YA ALLAH..!

LAPORAN BERGAMBAR KEM IBADAH 2009






Pada 6-8 Nov 2009 yang lalu, bertempat di Sk Ranau Kota Marudu, seramai 115 orang peserta(67 orang lelaki dan 48 perempuan) telah mengikuti Program Kem Ibadah 2009 yang dibiayai oleh Sektor Pengurusan Islam JPN Sabah. Para peserta telah dipilih dari beberapa buah sekolah iaitu Sk Ranau(Sebagai penganjur), Sk Kota Marudu II, Sk Pekan, Sk Tandek dan Sk Kulambai.

Program tersebut berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah dirancang oleh pihak pengelola dan menepati objektif dan matlamat yang ditetapkan. Pengerusi/Pengarah Program ialah Ustaz Ismarah Madcasar, Setiausaha ialah Ustaz Haniff Ariffin,En Yahya Awang sebagai Ketua Kem Komandan, En Awang pula selaku Penyelaras Teknikal, En Ahmad Kusasi sebagai bahagian jamuan dan ramai lagi AJK yang terdiri daripada guru-guru Sk Ranau yang turut membantu menjayakan program tersebut. Manakala Barisan Fasilitator terdiri daripada Ustaz Khairul Anuar Nawi selaku ketua Fasilitator, Ustaz Md Nasir Daud sebagai Timbalan Ketua Fasilitator, Ustaz Hanif Ariffin, Ustaz Md Shukri Mat Zawawi, Ustaz Md Suhardi Omar, Ustaz Saharil Sapuan, Ustaz Bahrun Ismail, Ustaz Wan Zahiruddin wan Abdullah, Ustazah Zuriana zulkifli, Ustazah juliah Sintar, Ustazah Asmah Yassin dan Ustazah Suati Musa.

Pada jam 2 petang hari pertama program telah dimulakan dengan sesi pendaftaran yang diiringi oleh penjaga masing-masing, seterusnya diikuti dengan sesi taklimat Kem Komandan dan kuliah magrib yang disampaikan oleh Ustaz Md Nasir Daud bertajuk Mari Mengenal Allah. Pada jam 5.30 petang hari yang sama fasilitator bermesyuarat sekali lagi untuk menyelaras modul ice-breaking dan LDK 1 yang akan dilaksanakan pada jam 8.30 malam. Antara yang menarik dalam ice-Breaking ialah murid-murid berkumpul dan berkenalan mengikut bulan kelahiran,tahun kelahiran dan kumpulan berlainan sekolah dan darjah. Mereka juga berjaya melepasi beberapa tugasan seperti menyanyikan lagu tema semarak perjuangan, mereka bendera, motto, nama kumpulan serta melantik ketua kumpulan masing-masing. Bagi melicinkan lagi pergerakan peserta, Fasilitator mengamanahkan kepada peserta untuk melantik sendiri penghulu serta penghuluwati Kem Ibadah 2009. Program tersebut juga disemarakan lagi dengan Yel zikir Fatimah.

Pada hari ke-2, selain Kuliah subuh, kuliah magrib dan riadah, perkara yang paling menarik perhatian peserta, urusetia dan ibubapa yang hadir ialah aktiviti Kembara Solat yang terdiri dari 6 perhentian. Setiap perhentian peserta dikehendaki melaksanakan tugasan yang diberi iaitu perkara yang berkaitan rukun solat. Selepas slot pembedahan Kembara Solat, program diikuti dengan Slot Muhasabah yang dijayakan oleh kru-kru yang dilantik dikalangan fasilitator dan urusetia. Alhamdulillah sasaran objektif tercapai selepas wujud interaksi dan penyelarasan antara kru-kru yang terlibat dan kelihatan petanda perubahan tingkahlaku pada diri peserta.

Hari Ketiga selain Kuliah Subuh bermodul, program penutupan KI 2009 telah dihadiri oleh wakil Perasmi dari Unit Dakwah dan kerohanian SPI JPN sabah iaitu Tn Haji Md Razali Hamid. Program tersebut diakhiri dengan penyerahan laporan Fasilitator dan setiausaha serta diteruskan lagu tema. Hasil keputusan mesyuarat fasilitator bersetuju memilih Md Izzat Bukharin Mat Din dari Sk KM II sebagai peserta terbaik putera manakala adik Nurinnah Suhaili dari Sk Ranau adalah peserta terbaik puteri. Manaka pencapaian KI 2009 secara terkumpul adalah Gred B bagi Program pertama dengan peratusan sebanyak 74.67 % .

Terima kasih kepada Guru Besar Sk Ranau yang memberi sokongan, juga kepada semua AJK dan urusetia serta Fasilitator yang bertungkus lumus beberapa minggu mengatur dan berbincang sehingga kem ini dapat diatur dengan sebaiknya. Kepada Allah mohon keampunan atas kesilapan dan kelemahan dan kepada semua saya memohon maaf atas segala ketersilapan. Semoga Program ini disusuli dengan keinsafan dalam setiap nurani peserta dan fasilitator serta urusetia yang terlibat. Amin Ya Rabb.



Disediakan oleh :Ketua Fasilitator KI 09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan