YA ALLAH..!

Ceramah Di Masjid Al-Munawwar Pekan Lama

Sedang aku berprogram Nadwah pada 17 Julai, kedengaran tone Handphoneku berkokok..kusambut panggilan Ustaz Muhsin Imam Rawatib Masjid Pekan, walaupun sedang menaklimat Fasilitator terpaksa memberi sedikit masa menghormati panggilan.."ustaz apakabar?"alhamdulillah jawabku".."ustaz free tak 20 Julai saya nak jemput ceramah!?.."Insya Allah jawabku ringkas,kalau ustaz tidak dapat ustaz cuba tanya ustaz Fairus sebagai ganti..ustaz mohon maaf sedang menaklimat Fasi ni"..terus ku mohon izin untuk off HP.

20 Julai bersamaan 27 Rejab aku agak terlewat balik ke rumah dari Tandek mengajar anak-anak mengaji al-Quran ..tengok jam 6.05 petang hampir maghrib waktu di KM Sabah. Laju juga aku tekan minyak memandangkan malam ni kena menyampaikan ceramah isra' mikraj..sambil memandu sempat call isteri minta tolong iron pakaian ke Masjid, sempat sms Imam R.Mas bagitau keterlewatan sampai ke sana dijangka lepas maghrib.

Alhamdulillah setelah menunaikan solat maghrib terus aku memecut avanzaku ke Pekan lama..setiba di sana kelihatan tuan Imam sedang warming-up jamaah dengan zikir-zikir sambil menunggu penceramah. Inilah bahananya datang lewat..Jamaah masjid masing-masing memandang pintu masuk masjid menunggu-nungguku. Seganpun ada, semputpun ada:)

Innalhamdalillah..Nahmaduhu wanastainuhu wanastaghfiruh. Wanauzu billahi min syururi anfusina wamin sayyia ti a'malina, mayyahdihillah fala mudhillalah, wamayudhlil fala hadiya lah..Aku memulakan ceramah dengan ucaptama seperti Rasulullah memulakan khutbahnya dikala Muhammad al-Azdady seorang penyair terpukau dengan ucapan baginda..sehingga beliau terpikat dengan estetika dan dinamika bahasa yang begitu indahyang keluar dari lidah al-Amin..sehingga hatinya terbuka menerima Islam.

Ayat pertama Sura' al-Isra' dan tafsiran menjadi mukaddimah ceramah kali ini, Perkataan Subhana yang diuacapkan Allah menunjukan peristiwa isra' mikraj adalah bersih dari campurtangan makhluk hatta malaikat Jibril ataupun Buraq. Andaikata Tiada Jibril ataupun Buraq, Allah mampu memperjalankan hambaNya tanpa bantuan apa-apa. Itulah Khairul Anam SAW, Insan yang pertama dan terakhir dijemput bertamu kehadhrat Jalal dan Jamal Allah dengan Ruh dan jasadnya sekali. Itulah Ashabul Azman, yang mendahului teknologi ledakan maklumat, mendahului penciptaan roket dan soyuz. Baginda diperjalankan oleh yang Maha Hebat, yang Maha Pencipta dan pentadbir urusan Alam dan waktu..sehingga tidak sampai 1 malam Rasulullah diisra' dengan burak begitu laju..tetapi tersingkap 1001 rahsia dan pengiktibaran sepantas perjalanan. Bagai tidak dapat diterima oleh akal yang bersalut dosa dunia yang hanya memandang dan mengukur dengan keupayaan alam syahadah. Seterusnya Rasulullah dimikrajkan merentasi langit ketujuh mengadap Allah dengan keupayaan melepasi tahap pemikiran manusia..sanya Isra' mikraj adalah sekelumit rahsia Allah yang sengaja Allah bongkarkan bagi hati-hati yang memandang dengan basirah.

Aku juga turut memetik beberapa mesej dari peristiwa agung ini..peristiwa yang disepakati ulama kewujudan keajaiban mukjizat Rasulullah..sehingga ulama menyatakan mukjizat Rasulullah yang paling hebat selepas al-Quran ialah mukjizat Isra' dan mikraj. Beberapa soalan sengaja dilontarkan untuk para jamaah: Mengapakah Peristiwa tersebut didahului dengan pembedahan dada baginda SAW?Mengapakah ianya ditakdirkan berlaku di waktu malam bukan waktu siang?Mengapakah ianya berlaku hanya 1/3 dari malam dan bukan beberapa hari?mengapakah ianya berlaku dalam keadaan nabi berdukacita?Mengapakah Allah tidak terus mikrajkan Rasulullah terus kelangit dari masjidil Haram tapi dari Masjidil Aqso?Kenapa Allah Isra'kan Rasulullah sampai kebeberapa tempat seperti Yathrib, Baitul Laham dan lain-lain seterusnya sampai ke Masjidil Aqso?Mengapakah Allah tunjuk bentuk azab yang akan diterima oleh umatnya dan apakah penyelesaiannya?

Persoalan-persoalan tadi dirungkai satu persatu sebagai mauizoh pada diriku dan jamaah. Akhir sekali ku simpulkan bahawa masalah sosial dan penyakit umat sememangnya sudah dipaparkan oleh Allah kepada Baginda SAW. Lantas apakah penyelesaiannya?Kehebatan solat akhir sekali diketengahkan dalam ceramah ini sebagai mukjizat yang terbesar selepas al-quran,yang boleh menyelesaikan penyakit umat yang melanda dunia Islam hari ini.Ianya menjadi mukjizat bagi Rasul dan Karamah bagi mukmin yang sentiasa menyempurnakannya..ertinya menyempurnakan rukun fe'li, Qouli dan Qolbi yang dikehendaki pada solat.Mudah-mudahan sekelian pembaca dapat mengambil iktibar dari diari ini.Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan