunakan di iLuvislam.com) merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com. Kini beliau merupakan pelajar perakaunan di Multimedia University(MMU) Cyberjaya. Artikel dipetik dari laman web beliau, www.yussamir.com


SALAM HIJRAH&SELAMAT MENGHADAPI 2010



Salam Hijratur Rasul serta menyambut tahun 1431H dan tahun 2010..KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR! may Allah bless us all. ameen Ya Rabb. Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)


Huraian:
Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan “Budaya Hijrah” dalam kehidupan kita seharian.

Semoga tahun ini lebih baik dari semalam. Kesempatan ini ana merakamkan ucapan setulus kemaafan atas segala kesilapan diri dan keluarga.Salam ukuwwah Islamiah buat sahabat dan sahabiah di mana jua kalian berada.