YA ALLAH..!

JAULAH KE KUNDASANG

Alhamdulillah sempat mencari masa mencoret catatan pengembaraan ini. Setiap detik penting seharusnya dirakam dalam kehidupan ini setidak-tidak ditanda dalam diari bulanan.Terkadang deretan ayat-ayat celoteh bukan hanya untuk tatapan kosong, bukan juga untuk hanya semata-mata kenangan tetapi terkandung dalamnya ibrah bagi orang-orang yang berfikir..Kebetulan 4 Februari lalu hari Jumaat..selepas subuh saya mula menjemput sahabat-sahabat dari rumah masing-masing. 5 orang siap siaga untuk bertolak..sorang sahabat Imam R.mas terpaksa membawa wira ustaz lah ke KB ekoran Us wan dan rakan-rakan satu kawasan kerosakan kereta di sana. Sesampai kami di sana kami bertemu kelihatan kelibat rombongan sahabat pinggan-pinggan menanti di Masjid. Setelah menyerahkan kunci kereta,singgah seketika disana khidmat diri dan kami meneruskan Jaulah ke Kundasang.

Emm Lama tidak menghirup udara segar..setakat hampir 7 tahun di Sabah ini baru kali ke-3 sampai kesini. 2 kali sebelum inipun datang kerana ada program. Kalau tidak jarang saja-saja nak jaulah. Dalam perjalanan sempat menikmati keindahan gunung ganang dan kehijauan alam ciptaan Allah..sambil berbual-bual dengan sahabat-sahabat dalam kereta. Seketika terimbas ayat yang sentiasa dibaca imam dipagi jumaat begini diakhir-akhir sajdah ayat 27:"tidakakh mereka melihat bahwa kami mengalirkan air ke bumi yang kering, lalu Kami tumbuhkan denganya tanam-tanaman ,setengah dimakan oleh ternakan mereka dan setengah oleh diri mereka sendiri?tiadakah mereka melihat?...

Imam arif nampak gayanya tidak henti-henti mengasak hujah demi hujah, cerita demi cerita mengenai agama,hukum hakam dan masyarakat sedaerah..aiwah banyak betul maklumat yang yang cuba dikongsi bersama, tn Imam R.Mas sesekali menyapa dan sesekali terlelap. Kelihatan Awin dan Satria sesekali terangguk dan sesekali tersenyum sambil bermain-main dengan anakanda saya di belakang sambil mendengar hujahan Imam yang agak rancak .

Tiba disana lebih kurang jam 9.15pagi..simpang jalan yang bersesak-sesak dengan kenderaan keluar masuk sebelum jalan mesilau menyebabkan kami terkandas hampir sejam di pasar kundasang..Em satu perjalanan menguji kesabaran..mujurlah ada seorang pemuda yang sukarela mengawal trafik meredakan kesesakan lalulintas simpang pasar itu.

Setiba di pintu pagar kedengar sayup-sayup ceramah yang sarat dengan ilmu dan hujjah..alhamdulillah kami sempat mengikuti program tersebut meskipin hanya sekerat dari tentatif yang berlansung selama 3 hari.

Kumpulan sekawasan us wan,us Mahisan dan us Muslim masih stay di sana sampai keesokan hari. Kump saya terpaksa pulang lebih awal dari yang dijangka disebabkan oleh beberapa masyaqqah. Mohon Maaf pada Ustaz Assabaqi selaku pengarah..kerana terpaksa menguzurkan diri lebih awal dan tidak sempat menyampaikan mauizhoh seperti yang diminta oleh fadhilatul ustaz.

Program multaqo ini sangat bermakna bagi kami walaupun seketika, bermakna dalam meneruskan lonjakan tarbiah dalam diri keluarga dan usrah setempat..lagi bermakna kepada sahabat-yang mengikuti dari awal hingga akhir program ini. Selain penambahan ilmu dalam siri kuliah dan forum ianya juga mampu merintis kesedaran bila peserta balik kekawasan masing-masing. Insya Allah oleh kerana group kami tertinggal beberapa perkara. namun jasa baik Ustaz Mahisan dan rakan-rakan diperlukan untuk in-house training.



Sempat singgah di pasar membeli sayur-sayur segar.Banyak sayur di sini yang jarang dijumpai di tempat kami.

Keindahan alam ciptaan Tuhan



Khusyu' mendengar ceramah...tentunya penyampainya orang yang hebat sampai audien melimpah keluar

Masa rehat sambil anakanda berpeluang untuk bermain-main.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan