YA ALLAH..!

PRO & KONTRA BAJET 2010

Bajet 2010 tak menyakitkan - PM

HUA HIN, Thailand - Menyifatkan Bajet 2010 sebagai "tidak menyakitkan", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak wajar mengeluh terhadap keputusan kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan tahunan RM50 ke atas kad kredit utama dan kad caj.

Sebaliknya beliau berkata, mereka sepatutnya melihat pelbagai manfaat yang disediakan oleh kerajaan, terutama cadangan pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM8,000 kepada RM9,000.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju mengurangkan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus, mulai penilaian 2010.

"Mereka mendapat pelepasan cukai RM1,000 dan pengurangan cukai daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Tak kan tak boleh bayar RM50 (cukai kad kredit),'' kata Perdana Menteri kepada media Malaysia selepas mesyuarat sehari suntuk antara pemimpin ASEAN dan rakan sejawatan mereka dari China, Jepun, Korea Selatan dan India pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-15.

http://www.kosmo.com.my

ANALISIS
(Layari :http://www.harakahdaily.net)

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.(Berita lanjut :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22957&Itemid=50

Program Dakwah bersama Saudara Baru





Pada 17 Okt yang lalu(Gambar silap setting tarikh), mahasiswa UMS di yang dikelolai oleh adik Khairudin daud dan rakan-rakan seperjuangannya turun ke perkampungan saudara-saudara baru di Kampung Adab Bangau Kudat yang bertujuan memperkenalkan kepada mereka tasawwur Islam yang sebenar. Apa yang agak terharu ialah sambutan yang meriah dan Roh Islam yang ditunjukan oleh muda mudi kampung dalam memberi komitmen kepada setiap pengisian. Antara pengalaman penulis yang tidak dapat dilupakan sebaik saja dijemput sebagai panel forum untuk penduduk di kampung tersebut ialah pertemuan empat mata dengan saudara Abdul Bakri Abdullah.Sekali Imbas saya katakan insan ini sudah lama memeluk Islam. Sebelum, semasa dan selepas forum kami sempat berceloteh dan berbicara seketika dan sekelumit dari ceritanya sudah cukup membayangkan pengorbanan dan kecintaannya kepada agama suci yang baru dianuti sejak tahun 2008. Saya cukup kagum bila mendengar rakan sedesa menceritakan tentangnya :selepas memeluk Islam beliau terus menyambung pelajaran di Pusat Latihan Dakwah Sikuati.Agak terharu bila beliau masih lagi diterima sebagai seorang student meskipun sudah mencecah umur 60 an. Dari hati kecil saya rasa bersyukur kerana penerimaan pihak PLD tidaklah sia-sia kerana baru setahun beliau di sana dengar ceritanya sudah boleh membaca al-Quran walaupun tidak seratus peratus.

Keperitan dan penderitaan yang diceritanya disokong oleh realiti yang saya tengok di sebuah rumah yang agak lama tempat tinggalnya ditepi surau sudah cukup menterjemahkan insan ini betul-betul jujur menerima kebenaran Islam. Demi Islam cara hidup yang benar beliau bekorban walaupun hidup sebatangkara. Setengah rakan-rakan segama semasa kristian ,Anak-anak dan isteri beliau juga tidak dapat menerima beliau lagi seperti dulu. Maklumlah sebelum memeluk Islam beliau antara pembaca khutbah di gereja-gereja dan beberapa orang sebelum ini telah memeluk agama kristian hasil usaha dakwahnya sebelum mendapat hidayah.Sahabatnya bercerita beliaulah figure gereja di Kampung itu sebelum Islam. Tapi sekarang beliau selalu mengajak anak-anak muda dan orang kampung mengenali Islam lebih dekat meskipun di sana penduduk muslim kelompok yang minoriti.

Semasa sesi forum, walaupun pelat bahasanya kurang jelas pada saya, namun saya dapati hadirin yang hadir khusyu' mendengar hujahannya kenapa ia tinggalkan kristian. Selain pengalaman mimpi dan persoalan serta kajiannya ketika mencari kebenaran,beliau juga menceritakan terlalu banyak percanggahan yang wujud dalam bible yang sekarang ini baru dikenali nama sebagai al-kitab.antara persoalan yang saya sempat note ialah:

1.Trinity bukan ajaran Yesus(Orang Islam menganggap sebagai Rasul-manusia), Semua nabi mengajar menyembah Tuhan Yang Esa dan tidak boleh menyekutukanNya.Dalam Bible ada meyebut(Markus 12:28-29)Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus,"Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?'..Yesus menjawab."Inilah perintah yang paling utama, dengarlah, hai bangsa Israel Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan yang Esa..

2. Dari apa yang saya faham lagi, katanya tiada satu pun Yesus menyebut tentang Trinity, Antara yang disebut ialah dalam Matius 5:17-20 iaitu kedatangan Yesus untuk menyempurnakan taurat.(Benarlah yang diceritakan al-quran Surah al-Sof ayat 6:dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad(Muhammad)". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"-( Maksudnya Yesus itu hanya sebagai Rasul penyambung ajaran akidah Rasul-rasul terdahulu dan akan di akhiri dengan Nabi Muhammad walaupun berlainan syariat)

Walaupun saya tidak sempat menceritakan Isi ceramah saya, namun cukuplah saya membuat kesimpulan bahawa trinity sebenarnya tidak wujud dalam bible walaupun menjadi teras agama kristian. Banyak lagi yang diterangkan oleh En Abd Bakri namun saya tidak sempat menyempurnakan catatan(Takut tersilap publish) Apa yang saya dapat ambil iktibar dari kajian En Abd Bakri Abdullah:bible adalah dari saki baki ajaran Nabi Isa yang sebenar yang sudah diubah sebahagian, sebab secebisnya ada kebenaran seperti yang dicerita dalam al-Quran..Sepanjang ia mengkaji al-Quran di PLD, katanya belum pernah beliau melihat percanggahan atau fakta yang bercanggah dengan sains.(Sekalipun teori Edwin yang bercanggah dengan al-Quran yang menyatakan manusia asal dari monyet, sekarang ini fakta ini tidak dapat diterima oleh kajian sains-benarlah al-Quran dan benarlah Allah yang Esa satu adanya tanpa sekutu dalam penciptaan alam dan dalam menerima sembahan)


Akhir sekali tahniah kepada adik-adik mahasiswa UMS atas pengorbanan meluangkan masa dalam menjayakan program dakwah. Mabruk juga kepada Ustaz Ghazali Saibin Imam Masjid UMS kerana berjaya menggerakkan bahagian Hal Ehwal Islam dan Masjid untuk melaksanakan program ini.Mudah-mudahan asbab usaha yang ikhlas maka bertambahlah iman dan amal.Salam perjuangan dan salam seindah yang terukir dalam manisnya ukhuwwah fillah
-Sebarang pandangan (muslim atau non muslim)boleh isi dalam inbox di bawah,pastikan sertakan email untuk maklum balas.Wallahu a'lam


DUHAI JIWA..JANGANLAH LEKA

Di sebalik perkataan insan, ada rahsia yang tersembunyi dalam sejarah peradaban, dalam lipatan rahsia dalam rahsia kewujudan jasad, nafsu dan roh. Manusia pada isma jasad membutuhkan syarat hidup dengan perkara yang dapat ditanggapi dengan pacaindera yang zahir seperti makanan, minuman,pakaian dan sebagainya. Manusia pada jasad rohani dan nafsu hanya boleh dibaca dalam detik rasa yang amat mendalam. Bermulanya jasad selepas persenyawaan sperma dan ovum, dan berakhirnya jasad dengan kematian..itulah yang dikatakan sebagai kematian. Sedangkan bermulanya rohani pada suatu masa yang tidak pernah diketahuai oleh manusia. dan berakhirnya tanpa noktah yang diabadikan dalam alam baqa'. Sanya beda antara kehidupan roh saadah atau syaqawah. ia wujud dari cahaya ketuhanan yang digelar nur Muhammad.Ia pernah berada di perkampungan rabbani yang wujud sebagai nurul latifah yang suci bersih . Ia pernah mengikat perjanjian setia dengan Tuhan rabbul Jalil dan berlindung beberapa lama di hadapan Hadhrat Allah sehingga ia ditentukan Allah untuk memiliki jasad dialam syahadah. lantas ia ditiupkan kedalam jasad yang ditakdirkan tatkala jasad sudah berumur 120 hari dalam rahim yang makin. saat itulah jasad yang kaku mula bergerak dengan pendengaran, penglihatan dan pancaindera yang dianugerahkan Allah Jalla wa ala. Di sinilah bermulanya manusia dari perkampungan ketuhanan di alam Rabbaniah berpindah ke alam syahadah. Setelah manusia dizahirkan kedunia, bermulanya detik kehidupan manusia yang pada kehidupan diisi dengan panduan, diisi dengan amanah dan diisi dengan ujian untuk menentukan pegangan mereka dalam perjanjian dialam rabbani yang lalu.Suatu saat yang ditakdirkan,Rohani akan dipisahkan dari jasad masing-masing dengan kematian..kembalilah jasad ke asalnya:dati tanah pulang ke tanah sedangkan roh yang berasal dari tuhan akan kembali kepada hadirat tuhan Rabbul Jalil yang akan disoal selidik sepanjang kehidupannya di alam shahadah. andai ia kembali dengan tauhidullah makan kembalilah ia dalam keadaan sejahtera, seandainya kembali dalam keadaan gersang dari kalimah tauhid maka celakalah ia(wal iyazubillah).Itulah pengembalian ke kampung halaman yang asal. Walaupun kita dijemput atau dipaksa, kita tetap akan dikembalikan untuk dipersoalkan..BERSEDIAKAH KITA MENUNGGU SAAT TIBANYA PENGEMBALIAN KE KAMPUNG ABADI?renungilah dalam makrifat!supaya dunia tidak menjerat.Wallahu a'lam.