KEWUJUDAN DAJJAL

Gambar hiasan

Sabtu yang lalu selepas menghakimi pertandingan Program Maulidul Rasul peringkat daerah anjuran JHEAINS dan selepas sesi ceramah dan persembahan. Sempat bersembang-sembang dengan rakan-rakan AJK dan hakim dibilik jamuan. Sambil bercerita tentang isu Thunami di Jepun yang hangat diperkatakan serta peristiwa akhir zaman..secara individu ada soalan yang diajukan dari seorang sahabat yang bertanya dihujung perbualan, sejauh mana kebenaran kewujudan dajjal di akhir zaman. Kesempatan ini saya nukilkan sekali lagi kisah yang saya terangkan semalam yang ada diriwayatkan oleh Imam Muslim untuk renungan semua:

Riwayat Muslim yang dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakutkan dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang kepadaku dan memeluk Islam. Beliau mengkisahkan kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang beliau ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya belayar di lautan dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Aku adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya diikat dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti gergsai itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali mana depan dan mana belakangnya. Kami tanya siapa dia? katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Makhluk besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Makhluk besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Makhluk besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

ZIARAH DAN SUMBANGAN KEBAKARAN!

Rumah Pakcik Maginsil yang hangus dijilat api


Teratak sementara sumbangan pelbagai pihak


Sumbangan keperluan makanan disampaikan oleh AJK YAM Caw K.Marudu


Sumbangan kewangan disampaikan disampaikan oleh Pengerusi YAM Caw K.Marudu


Sumbangan pakaian disampaikan oleh S.U YAM Caw K.Marudu


Rumah yang hangus dijilat api


Mabruk kepada sahabat yayasan Amal dan sahabat usrah K.Marudu yang memberi perhatian serius terhadap tulisan saya mengenai Musibah kebakaran rumah Pakcik Maginsil di Rasak Darat tempohari. Saya dan beberapa rakan wakil Unit Usrah dan yayasan Amal sempat menziarah dan turut menyampaikan bantuan pakaian, keperluan asas makanan dan kewangan hasil sumbangan sahabat-sahabat Daerah Kota Marudu.

Sumbangan tersebut disampaikan pada hari Jumaat 18 Feb 2011 selepas solat Jumaat. Pancik Maginsil yang tinggal bersama Isteri dan 4 orang cucu sekarang tinggal di teratak sementara yang dibina hasil sumbangan pelbagai pihak. Beliau memaklumkan setakat ini derma yang diberi belum mencukupi untuk membina rumah dan memenuhi keperluan persekolahan cucu dan peralatan rumah. Justeru sumbangan yang berterusan masih lagi diperlukan.

Kesempatan ini juga, bagi pihak YAM Caw Kecil K.Marudu saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Hj Khairan Pengerusi YAM Sabah, Ustaz Redwan S.U YAM Sabah dan AJK YAM kerana turut berbesar hati menyalurkan bantuan yang saya kira akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Insya Allah rombongan kedua akan menyusul ke Rasak Darat untuk menyampaikan sumbangan dari pihak YAM Sabah.Jazakallah!


Puisi Kelahiran Junjungan Alunan Solawat-Sesuai untuk Ajar Anak-anak

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Anak Abdullah # Nama Ibunya Siti Aminah
Dilahirkan di Kota Mekah # Rabi'ul Awwal di Tahun Gajah.

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Lahir di pagi hari # Keganjilan banyak terjadi
Mata bersolek harum kasturi # Semenjak lahir Nabi terpuji

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Rasul Pilihan # Islam jaya jadi tujuan
Abu Bakar Umar dan Uthman # Dengan Ali Sohbat Bantuan

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Ya Allah Tunjuki kami # Dalam Islam Sampai kemati
Syafaat Nabi diharap nanti # Yaumil Mahsyar sampai Jannati

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

al-Fatihah untuk ayahanda arwah Ustaz Bahrudin Mardhia..Puisi ini adalah inspirasi beliau ketika penulis menziarahi beliau semasa di Tandek tahun 2005 yang lalu.

Maulid di Pinggan-Pinggan.

Penyampaian anugerah guru mithali tahun 2010/11.

Audien mendengar ceramah terdiri dari guru dan pelajar-pelajar.

Alhamdulillah Rabbil 'alamin..kerana diberi kesempatan lagi teruskan coretan ringkas. Pada 15 Feb yang lalu bertepatan 12 Rabi' ul Awwal sehari selepas valentines day, satu ceramah khas sempena maulidul Rasul di adakan di SMK Pinggan-pinggan. Seawal 7 pagi pelajar-pelajar berpusu-pusu ke Surau SMK. Penceramah sejam awal sampai sempat lagu tidur dalam kereta sejam lamanya menunggu jam 8 pg..mengantuk betul pagi tersebut maklumlah tidur agak lewat sikit malam tadi.

Program dimulai dengan solawat jama'i dikendalikan oleh penyelaras program ustaz Wan Amran Wan Ahmad, kemudian majlis diambil alih oleh pengacara majlis adik Mohamad Fauzi. Program dimulakan dengan bacaan tilawah al-Quran dan ucapan penyelaras Program dan diteruskan dengan ceramah maulid yang disampaikan oleh ustaz Khairul Anuar Nawi.Selepas ceramah dan sesi soal jawab majlis disajikan dengan persembahan deklamasi sajak dan persembahan nasyid.

Atucara diakhiri dengan Anugerah tokoh guru dan staf Maulidul Rasul..Antara yang turut menerima anugerah ialah ustaz Wan Amran Wan Ahmad yang dinobatkan guru mithali tahun 2010/2011. Majlis juga ditutup dengan solawat secara jamai juga dikendalikan oleh ustaz Wan Amran dan berakhir kurang lebih jam 10 pagi.

TAHNIAH!diucapkan kepada Pihak pentadbir SMK Pinggan-pinggan dan JK pelaksana khasnya kepada Pn Malati Lajim, Ustaz Wan Amran, Ustaz Muslim Yaacob dan kru-kru terlibat kerana berjaya melaksanakan himpunan memeringati Maulid Nabi dengan kehadiran yang begitu ramai. Program ini seharusnya dicanang sebagai program tahunan bagi semua sekolah kerana sesekali tidak dapat dipisahkan antara ummat dan Nabi, antara jalan hidup dan sunnah, antara kehidupan manusia dan panduan junjungan yang mulia Muhammad al-Mustofa.

Sempat dibilik makan menjalankan sesi terapi menggunakan ayat-ayat syifa ke atas seorang pesakit atas permintaan beliau. Semoga pesakit sekeluarga tersebut cepat sembuh dan dalam pengawasan Ilahi.

Hasyiah untuk perkongsian: Puisi yang dialunkan oleh penceramah semasa memulakan ceramah di SMK pinggan-pinggan dengan menggunakan alunan solawat yang kebiasaan diamalkan oleh masyarakat melayu:

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Anak Abdullah # Nama Ibunya Siti Aminah
Dilahirkan di Kota Mekah # Rabi'ul Awwal di Tahun Gajah.

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Lahir di pagi hari # Keganjilan banyak terjadi
Mata bersolek harum kasturi # Semenjak lahir Nabi terpuji

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Nabi Muhammad Rasul Pilihan # Islam jaya jadi tujuan
Abu Bakar Umar dan Uthman # Dengan Ali Sohbat Bantuan

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

Ya Allah Tunjuki kami # Dalam Islam Sampai kemati
Syafaat Nabi diharap nanti # Yaumil Mahsyar sampai Jannati

Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam
Sollallah ala Muhammad#Sollallah alaihi wasallam

al-Fatihah untuk ayahanda arwah Ustaz Bahrudin Mardhia..Puisi ini adalah inspirasi beliau ketika penceramah menziarahi beliau semasa di Tandek tahun 2005 yang lalu.