YA ALLAH..!

Memaparkan catatan dengan label Siaran makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siaran makluman. Papar semua catatan

ZIARAH DAN SUMBANGAN KEBAKARAN!

Rumah Pakcik Maginsil yang hangus dijilat api


Teratak sementara sumbangan pelbagai pihak


Sumbangan keperluan makanan disampaikan oleh AJK YAM Caw K.Marudu


Sumbangan kewangan disampaikan disampaikan oleh Pengerusi YAM Caw K.Marudu


Sumbangan pakaian disampaikan oleh S.U YAM Caw K.Marudu


Rumah yang hangus dijilat api


Mabruk kepada sahabat yayasan Amal dan sahabat usrah K.Marudu yang memberi perhatian serius terhadap tulisan saya mengenai Musibah kebakaran rumah Pakcik Maginsil di Rasak Darat tempohari. Saya dan beberapa rakan wakil Unit Usrah dan yayasan Amal sempat menziarah dan turut menyampaikan bantuan pakaian, keperluan asas makanan dan kewangan hasil sumbangan sahabat-sahabat Daerah Kota Marudu.

Sumbangan tersebut disampaikan pada hari Jumaat 18 Feb 2011 selepas solat Jumaat. Pancik Maginsil yang tinggal bersama Isteri dan 4 orang cucu sekarang tinggal di teratak sementara yang dibina hasil sumbangan pelbagai pihak. Beliau memaklumkan setakat ini derma yang diberi belum mencukupi untuk membina rumah dan memenuhi keperluan persekolahan cucu dan peralatan rumah. Justeru sumbangan yang berterusan masih lagi diperlukan.

Kesempatan ini juga, bagi pihak YAM Caw Kecil K.Marudu saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Hj Khairan Pengerusi YAM Sabah, Ustaz Redwan S.U YAM Sabah dan AJK YAM kerana turut berbesar hati menyalurkan bantuan yang saya kira akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Insya Allah rombongan kedua akan menyusul ke Rasak Darat untuk menyampaikan sumbangan dari pihak YAM Sabah.Jazakallah!


Persiapan Kontijen Ke MSS Zon 2



Latihan Tarian Bunga Tanjung :antara yang akan dipersembahan pada hari perasmian


Antara acara Sukan Permaianan yang terakhir: perlawanan bola baling antara Sk Tandek dan Taritipan sebelum acara beralih kepada sukan olahraga. Antara Penjaring terbanyak Adik kamilah(P) dan adik Hakri Joundli(L)

Latihan Perbarisan @kawad kaki bermula agak lewat berbanding latihan permainan. Semangat yang ditunjukkan oleh adik2 anggota kontijen amat baik.


Padang digunakan untuk perlawanan antara sekolah, latihan perbarisan terpaksa keruangan tertutup depan quaters guru.


Proses saringan..hanya tahun 5 dan 4 sahaja dilibatkan. banyak lagi perlu latihan untuk lebih mantap. Terima kasih pada us shahril dan cikgu faidah yang membantu latihan


peserta dan leader agak kepenatan terpaksa berjemur panas.

Pada 23 dan 24 Feb nanti acara olahraga, raptai dan acara kemuncak perbarisan, larian obor dan perasmian akan di adakan di Padang Desa Wawasan Tingkalanong. Diharapkan peserta sekolah ku dapat mengumpulkan emas sebanyak mungkin.. Siapakah bakal dinobatkan olahragawan&olahragawati masih tertanya-tanya difikiranku..namun walaupun persolan itu sering bermain difikiran kawan-kawan sekerja...bagiku apa yang penting semangat kesukanan berbalik kepada matlamat asal untuk mengeratkan sillaturrahim antara sesama guru dan murid serta memelihara kesihatan tubuh.

Namun dalam kemeriahan bersukan ustaz pesan pada anak-murid ustaz(yang baca blogni) terutamanya yang perempuan muslim kalau dapat jagalah kita punya akhlak semasa memberikan sorakan serta jagalah pergaulan(terutama tahun 6) dan pakaian kita. Ada lagi nak pesan sebelum datang ke arena terlebih dulu sarapan pagi. Takut nanti lewat makan sebab kita jangkan jam 7 pagi kita akan bertolak ke lokasi.


Banyaknya gambar perbarisan di atas..!ini ja yang banyak aku zoom sebab terlibat secara lansung melatih pelajar.

Untuk makluman sahabat 1 zon..23 Feb ni jangan lupa bawa wakil perbarisan diiringi jurulatih sebab kita nak undi giliran kontijen yang akan memacu perbarisan terlebih dulu. bawa barisan depan pemegang sepanduk, bendera dan leader cukup sudah. Nanti jumpa saya pada 23 ni untuk cabutan undi insya Allah. Td saya minta S.u sukan edar tentatif ke sekolah zon 2. 1 lagi jangan lupa pula dapat kebenaran ibubapa/penjaga. Ini penting sebab pada tahun-tahun sudah ramai yang pengsan masa menunggu majlis perasmian tamat. Jadi takut timbul quiri ibubapa pula selepas tu. Akhir sekali majulah sukan untuk ummah dan negara.

PASTI Mumtaz Perlukan Infaq

PASTI Masjid Pantai Damat terletak di Bachok perupok pada awalnya mula beroperasi beberapa tahun yang lalu di Sebelah Masjid Pantai Damat. Oleh kerana ada beberapa masalah dan kesulitan dalam pengurusan, PASTI ini dimaklumkan oleh imam masjid tersebut makin merosot jumlah pelajar dan kurang sambutan termasuk masalah tiada tenaga pengajar.

Ekoran dari inisiatif dari bekas pengerusi saudara nasrun, beliau telah merangka satu tindakan baru dengan memindahkan lokasi dari masjid kesebuah premis yang disewa berdekatan jalan raya dan melantik pengurus yang baru. Saya dimaklumkan sekiranya PASTI yang diberi nama baru PASTI MUMTAZ ini berjaya ada kemungkinan PASTI di cawangan berdekatan akan digabungkan atau dipindah ke PASTI MUMTAZ.

Saya dimaklumkan PASTI ini pada sesi pendaftaran 02 JAN lepas menawarkan buku teks(hadiah wakil rakyat setempat) dan pendaftaran bulan Jan percuma selain yuran bulanan yang begitu rendah RM 25 lantaran latar belakang ibubapa yang menghantar anak ramai dari kalangan petani, nelayan dan bekerja sendiri.

Oleh kerana premis yang disewa dan kelengkapan PASTI yang tidak mencukupi serta untuk menampung keperluan sewaan dan kos lektrik dan air serta gaji guru, pihak pengurusan PASTI MUMTAZ mengalu-alukan sumbangan derma dari sahabat-sahabt untuk menghidupkan kembali Pusat Asuhan Tunas Islam yang hampir luput. Saya dimaklumkan kerusi dan meja yang lama sudah tidak dapat dipakai lagi mungkin kerana tidak ultiliti yang tiadak terjaga sebelum ini.

Kepada sahabat-sahabat yang bermurah hati untuk infak derma ,zakat dan lain-lain boleh menghubungi Pengurus PASTI MUMTAZ Pn Norhayati:019-7779049 atau sesiapa yang tinggal disekitar daerah Bachok boleh melihat sendiri keadaan PASTI disana dan boleh berjumpa dengan saudar Nasrun Mohammad Pengerusi PASTI MUMTAZ atau Pengurus.


Kerja-kerja hari sebelum Pendaftaran


Ruangan belakang



P&P diteruskan ..

MAKLUMAN KEPADA WARGA j-QAF B.ARAB DAERAH K.MARUDU

MAKLUMAN KEPADA GURU-GURU BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH DAERAH K.MARUDU..SILA MUAT TURUN RPT KSSR TH 1 DAN BA TH 4 2011 DI BAWAH SEKALI..SEKOLAH-SEKOLAH YANG BELUM MENGHANTAR RPT MENGIKUT AGIHAN TAJUK YANG DIBERI BOLEH EMAILKAN KEPADA SAYA :khairul_mnawi79@yahoo.com.Sekian terima kasih.