YA ALLAH..!

PRO & KONTRA BAJET 2010

Bajet 2010 tak menyakitkan - PM

HUA HIN, Thailand - Menyifatkan Bajet 2010 sebagai "tidak menyakitkan", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak wajar mengeluh terhadap keputusan kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan tahunan RM50 ke atas kad kredit utama dan kad caj.

Sebaliknya beliau berkata, mereka sepatutnya melihat pelbagai manfaat yang disediakan oleh kerajaan, terutama cadangan pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM8,000 kepada RM9,000.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju mengurangkan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus, mulai penilaian 2010.

"Mereka mendapat pelepasan cukai RM1,000 dan pengurangan cukai daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Tak kan tak boleh bayar RM50 (cukai kad kredit),'' kata Perdana Menteri kepada media Malaysia selepas mesyuarat sehari suntuk antara pemimpin ASEAN dan rakan sejawatan mereka dari China, Jepun, Korea Selatan dan India pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-15.

http://www.kosmo.com.my

ANALISIS
(Layari :http://www.harakahdaily.net)

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.(Berita lanjut :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22957&Itemid=50

Tiada ulasan:

Catat Ulasan