YA ALLAH..!

BERSALAM DENGAN AJNABI..APA HUKUMNYA?


Isu Bersalaman antara lelaki dan perempuan sebenarnya sudah lama dibangkitkan. Malah ketika saya terlibat dengan beberapa program di pedalam Kudat,Kota Marudu Pitas serta program muhasabah/Hari berdoa sekolah pada tahun -tahun lepas pernah beberapa kali ada pengalaman ini terutamanya ketika menyampaikan sumbangan atau hadiah serta bersalaman selepas penutupan majlis. Walaupun hukum asal adalah haram, namun tegahannya bukan secara mutak kepada mana-mana wanita bukan mahram, Kerana disana ada perbahasan ulama mengenai wanita yang terlalu tua, lelaki yang tiada berkeinginan syahwat,khunsa dan kanak yang tidak sempat untuk ditulis di ruang masa ini.

Saya pernah menyemak pandangan Syekh Yusuf al-Qardhawi dalam siri fatwa semasa beliau..walaupun ada beberapa keterbukaan dalam bersalam dengan wanita yang diharuskan dalam fatwa Syekh ,namun jangan menjadikan hujjah itu untuk kita mengharuskan atau membudayakan berjabat tangan dengan berlainan jantina dalam masyarakat kita. Apa yang saya faham dari fatwa tersebut, keharusan itu bukan wujud di semua tempat dan masa..ianya di peringkat untuk mengelakakn mudharat yang lebih besar sebagai contoh di majlis keramaian atau penyampaian hadiah/konvokesyen.. sekiranya penyampai menghulurkan tangan dikhalayak umum berkali-kali dan tiada kekhuatiran membangkitkan nafsu shahwat maka belia mengharuskan bersalam untuk mengelak fitnah perbalahan dan menjatuhkan maruah orang yang menghulurkan tangan. Namun dalam bab ini kita kena faham betul-betul..hukum asal bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi terutama yang masih muda(yang tua bertongkat itu ada hukum lain pula) adalah haram.Keharusan yang diberi dalam fatwa itu sebenarnya lebih kepada maslahah. Namun kita masih ada beberapa cara lain untuk mengelak bersalaman dengan wanita antaranya, letak tangan kita di belakang atau dalam tudung(muslimat) sambil mengangguk dan senyum seraya ucaplah "terima kasih/ucapan selamat", ada juga pengalaman saya bila dibuat begitu masih lagi menghulurkan tangan(kalu wanita terlalu tua tiada masalah tp yang muda), maka kita jelaskan maaf saya memang tidak bersalaman dengan wanita/lelaki sambil senyum. Tapi kalu tidak dapat elak juga (contohnya kita sebagai pemimpin)kerana bukannya orang yang menghulurkan tangan caranya sama maka boleh alaskan tangan dengan sarung yang gak tebal atau sebagainya. Itu Tips yang saya cadang kan sebelum sepenuhnya kita mengikut fatwa mengharuskan salam kerana ia mempunyai kesan kerohanian yang mendalam dalam batin kita. Sekali menyentuh wanita/lelaki dengan syahwat(kerana kadang-kadang ianya bukan boleh dikontrol),maka kita takut berlaku kerosakan susulan selepas dari itu. Sama-samalah kita berdoa agar kita menjadi orang yang paling jujur dengan Allah dan Rasul bukannya memesongkan fatwa/hujah ulama-ulama dengan kefahaman yang berlainan menurut hawa nafsu sendiri. Bersifat dengan identiti Islam sebegini akan menjadikan agama kita mempunya kewibawaan tersendiri dan dihormati.Untuk kefahaman lebih lanjut Pembaca boleh meneliti Kenyaataan Ustaz Aldi di bawah.

OLEH USTAZ ALDI MUSTAFFAR
Hukum Bersalam Lelaki Dengan Wanita Ajnabiyah Yang bukan Mahram

Ramai dikalangan pengaku ustaz apabila terbersalam dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya bukankah bersalam dengan mereka itu haram? cepat-cepat dia akan menjawab..”alaa boleh dalam mazhab lain” atau “ada ulama kata boleh” atau “untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh bersalaman” dan sebagainya dari puluhan alasan lagi yg hakikatnya tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah langsung. Amat malang mereka itu sering pula melaungkan Sunnah! Ittiba’us Sunnah dan pelbagai lagi men-declare diri sebagai pengikut Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram.

APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?

Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan muhrim yang sudah dewasa bukan dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Perlu diberi perhatian.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai’ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: ” Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai’atan itu. Baginda hanya membai’ah mereka dengan perkataannya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu atas hal itu.” (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai’ah baginda dengan cara bersalaman.

Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata: “Maksud ucapan Rasulullah: “Benar-benar telah bai’ah kamu dengan ucapan.” Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai’ah dijalankan.

Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: “Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai’atan.” (Riwayat Imam Ahmad)

Dalil kedua,Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

Rasulullah juga bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).Dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.

Baca selanjutnya di : http://pendidikanislamsmks.blogspot.com/2010/07/hukum-bersalam-dengan-perempuan-bukan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan