YA ALLAH..!

Gambar Sekitar Mesyuarat Kem IBadah





28 Okt 2009(Rabu) Mesyuarat Kem Ibadah Biayaan Sektor Pendidikan Islam Negeri Sabah yang akan diadakan di Sk Ranau Kota Marudu melibatkan 15 orang yang hadir dari Sk Ranau dan guru yang dijemput dari luar untuk mengelolai Kem Ibadah tahun 2009 yang dijangka akan berlansung pada 6-8 Nov 2009 bertempat di Sk Ranau. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Ismara Madcasar telah memulakan dengan ucapan terima kasih kepada sidang. Seterusnya beliau menaklimat kami dengan beberapa perkara penting: peserta hanya dipilih dari Sk Ranau sahaja seramai 120 orang peserta yang dikelolai oleh 10 orang fasilitator.

Antara yang dilantik untuk mengelola Program ini ialah Ustaz Ismarah Madcasar selaku Pengerusi/Pengarah Program, En Hanif Selaku S/U,En Yahya Awang Selaku Kem Komandan, Khairul Anuar Nawi Selaku Ketua Fasilitator, En Hahmarulazil Hassan Selaku Timbalan Fasilitator sementara En Ajirin,En Nasir Daud, En Sahril sapuan, En Kamarulzaman Yusof, Pn Asmah Yasin dan ramai lagi masing-masing dilantik sebagai fasilitator dan penceramah pada hari program.

Mesyuarat ditangguh pada jam 12 tengahari dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asri. Mesyuarat Fasilitator dan pembentangan modul akan dijadualkan pada 2 Nov 2009 jam 9.00 pagi bertempat di Sk Ranau. En Hanif selaku S/u akan bertindak menghantar surat secepat mungkin untuk tindakan fasilitator terutamanya yang tidak hadir dalam mesyuarat.

Semoga program yang dimulai dengan niat sekudus nurani akan berbekas kesan tarbiahnya buat anak-anak di Sk Ranau Insya Allah.Amin ya Rabb.


Sila beri komen dalm box di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan