Take 5..sedut udara segar kurniaan Ilahi
Khusyu' menghayati Ma'thurat Kubra dan Tazkirah daripada Al-Fadhil Ustaz Ghani
Peserta sedang asyik mendengar kaedah membangunkan blog
Yang dihormati Ustaz Ghani sedang memberi taklimat dan meransang minat peserta kursus IT
Melayan Isteri seketika membeli barang dapur setelah habis kursus
Alhamdulillah..baru sampai dari Kundasang, sepetang tidur keletihan berbalas selepas balik dari kursus yang amat bermakna..selain dapat mengenali IT dengan lebih dekat, makna ukhuwwah dengan sahabat seperjuangan yang baru dikenali dan yang lama tidak dijejaki juga bertaut di lereng kundasang ini. Sepanjang mengikuti program ini juga rasa terharu dan kagum apabila al-Fadhil Ustaz Ghani Syamsudin seorang ulama yang berkebolehan tinggi dalam IT sanggup menghabiskan masa bersama kami untuk mencurahkan pengalaman mengaplikasikan IT untuk kepentingan dakwah. Beliau menjadi Ikon ulama muta akhir pada diri yang serba kekurangan ini dalam mendepani cabaran globalisasi &networking yang unlimited. Program ini cukup 'enjoy', walaupun tidak ketat dengan arahan, namun para peserta yang hadir dari pelbagai tempat menunjukan disiplin dan sikap yang positif terhadap program. Bagi saya program ini cukup memberi suatu tarbiah dalam diri dari sudut penerimaan, persahabatn, jaringan,kesedaran dan anjakan visi&misi dalam menjadikan IT sebagai medan dakwah.
Walaupun sebahagian slot penerangan tidak begitu mencecah objektif track yang dikehendaki oleh peserta, namun pendedahan itu saya anggap sebahagian pendedahan awal dan perlu dirujuk kembali kepada individu-individu yang pakar setelah balik dari kursus.
Saya, isteri serta sahabat-sahabat : us Mahisan, Us azam, Us Saminul, para peserta lain dan isteri-isteri mereka berada di sana dua hari bermula pagi 24 okt hingga tengahari 25 Okt. Setelah balik program sempat merayau-rayau di sekitar pekan kundasang menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Akhir kata terima kasih daripada kami rombongan Kota Marudu/Pitas khas buat Ustaz Ghani Syamsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, tidak lupa juga sahabat-sahabat penganjur dari barisan ulama dan pakar IT dari dalam dan luar borneo. Salam seindah ukhuwwah fillah dan salam permisi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan