YA ALLAH..!

JANGAN BERGURAU DENGAN ULAR!



SEMASA DIBERI RAWATAN DI HOSPITAL LOTONG





GAMBAR ULAR PEMANGSA YANG SEBENAR YANG DIRAKAM OLEH SAHABAT SAYA


4 Nov 2009(Rabu) Jam 8.50 pagi di depan bilik Guru Sk Tandek, Saat yang tidak dapat saya lupakan, kemalangan yang terjadi hanya sekelip mata gara-gara menghalau ular ke hutan dari menggangggu dan diganggu oleh murid-murid yang sedang asyik mengusik ular tersebut yang berada di atas pokok bunga. Sekali Imbas sebelum dipatuk, spesis ular yang saya tunjuk di atas yang dapat saya kenal Pasti telah mematuk saya.

Sebelum kejadian beberapa orang guru telah melarang murid-murid dari bermain di kawasan tersebut kerana dikhuatiri dipatuk ular. Mungkin sudah jodoh tangan saya dengan gigi ular tersebut, tiba-tiba saja saya tergerak hati untuk menghalau ia tanpa membunuhnya memandang ular tersebut berada dalam pokok bunga yang tebal..

Selama 2 hari saya berada di Wad untuk pemeriksaan lanjut, pelbagai pengalaman dan iktibar pahit manis yang dilalui. Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan saya, mungkin ini satu ibrah dan tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Bila Allah ingin menegur hamba-hambaNya,cukuplah Dia mendatangkan ciptaan-ciptaan untuk menguji kita. Alhamdulillah sekarang beransur sihat.

Terima kasih tidak terhingga kepada Pengawal Keselamatan sekolah yang menggunakan teknik rawatan kecemasan cara tradisional dengan menyapu getah pucuk ubi kayu ditempat gigitan, terima kasih kepada cikgu satar,cikgu Dura dan Ustaz Saril kerana menghantar saya dan ular ke hospital:),tidak lupa juga kepada ustaz Zaki Ali di Perak kerana menelefon Doktor Rosfinah untuk segera melawat saya, jua kepada Ustaz Hasaidi dan shahril Lokman yang banyak membantu, juga kepada isteri tercinta yang sudi menemani saya sepanjang diwad walaupun sarat mengandung, jua kepada sahabat-sahabt yang menziarahi, menelefon, sms dan mendoakan saya. Tidak lupa juga doa yang dikirim oleh dua Ibu bapa dan mertua serta adik beradik di desa. Salam persahabatan dan JAZAKALLAH untuk semua.

*Perkongsian: Al-Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul, Bimilillah 5 dan solawat juga boleh digunakan melalui air untuk diminum untuk bantuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan