YA ALLAH..!

PROGRAM BERSAMA AL-FADHIL USTAZ YUSUF EMBONG


Salah satu aktiviti Program Ziarah Kampung: Kelihatan al-Fadhil sedang bersembang dengan saudara baru Islam En Sabunar Ambit.

Pada 22 Feb 2010 yang lalu,sedang dalam kesibukan persiapan sukan peringkat zon, Kota Marudu disinari semangat baru dengan kehadiran al-Fadhil Ustaz Yusuf selaku Senior dan mantan guru di Kota Marudu satu ketika dulu. Setibanya di KM, beliau disambut oleh Ustaz Sahrir Lockman dan sahabat yang lain dan seterusnya mengiringi beliau ke Program Ceramah Sempena Maulidul Rasul bertempat di SMK Kota Marudu. Alhamdulillah meskipun wujud sedikit masalah salah faham tentang program tersebut yang kononnya pihak penganjur menjemput Ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang, namun ia dapat diselesaikan berkat kerjasama guru-guru Islam dan komitmen Ustaz Sahrir. Setelah berehat dipenginapan yang telah disediakan selepas program motivasi, selepas solat asar pada hari yang sama kami membawa ustaz yusuf menziarahi masyarakat kampung, antaranya ialah Ustaz Wakil yang tinggal disekitar ongkilan, serta saudara baru Islam En Sabunar Ambit yang tinggal sekitar Kg Tandek.Yang berbahgia ustaz sempat bertanya khabar dan menyampaikan sedikit buah tangan kepada mereka. Selepas Magrib pula masyarakat Kg Pekan lama dan Tambun diserikan lagi dengan mutiara kata dan tazkirah yang disampaikan oleh al-fadhil ustaz. Selesai program dan menjamah sedikit juadah kami disajikan dengan program dalaman iaitu program ramah mesra bersama al-fadhil. Kehadiran dalam slot ini tidak begitu menggalakan mungkin disebabkan ramai sahabat yang keletihan terlibat dengan sukan dan sebagainya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Yusuf yang mengambil berat tentang gerak kerja kami di sini. Sedang saya menukil kata di blog ni, saya sempat menyambut panggilan al-Fadhil yang memaklumkan beliau akan menyumbangkan RM 1000-2000 bagi Program dakwah di KM. Hanya kepada Allah dipohon maghfirah dan ganjaran yang baik sejujur hati yang berkorban masa dan wang ringgit seperti al-Ustaz. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu menjayakan aktiviti program bersama al-Fadhil. Jazakumullah.

Misi Bantuan Bencana Alam-Kota Marudu

Tn Hj Khairan, Pengarah Yayasan Amal Sabah merangkap Pengarah SIRIM Sabah serta pengiring menyampaikan ucaptama kepada AJK yayasan Amal Kota Marudu pada 19 Jan 2010 seterusnya meninjau kawasan banjir sebelum menghantar bantuan .


Penyampaian sumbangan dan pergambaran bersama Pengerusi, Setiausaha dan AJK Yayasan Amal Kota Marudu


Sedikit Bantuan yang dihulur


Bantuan dan diskusi bersama mangsa banjir


Taklimat gerak kerja


Taklimat Ringkas


Semasa Sesi Taklimat Program


31 JAN 2010 yang lalu kota Marudu telah diserikan dengan program bantuan mangsa banjir gabungan Unit amal dan yayasan amal dari Kota Marudu, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kudat. Kira-kira 70 kekuatan berjaya dikerah bagi menjayakan 2 misi utama program bantuan banjir iaitu gotong royong membersihan masjid dan bantuan makanan asas serta pakaian kepada mangsa yang betul-betul memerlukan. Misi bantuan ini diketua oleh ustaz saifudin dibantu oleh ustaz khairul Anuar selaku penyelaras peringkat kota marudu, ustaz sahrir lokman, Imam R.Mas dan En Rahim.

Aktiviti bermula jam 10 pg dengan taklimat yang disampaikan oleh pihak penyelaras. Selepas solat zohor ketua projek meyampaikan taklimat dan pembahagian tugas. Anggota sukarelawan ini bergerak dengan 3 kumpulan,1 kumpulan terlibat dengan gotong royong dan 2 kumpulan lagi masing-masing bertemu dengan mangsa dan menghulurkan bantuan di kampung Pekan Lama dan Marudu Laut.

Gambar di atas adalah sebagai kenang-kenagan bagi ativiti yang dijalankan secara kolektif dan tersusun. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz Saifudin selaku ketua projek, anggota unit amal dan yayasan amal kerana sudi menjenguk mangsa banjir Kota Marudu dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa Yayasan Amal cawangan Kota Marudu yang baru dilantik serta sahabar dari Kudat &Kota Belud yang turut menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit. Kepada Allah dipohon maghfirah dan keredhaanNya.Amin.