YA ALLAH..!

Catatan pengembaraan

Dalam kesibukan melayan karenah anak-anak, si along dan si baihaqi,sempat lagi mencoret rasa untuk ditatap diri dan suriku jua untuk sekalian sahabat yang bergelar bapa..maklumlah sempena hari bapa:)
Harini masuk minggu ke-5 isteriku di Institut Perguruan..dalam mengurus anak sorang-sorang memang banyak perkara yang perlukan kesabaran, kegigihan dan ketelitian. Bukan kerana untuk menjaganya sahaja..tapi telatahnya kadang mencuit hati dan kadang-kadang membantutkan planing dan tugas harian. Sabarlah diriku!Bibit ditanam sekalipun perlu disiram dan dibaja,kelak membuahkan hasil dengan izin Allah.
Teringat aku pada ayat Allah tentang tanggungjawab kepada anak-anak dalam surah al-Tahrim ayat 6:"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari bakaran api nuraka..."
Pantas bila mengingatkan peringatan Allah..teringat pula 1 lagi amaran Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 9 pada tiap Insan bergelar bapa semacam aku:" Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu lalai kerana hartabenda dan anak-anakmu dari mengingati Allah, barang siapa berbuat demikian maka mereka adalah orang-orang yang merugi". Pantas aku mengeluh keseorangan..baru anak 2 orang sudah keberantakan tugas harian dan tanggungjawab.

Yang sadisnya 3 minggu yang lepas semasa kami bercuti, sahabat-sahabt semenanjung dan umat Islam Kota Marudu dikejutkan dengan pemergian ayahanda Ustaz Bahrudin Mardhia, masa tu kebetulan aku mengalami gangguan kesihatan..nak pitam semacam dek gastrik hampir ke garisan kronik. Ramai sahabat masa tu sms dan tel tanya jam berapa jenazah akan sampai..masa tu saya rasakan dunia berputar dan pandangan hampir padam..al-hamdulillah mujurlah sahabar rapat cikgu jafri dan Imam R.Mas cepat datang dan memberikan ikhtiar rawatan..Keadaan kesihatan yang terganggu ditambah kelincahan puteraku dua orang menyebabkan aku hampir tak terlayan mereka..kesiaan anak abi...!Jadi aku terpaksa sms kawan-kawan tidak dapat ikut ketempat pengurusan jenazah ayahanda..alhamdulillah mungkin asbab rawatan kesihatan agak ok sikit pagi esoknya, kebetulan jenazah baru mula diuruskan pada pagi ahad, aku gagahi kesana bersama sang putera ku berdua ditemani ustaz Bad dan Ustaz Bahrun.

Namun yang paling terharu semenjak hampir 5 tahun di Sabah aku tak pernah tengok seramai itu orang menyembahyangkan jenazah arwah, mungkin inilah rahmat dan kemuliaan orang yang sentiasa bergerak dan diam di alan Allah..bisik hatiku.Afallahu anhu. Moga Allah akhirkan hidupku juga ketika kaki ku lincah ke jalan Allah.

Kelmarin pula ada panggilan kecemasan dari dari Ustaz Zaidi dan Ustaz Shahrul Locman SMK Kota Marudu kata ada peserta Perkhemahan Unit Beruniform kena histeria, masa tu aku sama anak di kelas al-Quran di Tandek..sempat ku bunyikan siren kecemasan pada group perawatanku..mereka pun bergegas kesana.alhamdulillah segalanya dapat pertolongan Allah, tapi malam tu ada lagi dari 2 orang jadi 3 orang yang lain pula..tapi yang sedihnya pelajar kristian yang dirasuk tidak dibenarkan untuk kami rawat. Siapa yang tidak benarkan?Wallahu a'alam..mungkin ajaran sesat dalam kristian pun menular juga kat sana.
Apapun alhamdulillah sambil jadi sura rumah dapat juga sikit sebanyak tuntaskan tanggungjawab. mungkin juga adidinda dari semenanjung datang hampir 2 minggu lepas mengurangkan bebananku menjaga 2 putera ini.So yang nak minta rawat kalau yang tidak kronik saya jemput ke rumah. Kalau yang kronik terpaksa minta sahabat Group perawat yang lain atur.

Sebagai khulasoh, bagiku anak adalah temanku. Kemanjaan dan kelincahanya merawat hatiku..namun kekadang ia menjadi ujian dalam meneruskan misi dakwah dan menerokai tugas. Lagipun mereka masih belum mengerti erti hidup. Erti itu harus ditanam pada pandangan, mata dan sentuhan untuk mereka..supaya mereka mengerti erti mengenal diri lantas mengenal rabbul jalil. Akhir kalam kupanjat sekelumit doa agar mereka jadi anak yang soleh tatkala aku berada di alam baqa'.amin ya rabb

Asas Perawatan Islam( 1)

FADHILAT AL-FATEHAH

Rasullullah telah bersabda yang bermaksud :
"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(1) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (2) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (3) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (4) اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (5) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ | 6

  1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
    Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepatsembuh kembali.

  2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
    Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

  3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
    Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

  4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
    Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.


FADHILAT AYAT KURSI

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255

  1. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya

  2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh

  3. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah

  4. Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga

  5. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya

  6. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari

  7. Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid

  8. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya


FADHILAT AL-IKHLAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
(1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ | 4

Mulakan bacaan dengan ayat - "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..... bismillahirrahmannirrahim".

Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalam ( Tadzikaratul Qurthuby ). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

-Dipetik dari :http://www.rawatanislam.com

Muqaddimah orang yang ingin salik di jalan ALLAH



Ketahuilah olehmu bahawasanya ilmu tasauf itu pengetahuan yang diketahui dengan dia akan segala kelakuan hati, samaada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri, sabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesar diri. Adapun faedah mempelajarinya adalah untuk menyampaikan ia kepada mengkhususkan hati hanya kepada Allah Taala dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan Sekalian Alam.
Adapun hantaran apa yang terhasil dihati lalu ditafsirkan dengan kelakuan. Adapun hikmatnya maka fardhu 'ain atas tiap yang berakal dan sampai umurnya(Baligh). Adapun tempat rujukan ilmu ini dari al-Quran yang mulia dan hadis Nabi Sallallahu alihi wassalam. Adapun namanya ilmu tasauf.
Ketahui olehmu bahawasanya maksud ilmu tasauf itu membersihkan segala anggota yang zahir dari perbuatan yang keji supaya menjadi sebab bersihnya hati dari sifat-sifat tercela dan dimaksudkan dengan anggota itu pertama MATA dan kedua TELINGA dan ketiga LIDAH dan keempat PERUT dan kelima KEMALUAN dan keenam DUA TANGAN dan ketujuh DUA KAKI dan hendaklah engkau ingat dalam hati bahawasanya Allah Taala memberikan nikmat yang besar pada engkau iaitu segala anggota engkau yang wajib atas engkau memelihara dan mesyukurinya. Jika tiada engkau memelihara ia nescaya ia akan bersaksi pada hari kiamat seperti firman Allah yang bermaksud: Pada hari kiamat dimaterikan segala mulut mereka dan berkata-kata tangan mereka dan kaki-kaki mereka bersaksi atas apa yang mereka lakukan semasa hidup di dunia. Tiap-tiap anggota akan bertutur dan bersaksi apa yang mereka lakukan daripada penderhakaan seperti firman Allah yang bermaksud: Dan sesekali tiada dapat kamu menyembunyikan apa yang kamu lakukan di dunia yang bersaksi pendengaranmu,matamu dan segala kulitmu dan tida dapat bersembunyi daripada sekelian saksi tersebut melainkan dengan meninggalkan segala kejahatan sama sekali, kerana tiada bercerai semuanya dari manusia pada tiap-tiap masa dan tempat bersama 7 anggota yang tersebut itu.

-dipetik dari kitab penawar bagi hati himpunan Al-Syaikh Abdul Qadir ibn Abdul mutolib al-Indunisi al-Mandili., isu semasa,

Kerana Allah ku taat pada mu


Tidak ada kalimah lain yang mampu saya ungkapkan,tidak ada kata dan perbuatan yang mampu saya tampilkan melainkan sujud syukur melihat para pemimpin kita menyelesaikan masalah kerajaan perpaduan dengan penuh hikmah dan perbincangan yang penuh dengan kasih sayang. saya rasa semua kebimbangan para pendokong gerakan Islam ini akan terlerai jika membaca harakahdaily di link: harakahdaily

Hampir saja saya melaungkan takbir memecahkan kesunyian negeri di bawah bayu ini. setelah beberapa hari hati ini sedih memikirkan perangai dan sifat-sifat ahli gerakan kita yang begitu cepat menghukum para pimpinan kita dan ditambah lagi kesedihan saya yang sekarang ini masih terasa adalah kerana melihat para ummat Islam di sabah ini. Insyaallah akan saya nukilkan satu artikel khusus kepada para pembaca yang bersemangat tinggi dan sanggup berkorban demi perjuangan ini agar akan ada satu sinar baru yang akan datang dari semenanjaung atau akan kita nyalakan sinar islam dengan pengorbanan anak bumi ini sendiri di Borneo ini Insyaallah.

Wahai sahabat-sahabat,lihatlah dan contohilah mereka. perbezaan pendapat antara para ulama akan menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. kerana mereka berbeza pendapat dalam mencari kata sepakat yang terbaik yang mana tunjangnnya adalh Al-Quran dan Sunnah. Contohilah mereka wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian. kita bakal menggantikan mereka suatu hari nanti. Andai kita masih lagi berperangai seperti para sang munafik berbalah,apa akan jadi pada gerakan islam ini jika pemimpinnya adalah kita? kita begitu keras sesama muslim. Betul kata Tuan Guru Haji Hadi suatu ketika dahulu,kita masih belum cukup syarat untuk menang dan memerintah malaysia. kerana para rijal kita masih belum cukup untuk menanggung beban ujian kemenangan. Didik dan tarbiyyahlah wahai diri dan sahabat. jangan menuding jari kepada pemimpin kita untuk turun mentarbiyyah ahli bawahan. anda selaku orang di tarbiyyahlah yang harus menghasilkan lebih ramai lagi para mujahidin di malaysia ini. yang berpantang maut sebelum ajal dan yang sanggup gugur sebagai syuhada. Dewasa ini Islam memerlukan pemuda seperti ini. bukan pemuda yang hanya pandai mencipta kontroversi murahan dan pandai berpidato serta berhujah semata.