YA ALLAH..!

Ceramah Di Masjid Al-Munawwar Pekan Lama

Sedang aku berprogram Nadwah pada 17 Julai, kedengaran tone Handphoneku berkokok..kusambut panggilan Ustaz Muhsin Imam Rawatib Masjid Pekan, walaupun sedang menaklimat Fasilitator terpaksa memberi sedikit masa menghormati panggilan.."ustaz apakabar?"alhamdulillah jawabku".."ustaz free tak 20 Julai saya nak jemput ceramah!?.."Insya Allah jawabku ringkas,kalau ustaz tidak dapat ustaz cuba tanya ustaz Fairus sebagai ganti..ustaz mohon maaf sedang menaklimat Fasi ni"..terus ku mohon izin untuk off HP.

20 Julai bersamaan 27 Rejab aku agak terlewat balik ke rumah dari Tandek mengajar anak-anak mengaji al-Quran ..tengok jam 6.05 petang hampir maghrib waktu di KM Sabah. Laju juga aku tekan minyak memandangkan malam ni kena menyampaikan ceramah isra' mikraj..sambil memandu sempat call isteri minta tolong iron pakaian ke Masjid, sempat sms Imam R.Mas bagitau keterlewatan sampai ke sana dijangka lepas maghrib.

Alhamdulillah setelah menunaikan solat maghrib terus aku memecut avanzaku ke Pekan lama..setiba di sana kelihatan tuan Imam sedang warming-up jamaah dengan zikir-zikir sambil menunggu penceramah. Inilah bahananya datang lewat..Jamaah masjid masing-masing memandang pintu masuk masjid menunggu-nungguku. Seganpun ada, semputpun ada:)

Innalhamdalillah..Nahmaduhu wanastainuhu wanastaghfiruh. Wanauzu billahi min syururi anfusina wamin sayyia ti a'malina, mayyahdihillah fala mudhillalah, wamayudhlil fala hadiya lah..Aku memulakan ceramah dengan ucaptama seperti Rasulullah memulakan khutbahnya dikala Muhammad al-Azdady seorang penyair terpukau dengan ucapan baginda..sehingga beliau terpikat dengan estetika dan dinamika bahasa yang begitu indahyang keluar dari lidah al-Amin..sehingga hatinya terbuka menerima Islam.

Ayat pertama Sura' al-Isra' dan tafsiran menjadi mukaddimah ceramah kali ini, Perkataan Subhana yang diuacapkan Allah menunjukan peristiwa isra' mikraj adalah bersih dari campurtangan makhluk hatta malaikat Jibril ataupun Buraq. Andaikata Tiada Jibril ataupun Buraq, Allah mampu memperjalankan hambaNya tanpa bantuan apa-apa. Itulah Khairul Anam SAW, Insan yang pertama dan terakhir dijemput bertamu kehadhrat Jalal dan Jamal Allah dengan Ruh dan jasadnya sekali. Itulah Ashabul Azman, yang mendahului teknologi ledakan maklumat, mendahului penciptaan roket dan soyuz. Baginda diperjalankan oleh yang Maha Hebat, yang Maha Pencipta dan pentadbir urusan Alam dan waktu..sehingga tidak sampai 1 malam Rasulullah diisra' dengan burak begitu laju..tetapi tersingkap 1001 rahsia dan pengiktibaran sepantas perjalanan. Bagai tidak dapat diterima oleh akal yang bersalut dosa dunia yang hanya memandang dan mengukur dengan keupayaan alam syahadah. Seterusnya Rasulullah dimikrajkan merentasi langit ketujuh mengadap Allah dengan keupayaan melepasi tahap pemikiran manusia..sanya Isra' mikraj adalah sekelumit rahsia Allah yang sengaja Allah bongkarkan bagi hati-hati yang memandang dengan basirah.

Aku juga turut memetik beberapa mesej dari peristiwa agung ini..peristiwa yang disepakati ulama kewujudan keajaiban mukjizat Rasulullah..sehingga ulama menyatakan mukjizat Rasulullah yang paling hebat selepas al-Quran ialah mukjizat Isra' dan mikraj. Beberapa soalan sengaja dilontarkan untuk para jamaah: Mengapakah Peristiwa tersebut didahului dengan pembedahan dada baginda SAW?Mengapakah ianya ditakdirkan berlaku di waktu malam bukan waktu siang?Mengapakah ianya berlaku hanya 1/3 dari malam dan bukan beberapa hari?mengapakah ianya berlaku dalam keadaan nabi berdukacita?Mengapakah Allah tidak terus mikrajkan Rasulullah terus kelangit dari masjidil Haram tapi dari Masjidil Aqso?Kenapa Allah Isra'kan Rasulullah sampai kebeberapa tempat seperti Yathrib, Baitul Laham dan lain-lain seterusnya sampai ke Masjidil Aqso?Mengapakah Allah tunjuk bentuk azab yang akan diterima oleh umatnya dan apakah penyelesaiannya?

Persoalan-persoalan tadi dirungkai satu persatu sebagai mauizoh pada diriku dan jamaah. Akhir sekali ku simpulkan bahawa masalah sosial dan penyakit umat sememangnya sudah dipaparkan oleh Allah kepada Baginda SAW. Lantas apakah penyelesaiannya?Kehebatan solat akhir sekali diketengahkan dalam ceramah ini sebagai mukjizat yang terbesar selepas al-quran,yang boleh menyelesaikan penyakit umat yang melanda dunia Islam hari ini.Ianya menjadi mukjizat bagi Rasul dan Karamah bagi mukmin yang sentiasa menyempurnakannya..ertinya menyempurnakan rukun fe'li, Qouli dan Qolbi yang dikehendaki pada solat.Mudah-mudahan sekelian pembaca dapat mengambil iktibar dari diari ini.Wallahu a'lam.

Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Daerah



Bismillahrrahmanirrahim.Sengaja ana mencatat coretan sekelimit pengalaman ketika ana dan rakan-rakan seperjuangan betungkus lumus menjayakan Kem Nadwah Kepimpinan Islam kali pertama peringkat PPD Kota Marudu yang disertai oleh pelajar-pelajar terpilih dari SMK di Daerah Kota Marudu.

Meskipun mesyuarat awal peringkat penyelaras Sektor Pendidikan Islam PPD KM 16 JUN 2009(Kalau tak silap)mencadang ana sebagai ketua fasilitator dan penyelaras ceramah, namun dalam hati terasa begitu terbeban memikirkan isteri yang sedang "morning sickness" terpaksa dirumah jaga anak yang agak "staring" disamping tugas dan program harian yang berjadual dan tidak berjadual yang agak fit.Disamping itu ana rasa segan juga dengan sahabat-sahabat yang lain kerana sasaran program ini adalah untuk peserta dari sekolah-sekolah menengah Daerah Kota Marudu. Maklumlah ana hanya dari sekolah rendah. Namun setelah berbincang dengan isteri, alhamdulillah beliau memberikan sokongan..kepercayaan yang diberi oleh pihak penyelia SPI dan mesyuarat juga menyebabkan ana diam dan menerima amanah ini dengan hati yang terbuka.

15 Julai 2009 kami dijemput mesyuarat oleh pegawai di Pusat Kegiatan Guru Pekan Lama,Mesyuarat yang bermula lebih kurang jam 9 pagi berakhir pada jam 1 petang agak dikira hangat ala ADUN bersidang:)Pelbagai pandangan dan masalah yang dibangkitkan oleh rakan-rakan.Antara sebab banyak persoalan dibangkitkan ialah disebabkan mereka tidak dijemput mesyuarat kali pertama serta kedua dan tidak dimaklum tentang masalah yang berlaku sebelum ini. Padaku meskipun ia agak "hot", namun apa yang dibangkitkan itu sebetulnya patut sudah dilaksanakan terlebih awal. Sememangnya mesyuarat kali pertama seingatku semua AJK sudah siap dilantik, tapi mungkin disebabkan perubahan tempat program beberapa kali menyebabkan AJK yang disusun diperingkat awal kelihatan ceroi. Disinilah makna perjuangn,nasihat menasihati antara satu sama lain perlu disamping menjaga peradabab berjamaah. Semua itu ana anggap lumrah sepanjang menyusur program.

Ana diminta untuk memberi taklimat modul yang telah kusiapkan 2 hari yang lalu, walaupun untuk menyiapkan modul NKI 09 membuatkan ana hampir tidak melelapkan mata sudah 2 malam, tapi ana berpuashati dengan gerakerja itu, walaupun tidak begitu "cute" sekurang-kurangnya janji ana pada pegawai untuk siapkan modul tertunai dan pengorbanan yang sedikit itu dikira oleh Allah sebagai ibadat. Atau paling kurang ianya menjadi modus untuk diperdebatkan pada mesyuarat hari ini(15 Julai) dan dimurnikan.Antara modul yang dibentangkan ialah Ice-Breaking, mekanisma pemilihan penghulu, penghuluwati serta kabinetnya melalui ala pra dan pasca pilihanraya tempatan sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan kepada peserta bahawasanya tugas kepimpinan perlukan penerimaan orang yang dipimpin, perlu ikut peraturan dan apa yang paling penting tugas kepimpinan adalah amat berat Seperti Firman Allah SWT: "Sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ke atas langit dan bumi dan bukit bukau, semuanya menolak untuk menanggung bebanan amanahnya, dan takut kepadanya, akan tetapi manusia sanggup menerimanya sesungguhnya dikalangan mereka kebanyakan orang-orang yang membuat kezaliman lagi tidak mengetahui".

Modul Kedua yang menyentuh hatiku ialah tadabbur alam. Kenapa ia amat menyentuh hatiku? Andaikata modul ini diterapkan maka tertegak sunnah Rasulullah berqiamullail, sebelum berqiamullail Rasulullah menyuruh umatnya memandang ke arah cakerawala dan menghayati keagungan dan kekuasaan Allah SWT seterusnya membaca ayat 190-195 surah Ali Imran .


Modul ke tiga Hujahan dan Perbahasan yang dipertanggungjawabkan kepada ustaz Fairuz Ghazali untuk mengendalikan slot. Slot ini sengaja diperuntukan masa 2 jam lebih semata-mata untuk explore kognitif.psikomotor dan spiritual peserta dalam bidang kepimpinan, penghujahan, ketahanan dan sebagainya.

Modul kemuncak pada hari yang sempat ditaklimat ialah Modul cahaya dan Muhasabah atau ekspresi diri, slot ini memerlukan team yang saling berinteraksi dan memahami untuk memastikan mesej yang ingin disampaikan menyelinap ke dalam sanubari peserta.

Manaka Modul yang terakhir ialah Wacana minda atau wawancara ilmiah yang akan dikendalikan oleh ustaz Wan Zahirudin Abdullah

Pada 17 Julai para urusetia, fasilitator dan pelajar-pelajar terpilih kelihatan mula membanjiri Sk Tumunda salimandut, jam 2.00 ptg bermula pendaftaran yang berjalan dengan lancar,petang tu lebih kurang 4.30 petang para fasilitator bersidang untuk mendengar taklimat kali kedua tentang modul yang sama-sama dipersetujui. Modul yang telah ana siapkan pada 13 Julai adalah sebagai suatu cadangan dalam mesyuart fasilitator.Alhamdulillah hampir kesuluruhan dapat dilaksanakan dalam program ini. Antara barisan Fasilitator yang menjayakan Program ini ialah Ustaz Khairul Anuar(Ketua), Ustazah Siti Khadijah(Timb),Ustaz Hahmarul, ustaz Naem, Ustaz Saharil, Ustaz Hanif,Ustaz Fairuz, Ustaz Fairdaus, ustazahFarah Hayati,Ustazah Nazatul Shima,Ustazah Hanani,Ustazah Sharmila, Ustazah Ruziyanti, Ustazah Asliah dan ustazah Aisyah.
Manakala Barisan Urusetia dan AJK antaranya ialah Ustaz Shahril Lockman, Ustaz Azam, Ustaz Rijal, ustaz Zaidi, ustaz Abdullah dan lain-lain.

Selama 3 hari kami berkampung bersama hampir 90 orang peserta dan sukarelawan serta sukarelawati. Apa yang dapat diambil iktibar ialah kerjasama antara fasilitator dan urusetia kelihatan begitu padu meskipun pengalaman bernadwah anjuran SPI PPD KM adalah pertama kali. Ketabahan Fasilitator muslimat juga mengkagumkan bila mendapat tahu mereka terpaksa berulang alik dari tempat program ke rumah masing-masing kerana masalah ketiadaan air.

Antara penceramah dan pentazkirah yang dilantik untuk mengisi program ini ialah ustaz Hafiz Abd Razak(Qiamullail dan muzakkir), Ustaz Samienul(Muzakkir), Ustaz Khairul Anuar(Ceramah bertajuk Di mana bumi dipijak di situlah Islam dijunjung), Ustaz Mahisan Aswadi (Ceramah bertajuk Dakwah Bil Hal dan Tribulasi Dakwah), Ustaz Fadhli Yusof(Ceramah bertajuk Tangisan umat disebalik kejatuhan Khilafah). Manakala Panel jemputan dalam wawancara ilmiah pada hari terakhir ialah En Androd(wakil Sekolah), Imam R.Mas(Wakil Penguatkuasa JHEAINS) dan En Ajirin (Wakil ABIM).

Meneliti program, ana dapat rasakan tidak lengkap program kalau tiada moderator di balik tabir. Antara orang yang banyak memberi sumbangan ialah Ustaz Abdullah Mehad yang mengendalikan sebahagian besar teknikal dan rakaman semasa program. Program akan kelihatan begitu tempang bila penyelarasan teknikal kelam kabut. Syabas kepada beliau kerana banyak menolong kami para fasilitator melancarkan slot. Tidak lupa juga kepada orang penting program Ustaz Amran Zam Zam yang bekerjasama dalam gerak kerja bersama ana semenjak dari awal hingga ke akhir program.

Dalam kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zainal Aliudin(Penyelia SPI) dan semua warga kerja NKI PPD KM samaada yang tersebut nama atau tidak kerana membantu program ini sehingga ana anggap ianya sebagai berjaya. Terima kasih kerana sentiasa memberi perhatian semasa ana memberi taklimat dalam bilik urusetia dari masa ke semasa sepanjang program.

Buat anakanda para peserta, tahniah kerana berjaya menunjukan semangat,komitmen, kerjasama dan kesopanan dalam setiap slot. Meskipun ada segelintir kecil ada yang menunjukan sikap yang tidak menyenangkan beberapa orang fasi, namun ayahanda berharap kalian dapat memperbetulkan semula sikap itu setelah masing-masing pulang ke sekolah masing-masing. Keputusan Purata merit markah kalian Gred B yang Ustaz umumkan dalam perasmian penutupan sebetulnya telah diperincikan oleh setiap fasi kalian sebelum mengambil keputusan. Tahniah kepada 8 prang anakanda yang terpilih ke peringkat Negeri pada 23 Julai di Kota Belud terutamanya peserta terbaik, Dg Rafidah Yunus dan Md Faez Abd Kahar, Semoga kalian mampu melonjakan nama baik SPI PPD KM diperingkat negeri nanti dan bakal memimpin remaja di Daerah Kota Marudu Nanti.insya

Salam Kemaafan untuk semua yang terlibat dalam NKI anjuran SPI PPD KM sekiranya sepanjang ana/ayahanda bertugas sebagai ketua fasilitator ada sesuatu yang tidak menyenangkan kalian. Salam permisi dan salam ukhuwwah yang tak pernah lekang dalam ingatan.Wassalam.

Untuk Para Bapa-Ayat Selusuh

Askm. Ikhtiar ini disampaikan oleh guruku semasa kami dalam perjalanan ke Kanibungan Merawat Pesakit disana. Antara yang disampaikan ialah Ayat-ayat yang mudah untuk semua para bapa dan sesiapa yang ingin membuat air selusuh kepada ibu-ibu yang sedang sarat mengandung.
Bacaan adalah seperti berikut:

1.Istigfar(3X)
2.Syahadah (3X)
3. Solawat(3X)
4. Al-Fatihah(3X)
5.Ayat Kursiy (41 X)
6.Yasin ayat 1-9(3X)
7. Surah al-Insyirah(3X)
8. Surah Al-Fil (3X)
9. Surah Quraisy (3X)
10. Surah al-Nasr (3X)
11. 3 QUL
12.Berdoa dalam hati supaya Allah mudahkan bersalin si fulanah bt fulanah asbab ayat yang dibaca.

**Sebaik-baik air yang dibuat selusuh ialah air Zam-zam, kemudian air hujan malam jumaat, kemudian air gau(kerana kandungannya yang diperkukuhkan dengan penemuan sains) dan kemudian air biasa.
**Lebih baik juga dibaca pada tamar dan dimakan oleh ibu yang hamil ketika hampir-hampir due.Klik di sini

*Mudah-mudahan apa yang saya sampaikan dapat di manfaatkan dan menjadi jariah untuk saya.

Diari Penulis



Bismillahirrahmanirrahim..Salam ukhuwwah kembali kepada sahabat dan sekalian pembaca blog ini.Alhamdulillah setelah seminggu menyepi, Allah memberi peluang untuk saya tenang mengadap komputer.Agaknya sudah seminggu saya bercadang untuk menulis "article" berkait dengan ceramah dan kuliah yang saya sampaikan kepada masyarakat dan pelajar-pelajar di daerah ini.
Suka saya menyentuh tentang kandungan kuliah maghrib yang saya sampaikan di surau SMK KM pada 23&30 JUN yang lalu. Tujuan saya sampaikan ini bertujuan berkongsi dan berbincang dengan sidang pembaca agar dapat dijadikan instrument dakwah dan ilmu yang dapat dimanfaatkan.

Bab Bagaimana mengenal Allah yang bersifat Wajibul Wujud di alam maujud. Sanya berfirman Allahu Jalla Wa ala dalam surah Ali Imran ayat 190-191:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal.(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka".

Selain Alam dimensi luar yang dituntut untuk dikaji dan diperhatikan, Allah juga menuntut kita memerhatikan diri sendiri agar berdalilkan kita dengan adanya, Kuasanya dan hebatnya Allah dalam erti kata rububiyyah serta Uluhiyyah juga Asma' dan sifat Allah. Perhatikanlah akan firman Allah Jalla Wa ala dalam surah Azzariat ayat 21 yang bermaksud :
"Dan juga pada diri kamu sendiri mengapakah tidak kamu memikirkannya?

Hamzah pada perkataan "Afala"(Mengapakah tidak) dipanggil Hamzah Istifham yang menunjuk pertanyaan atau istilah ice-breaking Allah supaya manusia rasa terpanggil disebalik seruan Allah itu.

Kuliah kali ini saya menekankan mengenal diri supaya kita dapat berdalil wujudnya Allah yang di tanganNya segala kekuasaan dan sekali gus menyatakan betapa kerdilnya kita hamba yang tidak punya apa-apa. Kuliah kali ini juga lebih mengutarakan dwi dimensi yang saling memantul,seperti adanya Maf'ul(Yang dibuat) sepantas adanya Fa'il(Pembuat) dan juga adanya Makhluq(yang dicipta) sepantas adanya Khaliq (Pencipta). Dua dimensi ini tidak akan terpisah sama sekali dari akal manusiawi yang bersifat fitrah.
Justeru teringat saya pada bait-bait syair Allamah Al-Laqqoni di dalam kitabnya yang diberi nama Matan Jauharah Tauhid(Bait-bait Permata Tauhid) yang bermaksud : "(51, 255, 51);(Apabila engkau hendak kenal akan Allah SWT) Maka perhatikanlah diri engkau kemudian berpindahlah pula ke alam yang tinggi kemudian alam yang rendah".
Dalam mengenal Makhluq berbangsa manusia, ketahuilah bahawa sanya manusia mempunya 3 unsur penting iaitu Jasad, ruh dan akal. Mengenal diri bukan hanya mengetahui hanya pada nama, bin, keturunan serta keluarga,pangkat dan tempat tinggal..kerana kalau itu yang dikatakan mengenal diri ternyata iainya tidak akan sampai kepada mengenal Allah. Bagaimana untuk mengenal diri??? perhatikan akan firman Allah Jalla wa ala dalam surah al-Mukminun ayat 12-14 menceritakan salah satu unsur ciptaan manusia iaitu jasad:
"dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta".

Sebagai rumusan kuliah maka saya nyatakan tiada siapa yang dapat menggagalkan Allah bila Dia ingin cipta dan tadbir setiap ciptaanNya dan tiada siapa yang dapat campurtangan dalam penciptaan dan pentadbiranNya.Subhanallah!!Seberapa ramai para ibu dan ayah yang inginkan anaknya lahir berkulit cerah tiba-tiba si anak lahir berkulit gelap, seberapa ramai doktor yang mahukan kelahiran seseorang ibu tepat pada duenya tetapi jarang sekali tarikh bersalin berbetulan dengan ramalanya, seberapa ramai kita mengharapkan sempurna jasad tetapi ada juga dilahir dalam keadaan cacat?!Justeru atas kehendak siapa semua ini berlaku?tentu jawapannya atas kehendak Allah. Allah menerangkan kepada manusia betapa uniknya penciptaan manusia melalui proses-proses tertentu yang diterangkan oleh 'arkitek manusia 'itu sendiri mendahului pakar-pakar biolgi dan saintis. Penemuan-penemuan kajian genetik yang didakwa pada pertengahan abad ke-20 oleh pakar genetik British William BatesonAlfred Hershey dan Martha Chase pada tahun 1952 adalah dianggap begitu baru yang hanya menjadi pengukuh kepada bukti-bukti keagungan Allah yang diwahyukan kepada baginda Rasulullah sebelum zaman manusia mengenal istilah kromosom X dan Y ,embrio dan kajian-kajian yang lain.

Kemudian setelah saya jelaskan tentang penciptaan unsur jasad manusia, maka kuliah saya beralih kepada pentadbiran Allah ke atas setiap jasad ciptaanNya. Dengarlah akan firman Allah SWT dalam surah al-Waqiah ayat 85: dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat"

Allah ingin memperingatkan manusia betapa dekatnya Allah dengan manusia, justeru siapakah yang memberikan denyutan kepada nadi sehingga ia dapat berdenyut setiap saat?siapakan memberikan oksigen kepada paru-paru sehingga ia dapat bernafas, siapakah yang memberikan cahaya kepada pandangan mata sehingga ia dapat melihat?banyak lagi persoalan yang tidak pernah kita ambil endah dikala semuanya Allah jadikan untuk kita. Disaat nikmat itu hilang mungkin pada masa itu kita baru berkata aduhai tuhanku, kami telah melihat dan mendengar akan bukti keagungan Mu, kiranya dapat Engkau kembali kami ke dunia yang kami pernah hidup seperti dahulu agar kami dapat membuat amal kebajikan. Sebelum ajal bertandang, ayuh kita sedarkan diri kita agar kembalikan diri dalam perasaan fakir dan hina terhadap Sang Pencipta yang Maha Agung.
InsyaAllah sekiranya Allah masih lagi beri kesempatan dan semangat, saya akan menulis antara sebahagian bahan-bahan kuliah dan ceramah yang telah saya sampaikan kepada masyarakat di sabah ini.Kuliah Magrib akan datang saya bercadang membahas keunikan ruh dan perjanjian diri(sir) dengan Allah semasa berada di alam arwah. Andainya ada peluang juga saya cuba menulis apa yang wajar dari ceramah saya akan datang bertajuk di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung yang dijangka disampaikan di Kg Salimandut pada 18 Julai dalam Program nadwah kepimpinan serta Program pada 23 Julai di Kundasang Ranau pada 23 Julai bertajuk Syaksiah pemuda Islam. Diharapkan pembaca yang ada keinginan berkongsi pengalaman dalam bidang dakwah dapat ingat-ingatkan saya dalam box 'bincang'.Wallahu a'lamu bissowab, wa ilaihi marji 'u wal Ma ab.

Tarbiah Ruhiyyah

30 CARA MENDIDIK ANAK
Apabila telah tampak tanda-tanda tamyiz pada seorang anak, maka selayaknya dia mendapatkan perhatian serius dan pengawasan yang cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima segala sesuatu yang mewarnainya. Jika dibiasakan dengan hal-hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala. Sebaliknya, jika ia dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan tumbuh dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pedidiknya juga ikut memikul dosa karenanya.
Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya. Di antara adab-adab dan kiat dalam mendidik anak adalah sebagai berikut:
1. Hendaknya anak dididik agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, memulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua). Kemudian cegahlah ia dari memandang makanan dan orang yang sedang makan.

2. Perintahkan ia agar tidak tergesa-gesa dalam makan. Hendaknya mengunyahnya dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

3. Hendaknya dilatih untuk tidak bermewah-mewah dalam makan (harus pakai lauk ikan, daging dan lain-lain) supaya tidak menimbulkan kesan bahawa makan harus dengannya. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan memberi pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, yaitu hanya mementingkan perut saja.

4. Ditanamkan kepadanya agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak yang pada akhirnya akan sulit bagi dia melepaskannya.

5. Sangat disukai jika ia memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan dari sutera. Dan ditegaskan bahwa sutera itu hanya untuk kaumwanita.

6. Jika ada anak laki-laki lain memakai sutera, maka hendaknya mengingkarinya. Demikian juga jika dia isbal (menjulurkan pakaiannya hingga melebihi mata kaki). Jangan sampai mereka terbiasa dengan hal-hal ini.

7. Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka bisa jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang jelek akan berpengaruh bagi anak. Bisa jadi setelah dewasa ia memiliki akhlak buruk, seperti: Suka berdusta, mengadu domba, keras kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang salah di masa kecilnya. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan memberikan pendidikan adab yang baik sedini mungkin kepada mereka.

8. Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur’an dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur’an dengan tafsirnya, hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang shalih dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar senantiasa mencintai dan menela-dani mereka. Dia juga harus diberitahu tentang buku dan faham Asy’ariyah, Mu’tazilah, Rafidhah dan juga kelompok-kelompok bid’ah lainnya agar tidak terjerumus ke dalamnya. Demikian pula aliran-aliran sesat yang banyak ber-kembang di daerah sekitar, sesuai dengan tingkat kemampuan anak.

9. Dia harus dijauhkan dari syair-syair cinta gombal dan hanya sekedar menuruti hawa nafsu, karena hal ini dapat merusak hati dan jiwa.

10. Biasakan ia untuk menulis indah (khath) dan mengahafal syair-syair tentang kezuhudan dan akhlak mulia. Itu semua menunjukkan kesempurnaan sifat dan merupakan hiasan yang indah.

11. Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagia-kannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, hendaknya jangan disebar-kan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahwa apa yang dilakukannya tidak baik.

12. Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

13. Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam ber-komunikasi dengan anak. Jangan menjelek-jelekkan atau bicara kasar, kecuali pada saat tertentu. Sedangkan seorang ibu hendaknya menciptakan perasaan hormat dan segan terhadap ayah dan memperingatkan anak-anak bahwa jika berbuat buruk maka akan mendapat ancaman dan kemarahan dari ayah.

14. Hendaknya dicegah dari tidur di siang hari karena menyebabkan rasa malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, di malam hari jika sudah ingin tidur, maka biarkan ia tidur (jangan paksakan dengan aktivitas tertentu, red) sebab dapat menimbulkan kebosanan dan melemahnya kondisi badan.

15. Jangan sediakan untuknya tempat tidur yang mewah dan empuk karena mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi-sendi menjadi kaku karena terlalu lama tidur dan kurang gerak.

16. Jangan dibiasakan melakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi, sebab ketika ia melakukannya, tidak lain karena adanya keyakinan bahwa itu tidak baik.

17. Biasakan agar anak melakukan olah raga atau gerak badan di waktu pagi agar tidak timbul rasa malas. Jika memiliki ketrampilan memanah (atau menembak, red), menunggang kuda, berenang, maka tidak mengapa menyi-bukkan diri dengan kegiatan itu.

18. Jangan biarkan anak terbiasa melotot, tergesa-gesa dan bertolak (berkacak) pinggang seperti perbuatan orang yang membangggakan diri.

19. Melarangnya dari membangga-kan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia ber-sikap tawadhu’, lemah lembut dan menghormati temannya.

20. Tumbuhkan pada anak (terutama laki-laki) agar tidak terlalu mencintai emas dan perak serta tamak terhadap keduanya. Tanamkan rasa takut akan bahaya mencintai emas dan perak secara berlebihan, melebihi rasa takut terhadap ular atau kalajengking.

21. Cegahlah ia dari mengambil sesuatu milik temannya, baik dari keluarga terpandang (kaya), sebab itu merupakan cela, kehinaan dan menurunkan wibawa, maupun dari yang fakir, sebab itu adalah sikap tamak atau rakus. Sebaliknya, ajarkan ia untuk memberi karena itu adalah perbuatan mulia dan terhormat.

22. Jauhkan dia dari kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang ingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

23. Ajari ia duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Demikian cara-cara duduk yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam.

24. Mencegahnya dari banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau dzikir kepada Allah.

25. Cegahlah anak dari banyak bersumpah, baik sumpahnya benar atau dusta agar hal tersebut tidak menjadi kebiasaan.

26. Dia juga harus dicegah dari perkataan keji dan sia-sia seperti melaknat atau mencaci maki. Juga dicegah dari bergaul dengan orang-orang yang suka melakukan hal itu.

27. Anjurkanlah ia untuk memiliki jiwa pemberani dan sabar dalam kondisi sulit. Pujilah ia jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal tersebut.

28. Sebaiknya anak diberi mainan atau hiburan yang positif untuk melepaskan kepenatan atau refreshing, setelah selesai belajar, membaca di perpustakaan atau melakukan kegiatan lain.

29. Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk shalat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah-perintah.

30. Biasakan anak-anak untuk bersikap taat kepada orang tua, guru, pengajar (ustaz) dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat. Dan seboleh mungkin dicegah dari bermain-main di sisi mereka (mengganggu mereka).

Demikian adab-adab yang berkaitan dengan pendidikan anak di masa tamyiz hingga masa-masa menjelang baligh. Uraian di atas adalah ditujukan bagi pendidikan anak laki-laki. Walau demikian, banyak di antara beberapa hal di atas, yang juga dapat diterapkan bagi pendidikan anak perempuan. Wallahu a’lam.
Dari mathwiyat Darul Qasim “tsalasun wasilah li ta’dib al abna’’” asy Syaikh Muhammad bin shalih al Utsaimin rahimahullah . [Ubaidillah Masyhadi]