YA ALLAH..!

KERINDUAN PADA AYAHABONDA&DESA MAKIN MEMBARA


Sambil menaip buat kerja-kerja ijtimaei dan jamaei aku membiarkan telinga melayan takbir hari lebaran yang bakal menjelang..tiba-tiba air mataku menitis mengenang kampung halaman. Rupanya hampir setahun aku tidak pulang semenanjung..sungguh syahdu mengenang kan ayahbonda, adik beradik dan sanak saudara &teman-teman di seberang sana. Mengenang suasana raya masa remaja dan kanak-kanak dulu disulami kumandang takbir, diwarnai ziarah dan kunjung mengunjung, diikat dengan maaf dan restu dan hidangkan dengan juadah yang istimewa..rasanya ingin saja terbang ke kampung halaman sepantas buraq.

sesekali aku menoleh pada si sulung dan si tengah..barangkali mereka tidak pernah memahami erti kerinduan dipagi aidilfitri..seperti yang kurasakan sekarang ini. Tahun lepas kami pulang..si sulung baru mahu belajar bercakap, si tengah baru mahu belajar berjalan..kini sulung petah mengungkap kata sambil mengukir memek muka yang cute,. Tengah pula sudah boleh memanjat rak pinggan di dapur dan almari..emm rupanya kedewasaan anakanda kesayangan ku ini menandakan betapa lama aku berkelana di negeri orang. Sesekali pulang isteriku selalu mencuit bahu memintaku menatap betul-betul wajah abah dan ma..memang kusedar garisan pada wajahnya amat ketara usianya makin meningkat..jarang-jarang menatap air wajahnya amat jelas meriwayatkan saban hari usia tersisa sudah makin banyak dimamah waktu..Kekadang tidak sedar adik-adik sudahpun dewasa. Seingat semasa tinggal mereka semasa aku nak sambung belajar ke Mesir, mereka masih kanak-kanak minta dilayan dengan gurau senda. Tapi sekarang segalanya berubah.Itulah perjalanan insan yang selalu merantau..dalam manisnya kenangan ada nikmat kesempatan yang sudah banyak hilang..
Chik, Mek, Ayahnor,Tokda, Pakcu him dan ramai lagi orang-orang tua dikampung hari berganti hari sorang berganti sorang telah pergi mengadap rabbul Izzati..tidak kurang juga kenalan sedesa yang seangkatan ada yang pergi dahulu dek kemalangan dan penyakit yang menimpa . Itulah bila tiba di kampung mesti ma &abah bercerita si anu &si anu dah takda lagi.

Balik kampung kekadang terasa sepi kalau tidak dimeriahkan dengan aktiviti kekeluargaan. Mungkin usia merantau agak panjang padaku, dan seingatku tidak pernah ku di kampung lebih 2 minggu bercuti..hanya tahun lepas sahaja sebulan cuti..itupun kalau aku berjalan masuk kampung sendiri macam orang-orang tua kecilkan mata dan kedutkan dahi..agaknya mereka cuba mengenal siapa yang mundar mandir kampung mereka..Tambah-tambah banyak domestik imigran yang menetap kat kampungku..Wajah-wajah remaja yang kutatap di desaku pun agak asing sepanjang memoriku..agak inilah baby dan kanak-kanak yang kulihat bermain-main semasa kutinggalkan desa ketika mula-mula merantau seawal 1997..

Banyak lagi yang nak diungkapkan tentang kampungku..belum cerita padang permainan ku ketika kecil..tempat main nusut&decok hambat sama teman-teman sedesa, hutan kg cherang belakang rumah tempat aku melastik burung, memukat ikan,cari siput, tutun lembu dan bela kambing biri . Namun.. kini segalanya hampir berubah, sudah jadi perkampungan baru.. tampak tar menyusur kedalam kampung sampai kereta pun dah dapat limpas. Belum cerita lagi balaisah tempat ku selalu belajar kitab dengan arwah ustaz Daud, Ustaz Nik Amat, dan Ayah Mat..Belum cerita lagi rumah peninggalan arwah datuk &nenek yang sekarang belakang rumahnya dijadikan jalanraya dan hampir roboh..belum cerita lagi suka duka di kampung..Belum cerita lagi sungai tempat ku bermandi manda bersama kawan-kawan, pantai tempat kami mencari remis dan kepah dan main askar dalam kubu Jepun..Sekarang tak terungkap lagi dalam bait-bait ini untuk dikisahkan. Lantas...sesekali aku tercari secalit erti, sesekali aku terpegun, sesekali terasa sayu&hiba, sesekali terasa sayang, sesekali terasa terasing..dan sesekali terasa terkenang..betapa indahnya kampungku yang mengungkap sejuta memori kedewasaanku..ianya hanya tersimpan dalam benakku..untuk dibuat cerita bari buat anak cucuku..Zaman tentunya tidak akan berputar kembali..ianya betul2 hanya sekadar memori..memori yang mungkin sukar difahami oleh anakcucuku nanti..mungkin kerana mereka hidup dalam dasawarsa yang cukup berbeza..atau mungkin juga mereka hidup tidak sejerih yang kulalui. miss U ayah bonda nenda dan keluarga..miss U desaku Indah permai..Kampung Tok Burung...tanah tumpah darahku..Kenangan ini sukar untuk dilakarkan..kerana ia amat mendalam untuk menilai erti kedewasaan dan usia..amat mendalam untuk diamati..amat mendalam untuk mengenal erti diri..2.30 pagi, 28 Ramadhan 1430 H.

Program Dalam Ramadhan..






























"SALAM IHYA' RAMADHAN DAN IDUL MUBARAK, MAAF ZAHIR BATIN"


Pada 26 Ogos yang lalu semasa cuti persekolahan, PASTI al-Hikmah Kota Marudu mengadakan Program Solat Teraweh dan Moreh.Alhamdulillah kehadiran amat menggalakan dari sahabat-sahabat terutamanya dari semenanjung. Alhamdulillah itulah pertama kali program jamaei kami yang tidak menggunakan budget. Masing-masing membawa ole-ole masing-masing untuk moreh. Apa yang paling penting rentetan dari program ini ialah penyusunan semula kumpulan usrah yang melibatkan 2 kumpulan dan 2 penyelaras. semoga Usrah kembali berupaya yang menghasilkan tenaga daei yang jujur lagi gigih. Amin ya Rabb.

Dengan berkat kerjasama AJK PASTI, pada 27 Ogos lepas AJK PASTI juga telah julung-julung kali mengadakan Iftar Jamei dan kursus Pemantapan akidah Peringkat PBU di Dewan Sk Pekan melibatkan Daerah Kudat, Pitas dan Kota Marudu. Pengisian Program di isi oleh al-Fadhil Ustaz Hafizullah dan Ustaz Lahirul. Seramai 50 orang hadhir. Semoga semangat thabat ukhuwwah berpanjangan..Salam perjuangan buat sahabat- sahabat yang bertungkus lumus menjayakan program: Ustaz Shahril, Ustaz Azam, Ustaz Bad serta angkatan Kota Marudu, Us Fadhli Kudat serta angkatan dan ustaz Mahisan serta angkatan.

Pada 29 ogos, kawasan kami dihadhiri oleh sahabat Yayasan Amal Sabah, alhamdulillah meskipun saya tidak dapat bersama disebabkan terpaksa ke JPN KK, namun berkat sokongan daripada Ustaz Mahdi dan abang zulkifli serta rakan-rakan AJK yang sudi membantu mencari asnaf dan mengiringi AJK Yayasan Amal, Program penyampaian bantuan untuk Kg Bukit Lalang dan Kampung Damai berjaya disalurkan. Terima kasih Ustaz Mahdi, abang Zulkifli(Abg jukin), Cgu Jamil dan ustaz Redwan kerana menggarap tenaga dan masa bersama penduduk kurang bernasib baik di kawasan ini.

Pada 13 Sept(ahad) alhamdulillah hasil keputusan mesyuarat Lajnah Dakwah Kawasan PASTI 2 minggu sebelum, AJK berjaya menganjurkan Majlis Iftar Jamaei. Namun Kehadiran kurang menggalakan mungkin kerana faktor hujan yang begitu lebat dan penglibatan sahabat lain dengan Iftar yang dianjurkan di SMK Km 2 dan SMK Tandek.


Untuk sekelian kalinya terima kasih sahabat yang memberi kerjasama menyampaikan tazkirah dan Imam Teraweh sebagaimana yang telah ditetapkan disurau dan masjid berhampiran..Julangkan Islam Thabatkan Persahabatan!




PEMAKANAN MENURUT RASULULLAH SAW

Allah berfirman :“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi.” (QS. Al-Baqarah : 168).Dari Abu Hurairah RA. ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT adalah Zat Yang Maha Baik, tidak mau menerima kecuali yang baik, dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mu’min sesuai dengan apa yang diperintahkan kepada para Rasul. Allah Ta’ala berfirman : Hai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang sholeh. Allah Ta’ala berfirman : Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari rizki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu sekalian…”. (HR. Muslim)

Justeru Rasulullah SAW telah menunjukan cara diet yang paling baik untuk umat baginda. Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana dianugerahkan panduan pemakanan yang baik. Insya Allah kalau kita ikut diet Rasullullah ini,kita tidak tertimpa sakit perut,keracunan makanan atau pelbagai penyakit yang berpunca dari perut.

Jauhi memakan BUAH bersama SUSU
Jauhi memakan SUSU bersama DAGING
Jauhi memakan DAGING bersama IKAN
Jauhi memakan IKAN bersama SUSU
Jauhi memakan AYAM bersama SUSU
Jauhi memakan IKAN bersama TELUR
Jauhi memakan IKAN bersama DAUN SALAD
Jauhi memakan SUSU bersama CUKA

Tips Pemakanan

* Jauhi makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Elakan makanan segera atau sumber organik yang ada kesan kimia seperti kubis dan sebagainya.

* Elakan tidur sejurus selepas makan.Selepas makan malam(Seelok dekat magrib).hendaklah berehat atau membuat sedikit tugasan sekurang-kurangnya 1 jaum sebelum tidur.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Kita juga diajar kaedah menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.(Baik juga di amalkan mandi dengan air suam bermula dari kaki hingga kepala untuk orang yang berpenyakit angin pasang atau uluran)

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).Sampaikan kepada Ikhwan yang lain..!


fA'TABIRU YA ULUL ALBAB.." "HAZA MIN FADHLI RABBI"

Habbatus sauda' Bermadu Minuman sambil merawat

Khasiat Minuman Habbatus Sauda Bermadu AL-WAFI

AL-USTAZ DATO’ ISMAIL KAMUS

Baca dahulu, Ikhwan yang tinggal di lokasi Kota Belud, Kota Marudu. Pitas &Kudat Sabah yang berminat Hubungi 013-9807431

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma)
  • Merawat penyakit kencing manis
  • Pesakit yang terkena gangguan makhluk halus juga digalakan minum(Pengalaman penulis)

* Ikhtiar datangnya daripada kita dan kesembuhan daripada Allah!