LAPORAN BERGAMBAR KEM IBADAH 2009






Pada 6-8 Nov 2009 yang lalu, bertempat di Sk Ranau Kota Marudu, seramai 115 orang peserta(67 orang lelaki dan 48 perempuan) telah mengikuti Program Kem Ibadah 2009 yang dibiayai oleh Sektor Pengurusan Islam JPN Sabah. Para peserta telah dipilih dari beberapa buah sekolah iaitu Sk Ranau(Sebagai penganjur), Sk Kota Marudu II, Sk Pekan, Sk Tandek dan Sk Kulambai.

Program tersebut berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah dirancang oleh pihak pengelola dan menepati objektif dan matlamat yang ditetapkan. Pengerusi/Pengarah Program ialah Ustaz Ismarah Madcasar, Setiausaha ialah Ustaz Haniff Ariffin,En Yahya Awang sebagai Ketua Kem Komandan, En Awang pula selaku Penyelaras Teknikal, En Ahmad Kusasi sebagai bahagian jamuan dan ramai lagi AJK yang terdiri daripada guru-guru Sk Ranau yang turut membantu menjayakan program tersebut. Manakala Barisan Fasilitator terdiri daripada Ustaz Khairul Anuar Nawi selaku ketua Fasilitator, Ustaz Md Nasir Daud sebagai Timbalan Ketua Fasilitator, Ustaz Hanif Ariffin, Ustaz Md Shukri Mat Zawawi, Ustaz Md Suhardi Omar, Ustaz Saharil Sapuan, Ustaz Bahrun Ismail, Ustaz Wan Zahiruddin wan Abdullah, Ustazah Zuriana zulkifli, Ustazah juliah Sintar, Ustazah Asmah Yassin dan Ustazah Suati Musa.

Pada jam 2 petang hari pertama program telah dimulakan dengan sesi pendaftaran yang diiringi oleh penjaga masing-masing, seterusnya diikuti dengan sesi taklimat Kem Komandan dan kuliah magrib yang disampaikan oleh Ustaz Md Nasir Daud bertajuk Mari Mengenal Allah. Pada jam 5.30 petang hari yang sama fasilitator bermesyuarat sekali lagi untuk menyelaras modul ice-breaking dan LDK 1 yang akan dilaksanakan pada jam 8.30 malam. Antara yang menarik dalam ice-Breaking ialah murid-murid berkumpul dan berkenalan mengikut bulan kelahiran,tahun kelahiran dan kumpulan berlainan sekolah dan darjah. Mereka juga berjaya melepasi beberapa tugasan seperti menyanyikan lagu tema semarak perjuangan, mereka bendera, motto, nama kumpulan serta melantik ketua kumpulan masing-masing. Bagi melicinkan lagi pergerakan peserta, Fasilitator mengamanahkan kepada peserta untuk melantik sendiri penghulu serta penghuluwati Kem Ibadah 2009. Program tersebut juga disemarakan lagi dengan Yel zikir Fatimah.

Pada hari ke-2, selain Kuliah subuh, kuliah magrib dan riadah, perkara yang paling menarik perhatian peserta, urusetia dan ibubapa yang hadir ialah aktiviti Kembara Solat yang terdiri dari 6 perhentian. Setiap perhentian peserta dikehendaki melaksanakan tugasan yang diberi iaitu perkara yang berkaitan rukun solat. Selepas slot pembedahan Kembara Solat, program diikuti dengan Slot Muhasabah yang dijayakan oleh kru-kru yang dilantik dikalangan fasilitator dan urusetia. Alhamdulillah sasaran objektif tercapai selepas wujud interaksi dan penyelarasan antara kru-kru yang terlibat dan kelihatan petanda perubahan tingkahlaku pada diri peserta.

Hari Ketiga selain Kuliah Subuh bermodul, program penutupan KI 2009 telah dihadiri oleh wakil Perasmi dari Unit Dakwah dan kerohanian SPI JPN sabah iaitu Tn Haji Md Razali Hamid. Program tersebut diakhiri dengan penyerahan laporan Fasilitator dan setiausaha serta diteruskan lagu tema. Hasil keputusan mesyuarat fasilitator bersetuju memilih Md Izzat Bukharin Mat Din dari Sk KM II sebagai peserta terbaik putera manakala adik Nurinnah Suhaili dari Sk Ranau adalah peserta terbaik puteri. Manaka pencapaian KI 2009 secara terkumpul adalah Gred B bagi Program pertama dengan peratusan sebanyak 74.67 % .

Terima kasih kepada Guru Besar Sk Ranau yang memberi sokongan, juga kepada semua AJK dan urusetia serta Fasilitator yang bertungkus lumus beberapa minggu mengatur dan berbincang sehingga kem ini dapat diatur dengan sebaiknya. Kepada Allah mohon keampunan atas kesilapan dan kelemahan dan kepada semua saya memohon maaf atas segala ketersilapan. Semoga Program ini disusuli dengan keinsafan dalam setiap nurani peserta dan fasilitator serta urusetia yang terlibat. Amin Ya Rabb.



Disediakan oleh :Ketua Fasilitator KI 09
video

JANGAN BERGURAU DENGAN ULAR!



SEMASA DIBERI RAWATAN DI HOSPITAL LOTONG





GAMBAR ULAR PEMANGSA YANG SEBENAR YANG DIRAKAM OLEH SAHABAT SAYA


4 Nov 2009(Rabu) Jam 8.50 pagi di depan bilik Guru Sk Tandek, Saat yang tidak dapat saya lupakan, kemalangan yang terjadi hanya sekelip mata gara-gara menghalau ular ke hutan dari menggangggu dan diganggu oleh murid-murid yang sedang asyik mengusik ular tersebut yang berada di atas pokok bunga. Sekali Imbas sebelum dipatuk, spesis ular yang saya tunjuk di atas yang dapat saya kenal Pasti telah mematuk saya.

Sebelum kejadian beberapa orang guru telah melarang murid-murid dari bermain di kawasan tersebut kerana dikhuatiri dipatuk ular. Mungkin sudah jodoh tangan saya dengan gigi ular tersebut, tiba-tiba saja saya tergerak hati untuk menghalau ia tanpa membunuhnya memandang ular tersebut berada dalam pokok bunga yang tebal..

Selama 2 hari saya berada di Wad untuk pemeriksaan lanjut, pelbagai pengalaman dan iktibar pahit manis yang dilalui. Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan saya, mungkin ini satu ibrah dan tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Bila Allah ingin menegur hamba-hambaNya,cukuplah Dia mendatangkan ciptaan-ciptaan untuk menguji kita. Alhamdulillah sekarang beransur sihat.

Terima kasih tidak terhingga kepada Pengawal Keselamatan sekolah yang menggunakan teknik rawatan kecemasan cara tradisional dengan menyapu getah pucuk ubi kayu ditempat gigitan, terima kasih kepada cikgu satar,cikgu Dura dan Ustaz Saril kerana menghantar saya dan ular ke hospital:),tidak lupa juga kepada ustaz Zaki Ali di Perak kerana menelefon Doktor Rosfinah untuk segera melawat saya, jua kepada Ustaz Hasaidi dan shahril Lokman yang banyak membantu, juga kepada isteri tercinta yang sudi menemani saya sepanjang diwad walaupun sarat mengandung, jua kepada sahabat-sahabt yang menziarahi, menelefon, sms dan mendoakan saya. Tidak lupa juga doa yang dikirim oleh dua Ibu bapa dan mertua serta adik beradik di desa. Salam persahabatan dan JAZAKALLAH untuk semua.

*Perkongsian: Al-Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul, Bimilillah 5 dan solawat juga boleh digunakan melalui air untuk diminum untuk bantuan.

Tugasan Fasilitator&Lagu Tema Kem Ibadah 2009






MODUL KEM IBADAH SK RANAU 2009Bil

Tajuk/Pengisian

Masa/Tarikh

Tanggungjawab

01

Kuliah Maghrib

“Mengenal Allah”

6.35-7.15 ptg/6 Nov 2009

*Nasir Daud

02

Ice-Breaking

8.30-9.30 mlm/6 Nov 2009

*Khairu Anuar M Nawi

(Ketua Fasilitator)

03

LDK1

9.30 -10.30mlm/6 Nov

*Semua Fasi

04

Kuliah Subuh

“Mencintai Rasulullah”

5.00 -6.00 pg/7 Nov 2009

*Bahrun Ismail

05

Ceramah 1

Praktikal Wuhu’

8.00-9.00 pg/7 Nov 2009

*Wan Zahirudin *Wan Abdullah

06

Ceramah 2

“Solatku”

9.00-11pg/7 Nov 2009

*Bahrun Ismail

07

LDK 2

11.30-12.30 tghri

*Semua Fasi

08

KEMBARA SOLAT

200-3.50 ptg/7 Nov

*Semua Fasi

09

Kuliah Magrib

“Jadikan setiap perbuatan anda sebagai Ibadah”

6.35-7.30 mlm

*Asmah Yassin

*Suati Musa

10

MUHASABAH


*Hahmarulazil Hassan(Pembuka)

*Hanif Ariffin(Provok)

*Khairul Anuar M Nawi(X- Plore)

*Johri Ghani(Teknikal)

*Lampu(Suhardi)

*Wan Zahirudin Wan Abdullah(Solawat)

11

Kuliah Subuh

“ Kuliah bermodul”

5.00-6.00 pg/8 Nov 2009

*Sahril Sapuan

12.

Ceramah 3

“Melangkah ke

alam remaja”

8.00-9.00 pg/8 Nov 2009

*Ismarah Madcasar


SEMARAK PERJUANGAN


Marilah beramal..

Beramal kerana Allah..

Beramal kerana..

ALLAHUAKBAR!!!

Beramal kerana Allah..

Pemuda melangkah gagah..

Menjana kuasa rakyat..

Bersiap menghadapi cabaran..

Semarakkan semangat ..perjuangan

Usahlah kita terus terleka..

Menegak kema’rufan ..menentang kemungkaran

Allah pasti bersama..

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah..

Susunlah barisan usahlah terleka..

Bersatu teguh mara bersama..

Moga islamkan subur..


Kerahkan tenaga jua fikiran mu ..

Korban kan harta sekalipun ..jiwa mu

Menentang musuh Allah ..

Laungkan takbir..

ALLAHUAKBAR!!!

Bersatulah kita bergerak melangkah ..

Tegakkan islam agama yang tercinta..

Ayuh kita julang kembali ..

Islam pasti gemilang....

AJK MKQ 2009-Sila Ambil Perhatian

Ahli Jawatankuasa Pengelola/Pelaksana:
Pengerusi : En Abd Rahman Hj Odis(GB Sk Tandek)
Tim Pengerusi : En Zainal Aliudin(SPI PPD KM)
Setiausaha : Khairul Anuar Md Nawi(Sk Tandek)
T/Setiausaha : Amran Zam Zam(SMK Tandekj)
Bendahari : Ruzeyanti Shuhut(Sk Tandek)
AJK :
Penyelaras Program :i. Md Farzi Ghazali( Sk Tandek)
ii. Ahmad Kusasi Husni(Sk Tandek)

Pendaftaran/Urusetia : i.Zazamislinah Zaman(Sk Tandek)
(Peserta) ii Shakimah Ab Rahman(sk Tandek )
iii. Nor Hazila Che Ibrahim(Sk Pekan)

Pendaftaran(AJK/ : i. Md Hasaidi Hassan(Sk Lankong)
Pengiring/Ibubapa) ii. En Badrul Ishak(Sk Simpangan)
iii.En Bahrun Ismail(Sk Tigaman)

Protokol /Sambutan : i.Guru Besar SK Tandek
ii. En. Zainal Aliudin( SPI PPD KM)

Pamplet : i.Ustzh Nor Asifah (Sk Popok)
ii. Md Hafez Abd Razak(Sk Popok)

Rakaman/liputan/Slide : i. Abdullah Bin Mehad (SK Pekan)
ii. Amran Bin Muhd Zam Zam (SMK Tandek)
iii. Saharil Bin Sapuan(Sk Tandek)

Teknikal PA System : i.En Khairul Anwar Hanif(Sk Tandek)
ii. Khairul Anam (Sk Ongkilan)
iii. En Satar Awang Lah(Sk Tandek)

Lagu Negaraku,Sabah :i.Puan Brenda Tan(Sk Tandek)
Tanahairku &Asma’ul Husna

Doa : i. Kamarulzaman bin Mat Jusoh (Sk Tanjung Batu )
Pengacara Majlis Perasmian : i. Amran bin Muhd Zam zam (SMK Tandek)
ii. Ustzh Asmahwati bt Mohamad Kassim (SK Tandek)

Bunga Manggar : Ruzeyanti bt Shuhut
Pulut Kuning/bunga telor : i. Shahrudin bin Abdullah (Sk Taritipan)
ii. Suryati Ali(Sk Ongkilan)
iii. Salimah Abdullah(Sk Ongkilan)
(Setiap sekolah yang khatam al-Quran )

Backdrop &Hiasan Pentas : i. Baharuddin Edinin(Sk Tandek)
ii. Md Dura Yusof(Sk Tandek)
iii. Haslinah Dada( Sk Tandek

Kain rentang : i.Us Baharuddin Edinin (sk Tandek)
Khalifah :i. Zainun Anuar Bin Mat Salleh (SK Panaitan)
ii. Mohd Nasir Bin Daud (sk Ranau)

Bunga Rosset :i. Noramnah Binti Jais (SK Mosolog)
Lencana/Name Tag : i.Nazatul Shima binti Sulaiman(SMK Tandek)
ii.Wan Nur Hanani Binti Wan Hanapi(SMK Tandek)

Keselamatan/Disiplin : i. Ahmad Kusasi Husni(Sk Tandek)
ii. Hahmarulazil Bin Hassan( Sk Bengkongan)
iii.Guru Disiplin SK Tandek




Sijil : i. Puan Jamnah bt Abdul Sani (PPD)
Cenderahati/hadiah : i.Nazatul Shima binti Sulaiman(SMK Tandek)
ii.Wan Nur Hanani Binti Wan Hanapi (SMK Tandek)

Persiapan tempat : i.Ali Sidin Ali Kasan(Sk Tandek)
ii. Md Ridwan Ya’cob (PIBG sk Tandek)

Panel pemilihan Khatam al-Quran :i. Khairul Anuar Md Nawi(Sk Tandek)
ii.Mohd Nasir Daud (Sk Ranau)
iii.Zainun Anuar Mat Salleh(Sk Panaitan)
iv.Asmah Yassin(Sk Pekan)

Salinan Modul Khatam Quran :i.Mohd Farzi Ghazali(Sk Tandek)
ii.Shahril Lockman(SMK Kota Marudu)

Raptai : i.Mohd Farzi Ghazali (Sk Tandek)
ii.Ahmad Kusasi Husni(Sk Tandek)

Pengurus Peserta : i.Shamsiah Lo Bt Majif (SK Tagaroh)
ii. Mohd Zailani Mustakim(Sk Kota Marudu II
iii. Mohd Raffee Che Daud(Sk Timbang Batu)

Rehal : Setiap sekolah bawa 2 rehal
Jamuan/makanan : i. Mastijah Madina(Sk Tandek)
ii. Saharil Sapuan (SK Tandek)

Kebersihan : i.Yukarmi Yusof(SMK Bandau)
ii. Guru SK Tandek

Persembahan : i.Hahmarulazil Bin Hassan(Sk Bengkongan)
ii.Suju Rahini Ab Rahman(Sk Tumunda)
iii. Saharil Sapuan(Sk Tandek)

Tilawah Jemputan : i.Johan MTQ Sekolah Rendah (Lelaki)

Makluman Penting Sekolah Program j-QAF Kota Marudu.







Hasil Keputusan Mesyuarat MKQ 2009 Peringkat Daerah pada 28 Okt 2009


Bertempat di Sk Tandek



Tarikh Prog : 10 Nov 2009 (Selasa)


Tempat : Sk Tandek Kota Marudu


Masa : Sila Rujuk Tentatif


Perasmi : Pegawai PPD KM


1.Setiap Sekolah hendaklah menghantar senarai nama 4 orang murid(2 lelaki dan 2 perempuan) serta mencalonkan 2 orang yang akan mengetua surah khatam al-quran di pentas(1 lelaki dan 1 perempuan) *Sila sms ke no:013-9807431 sebelum 3 Nov 2009(selasa)

2.Menghantar nama guru pengiring : Sekolah yang terlibat dengan khatam al-quran hendaklah menghantar hanya seorang pengiring dan sekolah yang terlibat dengan kalam jamaei/dikir barat hendaklah menghantar 3 orang guru pengiring terdiri daripada guru pendidikan Islam atau Guru j-QAF. *Sila sms ke no:013-9807431 sebelum 3 Nov 2009(selasa)

3. Setiap sekolah yang menghantar peserta khatam al-quran dikehendaki membawa sedulang pulut kuning bersama sekurang-kurang 7 kuntum bunga telur.(pulut hendaklah ditutup dengan plastik)

4. Pakaian peserta lelaki ialah baju melayu bersongkok manakala peserta perempuan baju kurung bertudung.

5.Pakaian guru pengiring dan AJK lelaki ialah pakaian baju melayu bersongkok dan guru perempuan baju kurung atau jubah bertudung.

6. Sekolah-sekolah terlibat hendaklah mendapatkan surat kebenaran ibu bapa setiap peserta 3 salinan:1 salinan untuk ibu bapa, 1 salinan untuk sekolah dan satu salinan untuk diserah pada hari pendaftaran MKQ 2009.


7.Sekolah-sekolah yang terlibat hendaklah menjemput Ibubapa peserta pada hari program untuk turut terlibat.


8. Mesyuarat Tugasan akhir yang akan melibatkan semua AJK yang dilantik akan diadakan pada 5 Nov 2009(Khamis) bertempat di bilik gerakan PPD Kota Marudu pada jam 9.00 pagi.


9. Sk Tumunda Salimandut hendaklah menghantar +-24 orang peserta Kalam Jamaei manakala Sk Bengkongan hendaklah menghantar +- 20 peserta dikir barat dan Sk Pekan Kota Marudu hendaklah menghantar seorang murid sebagai Qari bagi persembahan Majlis Khatam al-Quran.

Sila Email senarai nama di alamat:khairul_mnawi79@yahoo.com

10.Setiap sekolah yang terlibat dikehendaki membawa rehal masing-masing.

Peringatan : Mesyuarat tugasan akhir pada 5 Nov 2009(khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.


SENARAI SEKOLAH PROGRAM J-QAF DAN BILANGAN PESERTA MKQ 2009

PPD KM

BIL

NAMA SEKOLAH

BIL PESERTA

BIL PENGIRING/AJK

01

Sk Tandek

4-Khatam Quran

1

02

SK Tumunda Salimandut

24-Kalam Jamaei

3

03

Sk Pekan Kota Marudu

4- Khatam Quran

1

04

Sk Tagaroh

4- Khatam Quran

1

05

Sk Tanjung Batu

4- Khatam Quran

1

06

Sk Ongkilan

4- Khatam Quran

1

07

Sk Taritipan

4- Khatam Quran

1

08

Sk Masolog

4- Khatam Quran

1

09

Sk Timbang Batu

4- Khatam Quran

1

10

Sk Bengkongan

20- Dikir Barat

3

11

Sk Ranau

4- Khatam Quran

1

12

Sk Popok

4- Khatam Quran

1

13

Sk Langkon

4- Khatam Quran

1

14

Sk Simpangan

4- Khatam Quran

1

15

Sk Tigaman

4- Khatam Quran

1

16

Sk Kota Marudu II

4- Khatam Quran

1


Atucara Program

MASA

ACARA

8.00 pg

Ketibaan Kontijen

Pendaftaran peserta/guru pengirim .

8.30 pg

Taklimat peserta

Raptai/Saringan murid yang akan megetuai surah-surah khatam al-Quran

9.30pg

Ketibaan Perasmi dan tetamu kehormat

9.40pg

Majlis Khatam al-Quran

-Bacaan Tilawah al-Quran

-Ucapan Alu-aluan Pengerusi Program

-Ucapan Perasmian majlis

-Persembahan Kalam Jamei

-Acara Khatam al-Quran bermula

-Persembahan dikir barat

12.00 pg

-Penyampaian sijil&cenderamata

-Penyampaian watikah Tuan Rumah MKQ tahun 2010

12.30 pg

-Majlis bergambar

-Jamuan dan solat zohor berjamaah


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

i) Ustaz Zainal Aliudin, Penyelia Sektor Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah :013-5446962

ii) Ustaz Khairul Anuar Md Nawi, Penyelaras MKQ &Kalam Jamei Daerah KM:013-9807431


Maaf Tidak sempat nak edit/kemas paparan ini. Sila berikan Komen di box di bawah ini atau bahagian 'BINCANG'.