YA ALLAH..!

EMK dan kssr apa kaitannya?Untuk Guru B.Arab dan Pendidikan Islam.

Assalamualikum wrt. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat GPi/j-QAF Kota Marudu yang bertanya mengenai Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) dan kaitan dengan Elemen Merentas Kurikulum(EMK). Sebenarnya saya terlepas pandang mengenai kefahaman semua warga j-QAF dan GPI Kota Marudu kerana kursus yang kita anjurkan di peringkat daerah pada 10 dan 11 Nov 2010 yang lalu bukan semua guru dijemput hadir.kursus ini dicatu pada tahun lepas ekoran ura-ura penjimatan budget dari pihak berwajib. Namun kepada sahabat-sahabat yang faham tentang proses pelaksanaan mohon adakan in-house training di sekolah masing-masing.

Justeru dari segelintir yang bertanya tentang EMK serta makluman komentar dari Penyelia SPI PPD KM semasa memantau kesekolah saya baru-baru ini,menunjukan masih ada lagi yang kurang jelas tentang ini, lantaran itu saya terpanggil untuk memberi penjelasan khas untuk sahabat-sahabat sedaerah.

Suka saya jelaskan seperti dalam Kursus yang lalu..KSSRdan EMK dimulakan untuk tahun 1 2011 dan seterusnya akan dilaksanakan ketahun berikutnya secara bertahap. Untuk tahun 1 Bahasa Arab ditambah 1 waktu lagi dalam P&P. Ada yang bertukar dengan PKSR B.Arab..PKSR B.Arab pula dilibatkan dari tahun 1-3 bagi 2011 menggunakan format baru..nanti saya cuba upload contoh PKSR 1-3 dan sahabat-sahabat boleh download.

Oleh kerana KSSR dan EMK suatu program penerapan yang baru..ramai yang perlu diberi penjelasan. Saya pun pada awal diberi penerangan dulupun terkial-kial juga. Dengan wujud KSSR maka secara automatik tidak wujud lagi HSP dan aras untuk tahun 1. Yang ada ialah dua dokumen penting iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. Kalau HSP sudah dimansukhkan Macamana pula dengan RPT? Soalan itu pernah dilontarkan kepada saya semasa kursus GPI pada 10 Nov yang lalu membuatkan saya bertanya melalui sms kepada ustaz zakwan BPK. RPT wajib dibuat menurut Surat Pekeliling khtisas Bil 3/1999. Boleh Ruj dalam buku rekod mengajar yang disediakan sekolah masing-masing.

EMK pula adalah perincian kepada kepada standard pembelajaran yang diterjemahkan dalam aktiviti. 3 unsur utama EMK: Kreatif dan Inovatif, TMK dan keusahawanan.Apa yang saya faham penerapan ini berlainan sedikit dari apa yang kita belajar pedagogi di IPG/Maktab seketika dulu. iaitu kita diminta mengajar secara kreatif dan menggunakan ICT. Tetapi proses EMK ialah kita menjadi pemudahcara untuk pelajar belajar dengan kreatif , belajar mengguna ICT dan belajar dengan ICT dan dapat melahirkan pelajar yang bersifat keusahawanan bukannya guru.

Ianya perlu perlu diterap dalam proses pelaksanaan standard pembelajaran yang diterjemahkan dalam aktiviti supaya dapat melahirkan pelajar yang dapat menghasilkan sesuatu samada objek, perkhidmatan atau sebarang bentuk manfaat kepada diri keluarga dan masyarakat.

Secara Kesimpulan disini beberapa elemen penting yang perlu dicatat dalam RPH iaitu seperti berikut: Tarikh(التاريخ), Masa(الوقت), Kelas(الفصل), M/Pelajaran(المادة), Standard kandungan(معيار المحتوي),Standard Pembelajaran(معيار التعلم), Objektif Pembelajaran(هدف التعلم),Aktiviti(الانشطة),KBKK(مهارة التفكير والابداع),EMK(العناصر عبر المناهج),Nilai-nilai Murni(القيم النبيلة),Rekleksi(الملاحظة الذاتية). Sila download Format RPH KSSR di ruangan bawah blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan