YA ALLAH..!

Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Daerah



Bismillahrrahmanirrahim.Sengaja ana mencatat coretan sekelimit pengalaman ketika ana dan rakan-rakan seperjuangan betungkus lumus menjayakan Kem Nadwah Kepimpinan Islam kali pertama peringkat PPD Kota Marudu yang disertai oleh pelajar-pelajar terpilih dari SMK di Daerah Kota Marudu.

Meskipun mesyuarat awal peringkat penyelaras Sektor Pendidikan Islam PPD KM 16 JUN 2009(Kalau tak silap)mencadang ana sebagai ketua fasilitator dan penyelaras ceramah, namun dalam hati terasa begitu terbeban memikirkan isteri yang sedang "morning sickness" terpaksa dirumah jaga anak yang agak "staring" disamping tugas dan program harian yang berjadual dan tidak berjadual yang agak fit.Disamping itu ana rasa segan juga dengan sahabat-sahabat yang lain kerana sasaran program ini adalah untuk peserta dari sekolah-sekolah menengah Daerah Kota Marudu. Maklumlah ana hanya dari sekolah rendah. Namun setelah berbincang dengan isteri, alhamdulillah beliau memberikan sokongan..kepercayaan yang diberi oleh pihak penyelia SPI dan mesyuarat juga menyebabkan ana diam dan menerima amanah ini dengan hati yang terbuka.

15 Julai 2009 kami dijemput mesyuarat oleh pegawai di Pusat Kegiatan Guru Pekan Lama,Mesyuarat yang bermula lebih kurang jam 9 pagi berakhir pada jam 1 petang agak dikira hangat ala ADUN bersidang:)Pelbagai pandangan dan masalah yang dibangkitkan oleh rakan-rakan.Antara sebab banyak persoalan dibangkitkan ialah disebabkan mereka tidak dijemput mesyuarat kali pertama serta kedua dan tidak dimaklum tentang masalah yang berlaku sebelum ini. Padaku meskipun ia agak "hot", namun apa yang dibangkitkan itu sebetulnya patut sudah dilaksanakan terlebih awal. Sememangnya mesyuarat kali pertama seingatku semua AJK sudah siap dilantik, tapi mungkin disebabkan perubahan tempat program beberapa kali menyebabkan AJK yang disusun diperingkat awal kelihatan ceroi. Disinilah makna perjuangn,nasihat menasihati antara satu sama lain perlu disamping menjaga peradabab berjamaah. Semua itu ana anggap lumrah sepanjang menyusur program.

Ana diminta untuk memberi taklimat modul yang telah kusiapkan 2 hari yang lalu, walaupun untuk menyiapkan modul NKI 09 membuatkan ana hampir tidak melelapkan mata sudah 2 malam, tapi ana berpuashati dengan gerakerja itu, walaupun tidak begitu "cute" sekurang-kurangnya janji ana pada pegawai untuk siapkan modul tertunai dan pengorbanan yang sedikit itu dikira oleh Allah sebagai ibadat. Atau paling kurang ianya menjadi modus untuk diperdebatkan pada mesyuarat hari ini(15 Julai) dan dimurnikan.Antara modul yang dibentangkan ialah Ice-Breaking, mekanisma pemilihan penghulu, penghuluwati serta kabinetnya melalui ala pra dan pasca pilihanraya tempatan sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan kepada peserta bahawasanya tugas kepimpinan perlukan penerimaan orang yang dipimpin, perlu ikut peraturan dan apa yang paling penting tugas kepimpinan adalah amat berat Seperti Firman Allah SWT: "Sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ke atas langit dan bumi dan bukit bukau, semuanya menolak untuk menanggung bebanan amanahnya, dan takut kepadanya, akan tetapi manusia sanggup menerimanya sesungguhnya dikalangan mereka kebanyakan orang-orang yang membuat kezaliman lagi tidak mengetahui".

Modul Kedua yang menyentuh hatiku ialah tadabbur alam. Kenapa ia amat menyentuh hatiku? Andaikata modul ini diterapkan maka tertegak sunnah Rasulullah berqiamullail, sebelum berqiamullail Rasulullah menyuruh umatnya memandang ke arah cakerawala dan menghayati keagungan dan kekuasaan Allah SWT seterusnya membaca ayat 190-195 surah Ali Imran .


Modul ke tiga Hujahan dan Perbahasan yang dipertanggungjawabkan kepada ustaz Fairuz Ghazali untuk mengendalikan slot. Slot ini sengaja diperuntukan masa 2 jam lebih semata-mata untuk explore kognitif.psikomotor dan spiritual peserta dalam bidang kepimpinan, penghujahan, ketahanan dan sebagainya.

Modul kemuncak pada hari yang sempat ditaklimat ialah Modul cahaya dan Muhasabah atau ekspresi diri, slot ini memerlukan team yang saling berinteraksi dan memahami untuk memastikan mesej yang ingin disampaikan menyelinap ke dalam sanubari peserta.

Manaka Modul yang terakhir ialah Wacana minda atau wawancara ilmiah yang akan dikendalikan oleh ustaz Wan Zahirudin Abdullah

Pada 17 Julai para urusetia, fasilitator dan pelajar-pelajar terpilih kelihatan mula membanjiri Sk Tumunda salimandut, jam 2.00 ptg bermula pendaftaran yang berjalan dengan lancar,petang tu lebih kurang 4.30 petang para fasilitator bersidang untuk mendengar taklimat kali kedua tentang modul yang sama-sama dipersetujui. Modul yang telah ana siapkan pada 13 Julai adalah sebagai suatu cadangan dalam mesyuart fasilitator.Alhamdulillah hampir kesuluruhan dapat dilaksanakan dalam program ini. Antara barisan Fasilitator yang menjayakan Program ini ialah Ustaz Khairul Anuar(Ketua), Ustazah Siti Khadijah(Timb),Ustaz Hahmarul, ustaz Naem, Ustaz Saharil, Ustaz Hanif,Ustaz Fairuz, Ustaz Fairdaus, ustazahFarah Hayati,Ustazah Nazatul Shima,Ustazah Hanani,Ustazah Sharmila, Ustazah Ruziyanti, Ustazah Asliah dan ustazah Aisyah.
Manakala Barisan Urusetia dan AJK antaranya ialah Ustaz Shahril Lockman, Ustaz Azam, Ustaz Rijal, ustaz Zaidi, ustaz Abdullah dan lain-lain.

Selama 3 hari kami berkampung bersama hampir 90 orang peserta dan sukarelawan serta sukarelawati. Apa yang dapat diambil iktibar ialah kerjasama antara fasilitator dan urusetia kelihatan begitu padu meskipun pengalaman bernadwah anjuran SPI PPD KM adalah pertama kali. Ketabahan Fasilitator muslimat juga mengkagumkan bila mendapat tahu mereka terpaksa berulang alik dari tempat program ke rumah masing-masing kerana masalah ketiadaan air.

Antara penceramah dan pentazkirah yang dilantik untuk mengisi program ini ialah ustaz Hafiz Abd Razak(Qiamullail dan muzakkir), Ustaz Samienul(Muzakkir), Ustaz Khairul Anuar(Ceramah bertajuk Di mana bumi dipijak di situlah Islam dijunjung), Ustaz Mahisan Aswadi (Ceramah bertajuk Dakwah Bil Hal dan Tribulasi Dakwah), Ustaz Fadhli Yusof(Ceramah bertajuk Tangisan umat disebalik kejatuhan Khilafah). Manakala Panel jemputan dalam wawancara ilmiah pada hari terakhir ialah En Androd(wakil Sekolah), Imam R.Mas(Wakil Penguatkuasa JHEAINS) dan En Ajirin (Wakil ABIM).

Meneliti program, ana dapat rasakan tidak lengkap program kalau tiada moderator di balik tabir. Antara orang yang banyak memberi sumbangan ialah Ustaz Abdullah Mehad yang mengendalikan sebahagian besar teknikal dan rakaman semasa program. Program akan kelihatan begitu tempang bila penyelarasan teknikal kelam kabut. Syabas kepada beliau kerana banyak menolong kami para fasilitator melancarkan slot. Tidak lupa juga kepada orang penting program Ustaz Amran Zam Zam yang bekerjasama dalam gerak kerja bersama ana semenjak dari awal hingga ke akhir program.

Dalam kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zainal Aliudin(Penyelia SPI) dan semua warga kerja NKI PPD KM samaada yang tersebut nama atau tidak kerana membantu program ini sehingga ana anggap ianya sebagai berjaya. Terima kasih kerana sentiasa memberi perhatian semasa ana memberi taklimat dalam bilik urusetia dari masa ke semasa sepanjang program.

Buat anakanda para peserta, tahniah kerana berjaya menunjukan semangat,komitmen, kerjasama dan kesopanan dalam setiap slot. Meskipun ada segelintir kecil ada yang menunjukan sikap yang tidak menyenangkan beberapa orang fasi, namun ayahanda berharap kalian dapat memperbetulkan semula sikap itu setelah masing-masing pulang ke sekolah masing-masing. Keputusan Purata merit markah kalian Gred B yang Ustaz umumkan dalam perasmian penutupan sebetulnya telah diperincikan oleh setiap fasi kalian sebelum mengambil keputusan. Tahniah kepada 8 prang anakanda yang terpilih ke peringkat Negeri pada 23 Julai di Kota Belud terutamanya peserta terbaik, Dg Rafidah Yunus dan Md Faez Abd Kahar, Semoga kalian mampu melonjakan nama baik SPI PPD KM diperingkat negeri nanti dan bakal memimpin remaja di Daerah Kota Marudu Nanti.insya

Salam Kemaafan untuk semua yang terlibat dalam NKI anjuran SPI PPD KM sekiranya sepanjang ana/ayahanda bertugas sebagai ketua fasilitator ada sesuatu yang tidak menyenangkan kalian. Salam permisi dan salam ukhuwwah yang tak pernah lekang dalam ingatan.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan