Assalamualaikum wrt..dan salam Rabitah Islamiyyah.. Bersua kita kembali di lapangan maya ini..semoga usaha membangunkan lapangan ini mendapat manfaat kepada pelayar-pelayar blog yang budiman sekali gus dikira sebagai jariah sekembali kita ke alam baqa'.
Pagi tadi saya terima satu pangilan telefon semasa dalam perjalanan kesekolah..baru saya teringat permintaan al-akh kita berasal dari kelantan supaya dapat membantu bapa tiri isterinya yang dalam kesempitan. Seketika di kampung semasa cuti, kami sempat bersua dan beliau ada menyatakan kesulitan dan kesempitan pak mertua beliau yang sedang menanggung derita mengidap kanser usus sejak tahun lalu. Saya dimaklumkan mertua beliau kini berada di Dasar lama, Lurmalog Kunak Sabah dan baru saja selepas menjalankan rawatan radioterapi atau menggunakan sinaran X berkuasa tinggi di KL.
Apa yang menyedihkan, selain tidak ada bantuan..kos rawatan dan ulang alik terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh beliau yang tidak mempunya pekerjaan tetap. Pemberian pihak menantu pesakit tidak mampu menanggung kos rawatan serta kos tiket ulang alik semenanjung-sabah dek kerana tidak dapat pembiayaan kerajaan dalam menjalani rawatan ekoran dari tiada kad pengenalan biru.
Justeru saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit sinopsis dan lakaran ringkas penderitaan pesakit selepas mendengar beberapa kesulitan ketika menjalani rawatan di KL dan saya dimaklumkan beliau akan menjalani rawatan susulan dijangka 20 April ini. Saya juga difahamkan kos pendahuluan yang telah dihabis sudah RM5000 .
Oleh kerana pesakit berada dikawasan kunak/tawau serta belaiu juga dikira saudara baru atau muallaf, maka saya telah mencadangkan kepada al-Akh kita berjumpa dengan beberapa individu penting di Tawau yang saya kira dapat membantu. Saya juga ada sms Pihak Yayasan Amal Negeri Ustaz Redwan menceritakan perkara ini dan bertanya kalau-kalau ada wakil yayasan amal berdekatan kunak dapat membantu. Dengan kebenaran menantu pesakit saya membuat inisiatif sendiri untuk publish kebuntuan keluarga pesakit dalam blog ini khas untuk mendapat perhatian sahabat-sahabat yang bermurah hati tidak kira di sabah atau semenanjung untuk membantu pesakit ini meneruskan rawatan. Sebelum ini saya jarang siarkan penderitaan individu-individu atau masyarakat didaerah saya tinggal..sebab biasanya geng usrah kami dan YAM caw K.Marudu akan kroyok membantu setakat mampu. Oleh kerana di luar daerah, maka saya memohon jasa baik terutamanya sahabat-sahabat usrah yang berdekatan kunak/tawau untuk menziarahi pesakit ini dan mengadakan derma kilat untuk pesakit atau memanjangkan pada sahabat-sahabat lain.
Saya sempat mengambil beberapa maklumat penting mengenai pesakit:Nama: Salvador Sitay@Mohd Nasir Abdullah, No Akaun Maybank 1101 1605 2205(Atas Nama Isteri Pesakit, Putli Malysia Bt Salleh), Kediaman di Dasar Lama Lurmalog KUNAK. Derma dan sumbangan anda amat dalu-alukan.
Sekadar ini yang mampu saya siarkan..Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan menantu pesakit: Md Izwari Ahmad(013-6079775). kepada sahabat-sahabat yang ingin menyiarkan penderitaan Saudara seIslam kita khususnya daerah K.Marudu boleh bg No Hp dalam ruangan Bincang Blog ini. Nanti saya atau ahli usrah kami akan hubungi balik untuk dapat maklumat terperinci. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan